Waktu berbuka tentunya masa yang sangat ditunggu-tunggu terutamanya anak-anak. Setelah seharian berpuasa, masing-masing tidak sabar untuk menjamah hidangan yang disediakan. Semua nampak sangat sedap dan menyelerakan.

Masakan jadi lebih enak dengan Mentega Anchor. Terasa dalam setiap gigitan. Masakan juga jadi lebih beraroma. Bila dimasak, bau wanginya menaikkan lagi rasa tidak sabar untuk mencuba. Sangat sesuailah anda juga untuk memasak pelbagai juadah di bulana Ramadan ini.

Menu berbuka yang mudah dan cepat disediakan ini tentunya memberikan idea buat anda. Cubalah. Pasti anda dan keluarga puas hati dengan rasanya.

 

 1. TEH TARIK MADU BUTTER

Mudah & Cepat Masak. Aneka Resipi Menu Berbuka Sedap Boleh Masak Guna Mentega Anchor

BAHAN-BAHAN:

  • 3 uncang teh
  • ¾ cawan air
  • 1 cawan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung) – panaskan
  • 2 sudu makan madu
  • 10gm Mentega Anchor Salted

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air bersama 3 uncang teh dan biarkan teh terendam beberapa minit. Setelah itu, tuang teh yang ditapis ke dalam mug/kole.
  2. Tambah madu, Susu Tepung Fernleaf Family yang telah dipanasan. Kacau sebati.
  3. Tuang campuran teh tadi ke dalam satu lagi mug/kole lalu tarik beberapa kali hingga buih terbentuk.
  4. Tuang teh tarik ke dalam cawan lalu letakkan Mentega Anchor Salted. Kacau dengan sudu dan butter akan mencair sendiri. Hidangkan panas.

 

 2. CENDOL SUSU JAGUNG/DURIAN

Mudah & Cepat Masak. Aneka Resipi Menu Berbuka Sedap Boleh Masak Guna Mentega Anchor

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan jagung manis dalam tin atau isi durian
  • 2 cawan susu Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
  • ½ cawan cendol
  • 2-3 sudu makan sirap pekat gula merah
  • 15gm Mentega Anchor Salted
  • Ketulan ais secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, letakkan sedikit jagung/isi durian dan cendol.
  2. Tuang susu Susu Tepung Fernleaf Family dan Mentega Anchor Salted Tuang sedikit sirap pekat gula merah.
  3. Letakkan ketulan ais atau ais kisar. Kacau sebati dan hidangkan segera.

 

3. COCONUT SHAKE

Mudah & Cepat Masak. Aneka Resipi Menu Berbuka Sedap Boleh Masak Guna Mentega Anchor

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan air kelapa muda
  • 1 cawan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
  • ½ cawan ketulan ais/ais kisar
  • 2 sudu makan air gula
  • ½ cawan isi kelapa muda – kisar kasar
  • 10gm Mentega Anchor Salted
  • Hirisan kelapa muda – hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan dalam shaker lalu goncang hingga semua bahan sebati.
  2. Tuang coconut shake ke dalam gelas pilihan.
  3. Hias coconut shake dengan hirisan kelapa muda. Hidangkan sejuk.

 

4. POPIAH BERGEDIL CHEESE

Mudah & Cepat Masak. Aneka Resipi Menu Berbuka Sedap Boleh Masak Guna Mentega Anchor

BAHAN-BAHAN A:

  • Anchor Cheese Slice secukupnya
  • Kulit popiah secukupnya
  • 2-3 biji telur – pukul dengan garfu
  • 2 sudu makan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

BAHAN-BAHAN B:

  • 4 biji ubi kentang – buang kulit, hiris nipis, goreng dan tumbuk lumat
  • 200gm daging kisar – goreng hingga perang
  • 1 cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
  • 40gm Mentega Anchor Salted
  • 1 batang daun bawang – cincang halus
  • 1 sudu makan bawang goreng
  • 1 sudu teh serbuk garlic
  • Garam dan lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan semua bahan B lalu kepal-kepalkan seperti membuat bergedil.
  2. Ambil sekeping kulit popiah, letak sekepal begedil dan letak sekeping Anchor Cheese Slice. Gulung kulit popiah dan kemaskan.
  3. Sementara itu, di dalam mangkuk lain, satukan telur, Susu Tepung Fernleaf Family, garam dan lada sulah secukup rasa. Pukul sebati.
  4. Panaskan minyak yang agak banyak di dalam kuali.
  5. Ambil seketul popiah begedil tadi lalu celup dalam bancuhan telur lalu goreng hingga keperang-perangan. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas.

 

5. CRAB RANGOON BERKEJU 

Mudah & Cepat Masak. Aneka Resipi Menu Berbuka Sedap Boleh Masak Guna Mentega Anchor

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit wantan secukupnya
  • 10-15 batang jejari ketam – carik-carik halus
  • 100gm Anchor Cream Cheese
  • 50gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
  • 1 batang daung bawang – cincang halus
  • 3 ulas bawang putih – cincang halus
  • ½ sudu teh minyak bijan
  • Secubit garam

BAHAN-BAHAN B:

  • 100gm Anchor Unsalted Butter

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan Anchor Cream Cheese, Keju Perfect Italiano Mozzarella, jejari ketam, cincangan bawang putih, cincangan daun bawang, minyak bijan dan garam. Gaul rata dan kepal-kepal.
  2. Ambil sekepal campuran keju dan jejari ketam tadi dan letakkan di dalam sekeping kulit wantan. Bentukkan mengikut cita rasa dan kemaskan.
  3. Di dalam kuali, panaskan bahan B hingga mentega cair dengan api yang sederhana.
  4. Goreng wantan tadi hingga kekuningan. Hidangkan panas.

 

 6. PIZA ROTI CANAI BERKEJU

Mudah & Cepat Masak. Aneka Resipi Menu Berbuka Sedap Boleh Masak Guna Mentega Anchor

BAHAN-BAHAN:

  • 2-3 keping roti canai segera
  • 2 batang sosej – dihiris
  • 1 labu bawang besar – potong bulat
  • 1 biji tomato – dihiris
  • 1 biji cili benggala – dihiris
  • Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya
  • Keju Perfect Italiano Grated Parmesan secukupnya
  • Anchor Unsalted Butter secukupnya
  • Sos piza secukupnya
  • Garam dan lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan dulang pembakar yang disapu sedikit Anchor Unsalted Butter.
  2. Letak sekeping roti canai segera. Sapu sos piza secukupnya. Susun hirisan sosej, bawang besar, tomato dan cili benggala.
  3. Tabur Keju Perfect Italiano Grated Parmesan dan Keju Perfect Italiano Mozzarella
  4. Bakar piza dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 15-20 minit atau hingga keperangan. Hidangkan panas.

 

IKLAN

7. ROTI GULUNG BERINTI TUNA DAN KEJU

Mudah & Cepat Masak. Aneka Resipi Menu Berbuka Sedap Boleh Masak Guna Mentega Anchor

BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 keping roti putih
  • 1 cawan tuna – ambil isi tuna sahaja
  • 1 batang daun bawang – cincang
  • ½ cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
  • 215gm Mentega Anchor Unsalted
  • 50gram Mentega Anchor Salted
  • 1 sudu teh paprika
  • 3 biji telur – pukul dengan garfu
  • Breadcrumbs secukupnya
  • Garam & lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan tuna, daun bawang, paprika, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
  2. Ambil sekeping roti lalu sapu dengan Mentega Anchor Salted
  3. Sudukan sedikit campuran tuna ke atas roti. Tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella Gulung roti dan kemaskan.
  4. Celup roti gulung ke dalam bancuhan telur yang ditambah dengan sedikit garam dan lada sulah. Golekkan atas breadcrumbs secukupnya.
  5. Cairkan 215gram Mentega Anchor Unsalted di dalam kuali. Goreng gulungan roti tadi hingga kuning keperang-perangan. Hidangkan panas.

 

8. KARIPAP ROTI CHEESY

Mudah & Cepat Masak. Aneka Resipi Menu Berbuka Sedap Boleh Masak Guna Mentega Anchor

BAHAN-BAHAN A:

  • 8-10 keping roti putih – leperkan
  • Anchor Cheese Slice secukupnya – potong dua
  • Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya
  • 1 biji telur – pukul dengan garfu

BAHAN-BAHAN B:

  • 3 bij ubi kentang – bersihkan, potong dadu kecil & rebus separuh masak
  • 2 ketul kecil isi ayam – cincang dan rebus hingga masak
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 4 biji bawang merah – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • ½  sudu makan udang kering – kisar
  • ¼ cawan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
  • 50gm Mentega Anchor Unsalted
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan Mentega Anchor Unsalted dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daun kari dan rempah kari.  Tumis lagi hingga rempah masak.
  2. Masukkan ubi kentang dan isi ayam. Tambah Susu Tepung Fernleaf Family dan didihkan hingga semua bahan masak sebati dan bahan cecair sejat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan inti dan sejukkan sebentar.
  3. Ambil sekeping roti yang telah dileperkan dan letakkan di atas acuan karipap. Letakkan sesudu makan inti kentang tadi ke atas kepingan roti. Tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella dan Anchor Cheese Slice.
  4. Sapu sedikit bancuhan telur di sekeliling kepingan roti lalu tutup acuan membentuk seperti karipap.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng karipap roti hingga kuning keperang-perangan. Hidangkan panas.

 

9. DAGING BAKAR DANOK CHEESE

Mudah & Cepat Masak. Aneka Resipi Menu Berbuka Sedap Boleh Masak Guna Mentega Anchor

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging lembu – sirloin atau bahagian yang lembut
  • 20gm Mentega Anchor Salted – cairkan
  • 2 sudu makan sos perang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh chicken granules

BAHAN-BAHAN B (SOS):

  • ¾ cawan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
  • 200gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
  • Garam, lada sulah secukupnya dan sedikit gula perang
  • Cincangan daun ketumbar – hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semuan bahan A lalu gaul rata pada daging. Perap sejam atau semalaman di dalam peti sejuk.
  2. Keluarkan daging dari peti sejuk, grill di atas kuali pemanggang atau dalam ketuhar hingga daging keperang-perangan (tapi jangan masak berlebihan). Rehatkan daging sebentar kemudian dihiris nipis.
  3. Satukan Susu Tepung Fernleaf Family dan Keju Perfect Italiano Mozzarella di dalam periuk kecil lalu didihkan dengan api yang kecil hingga semua bahan sebati dan likat. Tambah garam, gula perang dan lada sulah secukup rasa.
  4. Tuang sos keju ke atas hirisan daging dan tabur cincangan daun ketumbar. Hidangkan segera. Jika suka boleh tambah perahan lemon.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI