Rasa Sedikit Kenyal & Lemak Manis, Mudah Je Nak Buat Kuih Alwa

Share

Pernah dengar dan makan kuih alwa? Rupanya comel-comel je dan rasa lemak manis.

Kalau nak jadikan kuih alwa ni untuk goodies majlis pun sangat sesuai. Resipi yang dikongsi Farida Eida ni, senang je nak buatnya tapi kena cepat-cepat tau sebab bila dah sejuk, susah untuk buat bentuk.

 

KUIH ALWA

BAHAN-BAHAN:

150gm tepung kek – beli online di sini
300gm gula – beli online di sini


150gm susu segar 
375gm santan – beli online di sini
Pewarna (ikut warna yang disukai)

TONTON Macaron Teh Tarik | Dapur Rasa Live

TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live

CARA BUAT:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk besar. Kacau sampai sebati.
2. Kemudian, baru buka api atas dapur dan sampai sampai tepung jadi berkilat.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Nak warnakan adunan, kena buat masa masak. Jangan bagi adunan sejuk sebab nanti susah nak tekan. Angkat bagi siap-siap, masuk dalam piping beg dan cepat-cepat tekan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Maksudnya lepas masak, letak pewarna, msuk plastik atau piping bag dan paipkan guna acuan.


5. Acuan ikut kreativiti anda. Kemudian, lepas dah siap tekan semua, jemur untuk bagi kuih alwa ni kering. Dah siap.

*Buat mereka yang nak tahu macam mana rasa kuih alwa ni, rasanya sedikit kenyal dan lemak manis. Sejenis alwa dari tepung gandum.


*Rasanya macam bergula sebelah luar tapi dalamnya lembut. Rasa lemak manis.
*Kuih alwa tak boleh simpan lama sebab ada masuk santan.

Kredit resipi: Farida Eida

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN