
Jika anda suka minuman coklat, anda wajib cuba minuman coklat berperisa KitKatĀ® yang dilancarkan oleh NestlĆ© Malaysia bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia dan dihasilkan seiring dengan semangat ‘Buatan Malaysia’.

Minuman coklat KitKatĀ® ini merupakan invoasi terkini yang membawa pengalaman KitKatĀ® dalam bentuk minuman coklat. Paling penting, minuman ini telah memperoleh sijil Halal oleh Jakim serta dihasilkan dengan menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari.
Dengan gabungan unik koko yang kaya dan perisa wafer, minuman coklat KitKatĀ® ini menghasilkan rasa coklat dengan aroma yang memikat. Setiap hirupan menawarkan rasa KitKatĀ® yang lazat dan enak.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, berkata bahawa Nestlé memahami cita rasa serta keutamaan rakyat Malaysia. Oleh itu, pasukan penyelidik KitKat® berusaha menambah baik konfeksi ini dengan menghasilkan minuman coklat KitKat® yang digemari ramai. Minuman unik yang memberi pengalaman istimewa dan memuaskan, menjadikan setiap detik biasa jadi lebih luar biasa.

Anda mungkin berminat dengan
Tambah Aranols lagi, minuman coklat KitKat® ini bukan sekadar snek yang lazat tetapi ia adalah sebahagian daripada komitmen syarikat kepada sumber mampan dan etika, menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari di bawah Nestlé Cocoa Plan.
Dengan ungkapan “Jom Rilek, Minum KitKatĀ®”, Nestle mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati saat-saat kegembiraan bersama minuman coklat baharu ini.

sekarang!
