1. Rebus kepingan lasagna hingga boleh lentur. Masak sekejap sahaja jangan sampai terlalu lembut. Angkat, toskan dan susun dalam bekas. Pastikan kepingan lasagna tidak bertindih.
2. Untuk membuat sos daging, panasan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan ayam kisar dan tumis hingga kering airnya.
4. Masukkan sos spageti, cendawan dan lobak merah. Masak hingga lembut.
5. Tambahkan oregano dan perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa. Angkat dan ketepikan.
6. Bagi menyediakan sos putih, cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Masak hingga kekuningan.
7. Tambahkan susu dan kacau hingga sebati serta sos tidak berketul.
8. Masukkan kepingan keju cheddar. Kacau hingga sebati.
9. Rasa sos dan tambahkan gara, dengan secukupnya. Bila sos pekat, padamkan api.
10. Untuk melapis lasagna, ambil loyang bersesuaian dan oleskan dengan sedikit mentega di bahagian dasar dan tepi.
11. Letak sekeping lasagna dibahagian dasar. Sudukan sos daging hingga menutupi permukaan lasagna.
12. Seterusnya sudukan sos putih dengan secukupnya.
13. Taburkan keju mozzarella dan parmesan di atas sos putih tadi.
14. Ulang langkah yang sama hingga memenuhi loyang.
15. Bakar lasagna dalam ketuhar pada suhu 170C selama 40-45 minit.
16. Sedia untuk dinikmati.