Kemeriahan RASA Bubur Lambuk kembali beraksi! Setelah dua tahun lamanya aktiviti memasak bubur lambuk secara besar-besaran tidak dapat diadakan, Majalah RASA buat julung kalinya berkunjung ke Kota Bharu untuk menjayakan program ini sambil berkongsi rezeki bersama penduduk tempatan dan frontliner.
Sejak jam 8 pagi, pekarangan pintu masuk utama AEON Mall Kota Bharu, sudah mula sibuk dengan aktiviti menyediakan bahan-bahan untuk memasak empat periuk bubur lambuk.
Team RASA, warga Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan juga sukarelawan daripada Katering Bajet Mek berkumpul untuk menjayakan RASA Bubur Lambuk Perdana #meriahkembali pada 22 April 2022.
MASAK SECARA GOTONG-ROYONG
Apa yang menariknya tentang program RASA Bubur Lambuk Perdana #meriahkembali kali ini, menggunakan resipi bubur lambuk Kelantan mengikut selera penduduk setempat.
Selain daripada pucuk miding, gamas, daging dan ikan yang menjadi bahan utama kepada hidangan bubur lambuk ini, keenakan menu ini diperasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-NO-MOTO® .
Ads
Inilah rahsia keenakan bubur lambuk yang dikongsi bersama. AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-NO-MOTO® melengkapkan rasa dengan memberikan rasa “omm” kepada masakan menjadikannya lebih sedap, beraroma, cukup rasa lada pedas dan juga masinnya menjadikan hidangan ini begitu istimewa sekali.
Ads
Bubur lambuk yang telah siap dimasak diagihkan secara percuma kepada orang ramai, pasukan beruniform seperti Balai Bomba & Penyelamat Kota Bharu, Balai Polis Kota Bharu serta Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Ads
SOKONGAN RAMAI
Program RASA Bubur Lambuk Perdana #meriahkembali ini berjalan lancar dengan sokongan daripada rakan penaja AJI-SHIO® dan rakan kerjasama Perdana Kota Bharu, Firefly dan AEON Mall Kota Bharu.
Turut hadir ialah Pengurus Besar Perdana Kota Bharu, Mohd Iqmal Muslim, Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran Perdana Kota Bharu, Nik Adura Zuliana, Pengurus Mall AEON Mall Kota Bharu, Aziam Muhammad dan chef selebriti, Chef Amrin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Yen.
Mengulas mengenai projek RASA Bubur Lambuk Perdana #meriahkembali, Editor Pengurusan Majalah RASA, Ida Abd Aziz berkata, projek ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menerapkan rasa syukur dan saling berbahagi rezeki melalui pengedaran bubur lambuk selain sebagai satu usaha mengukuhkan perpaduan dan kerjasama sesama masyarakat melalui aktiviti gotong-royong khususnya dalam bulan yang mulia Ramadan.
Majalah Rasa merupakan Jenama Masakan No.1 yang telah 21 tahun di pasaran, yang kini bukan sahaja unggul sebagai majalah malah juga sebagai Portal No.1 Dunia Masakan yang menjadi rujukan utama pelayar-pelayar media sosial.
Anak-anak bila cuti asyik nak makan je, mesti mak-mak pening nak masak apa lagi. Dah macam-macam menu masak, tapi kalau risau anak jemu ini ada idea sempoi yang boleh dicuba, Lempeng Kapit, Inti Keju yang sungguh sedap dan senang je nak buat. Apa kata kalau ajak anak-anak buat sekali, barulah meriah di dapur. Senang ye, jangan tak cuba.
LEMPENG KAPIT INTI KEJU BAHAN-BAHAN:
200gm tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
Secubit garam
1 sudu teh serbuk penaik
1 biji telur |kacau
300ml susu cair
2 sudu makan mentega |cairkan
BAHAN INTI:
Keju parut secukupnya
Susu pekat manis secukupnya
Mentega secukupnya | untuk dioleh pada permukaan lempeng
CARA MEMASAK:
1. Campur tepung gandum, gula pasir, garam dan serbuk penaik. Gaul rata. 2. Tuangkan susu dan telur ke dalam bekas berisi campuran tepung. 3. Adun rata supaya tidak bergentel. 4. Tambahkan mentega yang telah dicairkan, adun lagi hingga sebati. 5. Seterusnya panaskan kuali non stick dengan api kecil. 6. Setelah kuali panas satu senduk kecil adunan di tengah-tengah kuali. 7. Biarkan ia mengembang berlubang-lubang. 8. Setelah masak sepenuhnya, angkat sapu permukaan dengan mentega, diikuti susu cair. 9. Akhir taburkan parutan keju dan lipat. Lakukan hingga adunan habis.
Tak sangka, hanya dari secawan kopi, perpaduan rakyat Malaysia boleh tercetus. Kopitiam Xin Aun Nong Yong yang nampak biasa ini rupanya tersimpan nostalgia tentang sejarah, budaya dan keharmonian antara kaum sejak dulu lagi.
Di tengah-tengah pekan Tapah yang sederhana, tersembunyi sebuah kopitiam lama usianya 100 tahun milik Phua Ah Ling yang masih teguh berdiri, bukan sahaja sebagai tempat menjamu selera, tetapi juga sebagai titik pertemuan pelbagai kaum dan generasi.
Lebih Dari Sekadar Secawan Kopi
Kopitiam ini telah menyaksikan sejarah, perubahan zaman dan generasi yang datang dan pergi. Apa yang menjadikannya istimewa bukan sahaja kopi tradisionalnya yang pekat dan kaya aroma serta pau yang lazat tetapi suasana yang membalut setiap sudut ruangan bangku kayu lama, dinding berlumut cerita dan senyuman mesra pemilik yang diwarisi turun-temurun.
Tempat Bertemunya Budaya
Famili Ikat Tepi, yang menyingkap kisah bukan sekadar memaparkan warung kopi. Ia menceritakan bagaimana sebuah ruang kecil mampu menyatukan masyarakat berbilang bangsa. Di sinilah Cina, Melayu, India dan pelbagai etnik duduk semeja, berkongsi makanan, cerita dan kehidupan. Inilah Malaysia sebenar.
Phua- “Sini tiada gaduh gaduh, aman sahaja. Semua kaum Cina, Melayu , India baik-baik sahaja. Semua kenal macam adik beradik,”
Pakcik Ramli – “Dulu kedai ni macam transit , semua orang akan singgah,”
Pakcik Chok – “Sudah kawan 30 tahun dengan Ramli,”
Kutty- “ Kalau tak ada kopitiam ni mana mahu pergi,”
Syam- “Selalu lepak sini, makan telur dan roti bakar,”
Cecily – “Sini boleh hari-hari jumpa kawan, ini bukan kedai macam rumah juga”
Tiada tembok pemisah, tiada kekok, hanya gelak tawa dan cerita hidup yang dikongsi sambil menikmati secawan kopi O panas.
Kisah-kisah beginilah yang menggambarkan budaya kopitiam sebagai simbol perpaduan, bukan hanya dalam kalangan keluarga, malah antara kaum dan generasi. Dari zaman datuk nenek kita hingga ke hari ini, kopitiam menjadi titik pertemuan, tempat orang berkongsi cerita, bertukar pandangan dan menyulam silaturahim.
Warisan Yang Hidup
Walaupun modenisasi melanda, kopitiam ini tidak berubah tetap sama sepertimana dahulu. Resipi lama masih dijaga, suasana kekal klasik. Malah, pelanggan tetap masih kembali, bukan kerana hanya makanan, tetapi kerana ‘rasa rumah’ yang tidak boleh dibeli di mana-mana.
Kesimpulan
Dalam dunia yang semakin laju, kopitiam 100 tahun ini menjadi peringatan bahawa nilai sebenar kehidupan ada dalam hubungan, kenangan dan rasa hormat antara manusia. Famili Ikat Tepi bukan sekadar paparan kisah; ia adalah seruan untuk kita kembali hargai warisan yang menyatukan hati. Kisah Pakcik Ramli, Pakcik Chok, Kutty duduk semeja hanyalah satu daripada ribuan momen yang mencerminkan keharmonian rakyat Malaysia. Dalam dunia yang makin sibuk dan berpecah, kita semua perlu kembali ke akar, secawan kopi, sebuah meja dan hati yang terbuka.
Nasi adalah makanan ruji buat rakyat Malaysia. Di mana-mana dan sesiapa saja akan menjadikan nasi sebagai pelengkap dalam pemakanan seharian. Dan tidak hairan juga jika ada andaian menyatakan “anda belum makan jika tidak memakan nasi.” Ramai rakyat Malaysia sangat gemar menikmati beras wangi untuk hidangan harian di rumah.
Selain dimakan dengan lauk-pauk, banyak makanan dihasilkan daripada beras seperti roti, laksam dan kuih muih. Untuk itu pemilihan beras terbaik sangat penting, bukan sahaja untuk mengenyangkan tetapi boleh membekalkan zat-zat yang diperlukan untuk tenaga seperti karbohidrat, protein dan lemak serta zat-zat logam seperti besi dan kalsium. Lebih daripada itu kita juga pastinya ingin memilih beras berkualiti, yang enak dan berbau harum.
Hari ini terdapat pelbagai jenis beras wangi berada di pasaran dan setiap jenis pasti memberi rasa dan hasil berbeza apabila dimasak. Dan kebanyakan beras wangi ini juga diimport dari luar negeri. Kini kita mempunyai pilihan beras wangi tempatan yang tidak kurang hebatnya. Malah setanding dengan yang sudah lama berada di pasaran.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (250gm)
Beras Wangi HORECA Ladang’57, jenama terbaru beras wangi tempatan pertama yang dikomersialkan di Malaysia ini mempunyai segala kualiti yang diperlukan. Dihasilkan dan diuruskan oleh syarikat perniagaan produk pertanian dan makanan, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF) iaitu anak syarikat kepada FGV Holdings Bhd (FGV), syarikat agrobisnes utama negara.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (2kg)
Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini bukan sahaja sesuai untuk hidangan di rumah, malah sangat sesuai dijadikan pilihan untuk perniagaan sama ada di restoran, kafe dan hotel. Rasanya yang sedap dan harum pasti membuat pelanggan merasa lebih gembira kerana dihidangkan dengan nasi berkualiti tinggi.
LEMBUT & HARUM
Lembut dan sedap dimakan, kualiti Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini mempunyai bau yang harum pandan dan setelah dimasak mempunyai tekstur yang lebih likat, lembut. Mudah untuk dimasak dan berasnya yang tidak hancur. Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini tidak menyebabkan paras gula dalam badan meningkat jika diambil dengan kuantiti yang banyak, jadi sangat baik untuk semua.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 (5kg)
Malah lagi menarik, beras ini sangat sesuai buat mereka yang menghidapi penyakit diabetik dan bagus untuk kesihatan. Beras ini bentuknya yang panjang, teksturnya yang bersih dan terbukti selamat untuk digunakan, sesuai dimasak untuk menu pelbagai resipi seperti nasi tomato, nasi ayam, nasi briyani, nasi goreng dan pelbagai lagi.
Beras Wangi HORECA Ladang’57 ini didatangkan dalam tiga pek berbeza iaitu 5KG, 2kg dan juga 250g dengan harga RM30.00, RM12.00 dan RM2.00. Harganya memang sangat berbaloi dan berpatutan. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 boleh layari www.ladang57.com.my atau scan QR code di bawah untuk info lebih lanjut.
RESIPI BERASASKAN NASI MENGGUNAKAN BERAS WANGI HORECA LADANG’57
NASI AYAM CLAYPOT
BAHAN-BAHAN A:
2 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan 2 ½ cawan air rebusan ayam 1 sudu teh stok perisa ayam
BAHAN-BAHAN B:
½ ekor ayam | potong kecil 3 ulas bawang putih | tumbuk halus 3sm halia | tumbuk halus 6 sudu makan kicap manis 2 sudu makan kicap pekat 2 sudu makan sos tiram 1 sudu teh lada sulah 1 sudu teh stok perisa ayam
BAHAN-BAHAN C:
3 tangkai cili kering | potong kecil 4 biji cendawan shiitake | belah dua Minyak bijan secukupnya Garam secukup rasa Cincangan daun bawang | untuk ditabur
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan B lalu gaul rata. Perap setengah jam. 2. Sementara itu, di dalam kuali kecil, panaskan sesudu kecil minyak bijan lalu goreng cendawan shiitake dan cili kering hingga wangi. Tutup api. 3. Di dalam periuk claypot, satukan semua bahan B lalu masak hingga separuh masak. 4. Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi diatas nasi yang separuh masak tadi lalu tutup periuk claypot beserta cendawan shiitake dan cili kering goreng tadi. Teruskan memasak dengan api yang kecil hingga semua bahan masak sempurna. 5. Setelah semua bahan masak, renjiskan sedikit minyak bijan dan tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
2 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan 2 cawan susu cair ½ cawan air 3 sudu makan tomato puri 3 sudu makan sup tomato dalam tin 2 sudu makan minyak sapi 1 tangkai daun pudina 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 1 sudu teh garam Kacang gajus goreng & kismis | untuk ditabur
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
½ biji bawang besar 4 biji bawang merah 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis hingga naik bau. 2. Masukkan bahan-bahan kisar lalu tumis lagi hingga wangi. 3. Masukkan tomato puri, susu cair, sup tomato dan air. Kacau hingga semua bahan sebati. Tutup api. 4. Tuang semua bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi. 5. Masukkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 yang telah dicuci bersih. Tambah garam. Kacau rata dan masak nasi hingga tanak. 6. Setelah nasi masak, masukkan daun pudina dan gembur nasi rata. Tabur kacang gajus goreng dan kismis di atas nasi. Hidangkan bersama lauk-pauk pilihan.
RICE PUDDING
BAHAN-BAHAN:
1 liter susu segar 1 cawan Beras Wangi HORECA Ladang’57 | basuh & toskan 1 cawan air ½ cawan gula kastor 1 sudu teh garam ½ sudu teh air ros (mawar) Serbuk kulit kayu manis secukupnya Cincangan kekacang panggang (walnut/badam/hazelnut) Hirisan buah mangga Hirisan buah pisang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan Beras Wangi HORECA Ladang’57 yang telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama susu segar. Didihkan dengan api kecil sambal kacau berterusan supaya bahagian bawah tidak hangit. 2. Masukkan air, garam dan gula. Masak lagi hingga hingga nasi lembut. Renjis air ros lalu kacau rata. 3. Tabur sedikit serbuk kulit kayu manis di atas pudding nasi. Tabur kekacang panggang, hirisan buah mangga dan buah pisang sebagai pelengkap hidangan. Hidangkan panas.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!