BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
  • 500 ml santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit | siat-siatkan
  • 5 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • ½ cawan Minyak Masak SAJI

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm kunyit hidup | hiris
  • 3 cm halia | hiris
  • 2 cm lengkuas | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan Minyak Masak SAJI dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan ayam.
  2. Tuangkan separuh santan, gaul rata dan didihkan atas api sederhana.
  3. Apabila ayam telah kecut masukkan separuh lagi santan, daun kunyit,serai, asam gelugor.
  4. Biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit lagi.
  5. Kemudian tambahkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api biarkan rendang mereneh hingga timbul minyak.
  7. Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI