Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Solok Ikan Kembung

Solok Ikan Kembung

0
Solok Ikan Kembung

Bahan-bahan :

  • 5-6 ekor ikan kembung
  • 1/2 biji kelapa sederhana tua – diparut dan ditumbuk
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • 10 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1/2 sudu teh lada hitam – ditumbuk
  • 1biji telur ayam
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak :

 

IKLAN
IKLAN
IKLAN
  1. Ikan dibuang tulang tengah dan dikikis. Jangan sampai terkoyak kulitnya.
  2. Isi ikan yang dikikis tadi, ditumbuk.
  3. Kemudian dicampurkan bersama kelapa dan bahan-bahan lain yang ditumbuk.
  4. Selepas itu, masukkan telur dan garam secukup rasa ke dalam bahan-bahan tadi.
  5. Gaul sehingga sebati.
  6.  Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kulit ikan dan goreng sehingga masak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.