Raya bukan sekadar tentang hidangan yang memenuhi meja. Raya adalah tentang rasa. Rasa kasih sayang, rasa kebersamaan dan rasa yang menyatukan keluarga. Setiap kali ayam dibakar, setiap kali lauk-pauk dihidang untuk tetamu, disitulah tercipta momen yang kekal dalam ingatan. Dalam setiap hidangan, ada cerita. Dalam setiap rasa, ada kasih sayang.
Tahun ini, ayuh cipta kelainan dalam sajian tradisi dengan sentuhan moden yang lebih mudah dan praktikal. Menerusi kempen KEWPIE Dari Dapur Ke Hati, KEWPIE tampil sebagai ‘teman’ wajib di dapur sempena musim perayaan ini. Bukan sahaja untuk Hari Raya, malah sesuai juga untuk sahur dan hidangan harian.
Raya Lebih Mudah Dengan KEWPIE
Penyediaan juadah Raya bukanlah satu perkara yang kecil. Dari memilih menu, membeli bahan, memerap daging hinggalah menyusun hidangan di atas meja, semuanya memerlukan masa dan tenaga. Dengan KEWPIE, setiap juadah raya jadi lebih mudah untuk disediakan, lebih versatil dan pastinya lebih berperisa.
Bayangkan dengan hanya satu botol sos KEWPIE, anda boleh perap ayam supaya lebih juicy, menghasilkan sos pencicah yang berkrim dan enak, memberi sentuhan premium pada salad serta dapat menyediakan hidangan sahur yang ringkas tapi mengenyangkan. Praktikal dan cepat tetapi tetap mengekalkan keistimewaan rasa itu. KEWPIE bukan sekadar sos biasa tetapi ibarat ‘rahsia dapur’ yang menaikkan rasa hidangan hanya dengan satu langkah tambahan.
Dua Bahan Wajib Ada Di Dapur Raya Nanti
Sempena Hari Raya yang bakal tiba, jangan lupa sediakan dua bahan wajib ini iaitu KEWPIE Mayonnaise Japanese Style dan KEWPIE Roasted Sesame Dressing. Praktikal, cepat dan tetap mengekalkan rasa yang enak.
KEWPIE Mayonnaise Japanese Style
Ads
Mayones ini dikenali dengan tekstur yang kaya dan rasa umami yang unik. Ia bukan sekadar mayones biasa. Bila digunakan sebagai perapan, ia membantu mengekalkan kelembutan ayam, daging atau makanan laut ketika dibakar atau dipanggang. Teksturnya yang creamy menjadikan setiap gigitan terasa mewah dan memuaskan. Sesuai digunakan untuk ayam bakar, inti sandwic dan sos pencicah.
KEWPIE Roasted Sesame Dressing
Aromatik, beraroma kekacang dan penuh rasa. Sos dressing serbaguna ini sangat sesuai dipadankan dengan ayam panggang, salad segar dan hidangan sampingan untuk majlis istimewa. Ia menambah rasa, menjadikan hidangan yang ringkas terasa lebih premium. Hidangan yang ringkas pun boleh nampak eksklusif.
Sos Baharu Yang Lebih Berani Dengan Rasa Tempatan
KEWPIE Chili Mayo
Ads
Mayones berkrim dengan sentuhan pedas. Sangat sesuai dipadankan dengan ayam goreng, nugget, burger dan juga sebagai sos pencicah untuk hidangan dulang Raya semasa rumah terbuka.
KEWPIE Hot Spicy Dressing
Pedas menyengat dengan sentuhan masam yang menyelerakan. Sangat sesuai dijadikan perapan BBQ, dipadankan dengan daging panggang dan hidangan makanan laut, memberi tambahan rasa pedas yang sememangnya digemari rakyat Malaysia. Bagi anda yang suka rasa lebih berani dan pedas, sos ini memang wajib anda cuba.
KEWPIE Creamy Spices Dressing
Ads
Diilhamkan dengan cita rasa tempatan, sos dressing berkrim dengan rempah ini sangat sesuai dipadankan dengan wrap, ayam panggang malah juga untuk hidangan makanan laut, menjadikannya pilihan tepat untuk hidangan perkongsian semasa musim perayaan. Gabungan rasa moden dan tradisional, sesuai untuk pelbagai generasi.
Jom Sertai Contest KEWPIE Dari Dapur Ke Hati
Raya bukan hanya tentang makanan tetapi tentang rasa yang menyatukan keluarga. Dengan KEWPIE, proses menyediakan hidangan menjadi lebih ringkas. Ibu-ibu tidak perlu berada di dapur terlalu lama. Lebih banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga. Itulah makna sebenar ‘Dari Dapur Ke Hati’.
Sambil masak di dapur, anda boleh sertai contest KEWPIE Raya: Dari Dapur Ke Hati. Mudah saja cara untuk sertai peraduan ini. Anda hanya perlu beli produk KEWPIE serendah RM15, masak juadah Hari Raya menggunakan produk KEWPIE dan hantar penyertaan anda dengan scan QR dan muat naik resit pembelian, cara memasak dan gambar juadah anda. Mudah saja kan? Jangan tunggu lagi, jom sertai sekarang. Mana tahu ada peluang untuk anda memenangi hadiah menarik dari KEWPIE.
Raya ini, jom cipta juadah penuh rasa dan kasih dengan seribu satu cara menggunakan produk KEWPIE. Setiap hidangan yang lahir dari dapur, pastinya akan sampai ke hati. Tidak salah untuk menambah sentuhan moden di dalam hidangan anda. Dengan KEWPIE, hidangan lebih mudah disediakan, rasa lebih creamy, masa di dapur lebih singkat dan momen bersama keluarga lebih lama. Jom jadikan KEWPIE sebagai teman setia anda di dapur.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai, sedar atau tidak kita sudah sampai ke penghujung tahun.Akhir tahun sebegini, ramai yang ambil peluang untuk mengambil cuti dan meluangkan masa dengan keluarga di rumah.
Tidak kurang yang mengambil kesempatan meraikan tetamu di kalangan rakan baik mahupun keluarga dengan memasak hidangan istimewa daripada air tangan sendiri. Inilah masa tunjukkan kemahiran memasak anda.
Tidak perlu menyediakan masakan yang sukar, yang penting ia meninggalkan memori yangi indah saat menikmati setiap hidangan yang disediakan. Inspirasi menu yang diolah menggunakan Keju Perfect Italiano dan Chesdale boleh anda hidangkan buat tetamu. Limpahan keju mewah yang pasti menambat selera. Bye Bye 2022, Hi Hi 2023.
Antara resipi yang boleh dicuba adalah Pastry Tuna Chesdale dan Ayam Kentang Bakar Berkrim yang diinspirasikan dari Amerika Syarikat. Pastry Tuna Chesdale dimasak menggunakan Keju Cheddar Chesdale yang tinggi dengan kalsium dan protein. Malah, keju ini juga dapat meningkatkan rasa makanan menjadi lebih enak dengan cheese.
Hidangan yang diinspirasikan dari United Kingdom Roti Goreng Chesdale menggunakan Keju Cheddar Chesdale tidak kurang enaknya. Pastinya hidangan ini menjadi pilihan anak-anak. Cara membuatnya juga cukup mudah dan tidak renyah.
Manakala Ayam Kentang Bakar Berkrim pula menggunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes yang menggabungkan tiga jenis keju iaitu Mozzarella, Cheddar dan Parmesan yang cukup lazat, memberi regangan serta kerak coklat keemasan yang menyelerakan. Pasti tetamu akan menyukainya.
Menarik juga hidangkan tetamu dengan Taco Berkeju Daging Dendeng dan Cheesy Mini Prata Sambal Udang. Mudah disediakan dan praktikal. Hidangan yang diinspirasikan dari Mexico dan Itali sangat sedap apabila diolah mengikut tekak orang Malaysia.
Taco Berkeju berintikan Daging Dendeng ni memang padu. Rasa pedas daging dendeng yang ditaburi Keju Perfect Italiano Mexican Style buat hidangan bertambah enak. Gabungan tiga jenis keju yang meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri sekaligus menjadikan ia satu hidangan yang cukup sempurna.
Cheesy Mini Prata Sambal Udang sedap bila dimakan panas-panas. Jangan lupa taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza. Ia memberi rasa keju yang seimbang dan tidak berminyak. Bila ditarik, memang terliur tengok, rugi sangat kalau tak cuba!
Pastikan hidangan yang lebih sihat juga disediakan buat tetamu. Boleh cuba buat Banana Yogurt Smoothie dan Greek Style Salad. Hidangan yang diinspirasikan dari Amerika Syarikat dan Greece ini memang sedap dan baik untuk kesihatan. Nak lagi sedap, letakkan hirisan buah pisang di atasnya dan taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Memang sempurna rasa. Greek Style Salad menggunakan buah-buahan tempatan seperti nangka dan mangga juga unik.
Kedua-dua hidangan ini tentunya lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Greek-Style Yogurt yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Yogurt yang kaya dan berkrim ini pastinya menjadi pilihan kerana ia rendah lemak dan tiada gula tambahan.Kalau anda nak tahu, terdapat dua lagi variasi yogurt daripada Fernleaf iaitu Fernleaf Natural Yogurt dan Fernleaf Protein+ Yogurt.
Jadi, jangan lupa mencuba kesemua hidangan ini dan dikongsikan resipi penuh.
Selamat mencuba!
AYAM KENTANG BAKAR BERKRIM
Bahan-bahan:
8 ketul bahagian atas peha ayam
4 biji kentang muda (saiz medium) – bersihkan & belah dua
200ml Anchor Cooking Cream
500ml stok/air rebusan ayam
300gm Perfect Italiano Perfect Bakes
2 sudu makan minyak sayur
5 ulas bawang putih – cincang
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan daun kari – cincang
2 biji bawang holland – potong bulat
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Cincangan daun kari segar/saderi – untuk ditabur sebagai hiasan
Cara memasak:
1.Tabur sedikit garam pada ayam.
2.Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak sayur. Letak ayam tadi dan pan fry sekejap dikedua-dua bahagian untuk mendapatkan warna perang. Ketepikan.
3.Di dalam mangkuk, satukan Anchor Cooking Cream, stok ayam, cincangan bawang putih, rempah kari, cincangan daun kari, garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Kacau rata.
4.Sediakan mangkuk tahan panas yang disapu sedikit minyak. Susun ubi kentang dan hirisan bawang hollang di bahagian bawah mangkuk.
5.Susun pula ayam yang telah diperangkan tadi di dalam dulang pembakar.
6.Tuang campuran cream ke atas ayam.
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit.
8.Setelah 40 minit, buang penutup dulang lalu tabur keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan teruskan bakar selama 15-20 minit lagi.
9.Tabur cincangan daun kari/saderi dan hidangkan.
PASTRY TUNA CHESDALE
Bahan-bahan:
8 keping Keju Cheddar Chesdale
4 keping puff pastry (size medium)
200gram tuna dalam tin – ambil isi saja dan hancurkan sedikit
8 biji tomato ceri – belah dua
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu teh serbuk paprika
Garam secukupnya
Cincangan parsley
Cara memasak:
1.Di dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, serbuk paprika dan garam secukupnya. Gaul sebati.
2.Ambil sekeping puff pastry lalu kemaskan bahagian tepinya agar tinggi sedikit. Letak dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega.
3.Letakkan sesudu campuran sos tadi dan ratakan.
4.Letak dua keping Keju Cheddar Chesdale di atas sos.
5.Susun tomato di bahagian keliling puff pastry, sendukkan cincangan tuna dan letak di bahagian tengah.
6.Tabur dengan cincangan parsley di atas tuna.
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 15 minit. Hidangkan panas.
ROTI CHESDALE GORENG
Bahan-bahan:
6 keping roti putih
6 keping Keju Cheddar Chesdale
2 biji telur
2 sudu makan Susu UHT Full Cream Fernleaf
1 sudu teh chili flakes
½ sudu lada sulah
Garam secukupnya
Mentega Anchor Unsalted secukupnya
Cara memasak:
1.Ambil sekeping roti lalu leperkan sedikit dengan rolling pin.
2.Letakkan sekeping Keju Cheddar Chesdale ke atas roti. Ambil sekeping lagi roti yang telah dileperkan sedikit lalu tutupkan ke atas Keju Cheddar Chesdale.
3.Ambil gelas yang permukaannya lebar lalu tekap roti tadi membentuk bulat. Kemaskan keliling roti tadi.
4.Di dalam mangkuk, satukan telur, Susu UHT Full Cream Fernleaf, chili flakes, lada sulah dan garam secukupnya. Kacau rata.
5.Panaskan 1-2 sudu makan Mentega Anchor Unsalted di dalam frying pan.
6.Celupkan roti tadi ke dalam campuran telur lalu masukkan ke dalam frying pan.
7.Goreng roti hingga perang dikedua-dua bahagian.
8.Hidangkan panas bersama sos pilihan.
TACO BERKEJU DAGING DENDENG
Bahan-bahan A:
Kepingan taco secukupnya
150gm Perfect Italiano Mexican Style
Cincangan daun bawang dan cili merah – untuk hiasan
Bahan-bahan B (Daging Dendeng):
800gram daging
5 batang serai – hiris
8 helai daun limau purut
1 cawan stok/air rebusan daging
1 cawan bawang goreng
4 sudu makan kicap manis
4 sudu makan kicap masin
3 sudu makan air asam jawa (cair sedikit)
2 sudu makan gula
Bahan-bahan C (Untuk dikisar):
1 cawan minyak
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
Cara memasak:
1.Rebus daging hingga empuk (jangan buang air rebusan). Hiris daging nipis (ikut size yang disukai) lalu gaul dengan separuh kicap manis.
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng daging tadi hingga agak perang. Angkat dan tumbuk daging hingga agak nipis. Ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit lagi minyak lalu goreng hirisan serai hingga layu dan wangi. Ketepikan.
4.Kisar bahan C hingga lumat lalu tuang di dalam kuali besar. Tumis hingga bahan masak dan wangi.
5.Masukkan daun limau purut, serai yang digoreng lalu renehkan hingga semua bahan kisar masak sempurna.
6.Masukkan gula, air asam jawa, air rebusan daging, garam masin dan lebihan kicap manis. Jika perlu boleh tambah garam. Masak hingga kuah pekat dan hampir kering.
7.Masukkan daging goreng dan bawang goreng. Satukan semua bahan dengan mengacaunya rata. Gaul sebati dan sejukkan sebentar. Setelah agak sejuk, masukkan setengah paket keju Perfect Italiano Mexican Style lalu gaul rata.
8.Ambil sesenduk daging dendeng lalu masukkan dalam kepingan taco yang diletakkan dalam acuan muffin atau dulang pembakar.
9.Tabur lebihan keju Perfect Italiano Mexican Style secukupnya di atas daging dendeng lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 10-15 minit atau hingga keju cair. Tabur cincangan cili merah dan daun bawang dan hidangkan segera.
CHEESY MINI PIZZA PRATA SAMBAL UDANG
Bahan-bahan:
4 keping prata segera
250gm KejuPerfect Italiano Perfect Pizza
Daun basil – cincang kasar
Mentega Anchor Unsalted
Bahan-bahan B (Sambal Udang):
10-15 ekor udang sederhana – bersihkan
1 biji bawang holland – potong bulat
6 biji tomato ceri – belah dua
10 tangkai cili kering – rebus dan toskan
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
Garam secukupnya
Cara memasak:
1.Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
2.Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
3.Masukkan air asam jawa, gula perang, udang dan garam secukupnya. Gaul sebati dan sejukkan sebentar.
4.Sapu sedikit Mentega Anchor Unsalted di dalam dulang pembakar, letak sekeping prata.
5.Sendukkan sambal udang secukupnya lalu ratakan diatas prata. Susun hirisan bawang holland dan tomato ceri. Renjiskan sambal sedikit lagi.
6.Tabur keju Perfect Italiano Perfect Pizza secukupnya.
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
8.Tabur cincangan daun basil dan hidangkan segera.
BANANA YOGURT SMOOTHIE
Bahan-bahan:
2 biji pisang (medium) – sejukkan dalam peti sejuk
250ml Fernleaf Greek Style Yogurt
125ml susu Susu UHT Full Cream Fernleaf
2 sudu makan madu
½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
Cara membuat:
1.Di dalam mesin pengisar, satukan pisang, Fernleaf Greek Style Yogurt, Susu UHT Full Cream Fernleaf dan madu lalu kisar hingga halus.
2.Tambahkan serbuk kulit kayu manis dan kacau sebati.Tuang bahan-bahan kisar ke dalam gelas dan hidangkan segera.
Korang suka makan Bihun Goreng Singapore? Mudah sangat nak membuatnya kalau korang yang pertama kali membuatnya pun pasti menjadi. Buat untuk buka nanti gerenti lah ramai suka. Rahsia nak bagi sedap, adalah udang kering. Sila cuba okey. Sebab senang sangattt! Makan dengan sambal kicap tau. Adoi menambah-nambah jadinya.
RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
PETUA: Bihun Goreng Singapore ini enak dimakan bersama Sambal Kicap. Nikmati semasa masih panas untuk rasa yang lebih optimum.
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mitos telur sering kali buat ramai keliru. Telur adalah antara makanan paling murah, paling berkhasiat dan paling mudah dimasak. Tapi dalam masa yang sama, telur juga adalah makanan yang paling banyak diselubungi mitos. Ada yang kata makan telur boleh naikkan kolesterol, ada yang pantang makan kuningnya, dan ada pula yang yakin telur berwarna coklat lebih “power” daripada telur warna putih.
Sebenarnya, kebanyakan kepercayaan ini tidak tepat. Hari ini, RASA bongkarkan MITOS vs FAKTA telur supaya anda boleh makan dengan lebih yakin dan lebih sedap!
Ramai masih percaya makan telur boleh menyebabkan kolesterol melambung. Ini kerana kuning telur mengandungi kolesterol pemakanan (dietary cholesterol). Tetapi kajian terkini jelas menunjukkan:
FAKTA SEBENAR: Telur sebenarnya boleh membantu menaikkan HDL (kolesterol baik) yang melindungi jantung. Dalam kadar sederhana, telur adalah selamat dan bermanfaat. Ramai yang masih takut kerana terpengaruh dengan mitos telur lama, sedangkan bukti saintifik kini sudah sangat jelas.
Ini mitos lama yang sudah banyak kali dibetulkan oleh pakar pemakanan. Sebenarnya, tiada had khusus “2 biji seminggu” dalam garis panduan moden.
FAKTA SEBENAR: Untuk orang dewasa yang sihat, 1–2 biji telur sehari masih dalam kategori selamat. Yang penting adalah keseluruhan diet, bukan telur itu sendiri. Jika anda ada masalah kolesterol tinggi yang berkait genetik, barulah perlu dapatkan nasihat doktor dahulu.
Kedua-dua telur ini sering dibandingkan dan ramai percaya telur coklat lebih “organik” atau lebih sihat.
FAKTA SEBENAR: Warna telur bergantung pada baka ayam, bukan pada nutrisi.
Nutrisi? Hampir sama saja. Jika ada beza pun, ia datang dari pemakanan ayam, bukan warna kulit telur. Hal ini sering dimanipulasi oleh pemasaran, menyebabkan mitos telur terus tersebar.
Ini salah satu mitos paling tersebar.
FAKTA SEBENAR: Kuning telur ialah bahagian paling berkhasiat dalam telur. Ia mengandungi vitamin A, D, E & K, kolin (baik untuk otak & memori), zat besi, selenium serta lemak sihat yang penting untuk hormon. Manakala putih telur hanya mengandungi protein.
Jadi, bila buang kuning, anda hilang separuh manfaat telur. Mitos seperti ini timbul kerana ramai hanya melihat kandungan lemak, bukan keseluruhan nutrisi.
Telur bukan musuh. Telur juga bukan “bom kolesterol” seperti yang selalu digambarkan. Telur adalah makanan yang lengkap, berkhasiat, mudah dimasak, murah, dan sesuai dimasukkan dalam menu harian. Yang penting: cara masak, kuantiti, dan keseimbangan pemakanan seharian.
Apa yang perlu diingat, banyak kekeliruan yang wujud hanyalah mitos telur yang diwarisi turun-temurun. Bila kita tahu faktanya, barulah kita boleh menikmati telur dengan lebih yakin dan tanpa rasa takut.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Biskut Semperit Klasik antara kuih raya dulu-dulu yang menjadi kesukaan ramai. Bila makan memang sedap tak muak, mudah nak buat malah kosnya pula tak besar. Modal RM15 boleh dapat 10 balang. Memang jimat! Sesuai sangat kalau nak buat jual atau sediakan untuk tetamu waktu raya nanti.