Seronok tengok gelagat artis Zarina Zainuddin dan anak bujangnya Azal Azrai di dapur. Memasak memang aktiviti yang boleh mengeratkan lagi kasih sayang dua beranak ni. Satu minat dan citarasa yang sama.

Rasa Anak Emak Anak Bapak Ep. 12, Azal Azrai Ceria Membantu Ibunya Di Dapur
So sweetlah Azal mengikut ibunya membeli bahan-bahan masakan dan ringan tulang ke dapur membantu Zarina. Masakan kali ini memang merangsang selera, iaitu Nasi Briyani Pakistan dan Lauk Kari Ayam . Memang kaw kaw lah sedapnya.

Rasa Anak Emak Anak Bapak Ep. 12, Azal Azrai Ceria Membantu Ibunya Di Dapur
Jom semak resipinya…

NASI BRIYANI PAKISTANRasa Anak Emak Anak Bapak Ep. 12, Azal Azrai Ceria Membantu Ibunya Di Dapur
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
  • 1/2 sudu makan rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
  • 2 biji buah tomato | potong dadu
  • 50gm gm daun pudina
  • 1/2 liter air
  • 100ml susu cair
  • 2 1/2 sudu makan minyak sapi
  • 1/4 cawan kacang gajus | bakar atau panggang dahulu
  • Pewarna kuning |bancuh dengan sedikit air
  • 200ml yogurt biasa
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa titik pewarna kuning
  • 1 helai daun pandan | disimpul

BAHAN TUMIS:

  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih |hiris
  • 2cm halia | hiris halus
  • 2cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • Minyak masak secukupnya

Bahan tabur :

IKLAN
  • Daun sup dan bawang goreng

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
2. Masukkan rempah briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu , setelah hancur tomato masukkan yogurt dan kacau .
4. Seterusnya masukkan air dan susu cair.Masukkan daun pandan dan biarkan mendidih sebentar.
5. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi bersama daun pudina.
6. Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
7. Taburkan daun sup dan bawang goreng di atas nasi bila dihidang

KARI AYAMRasa Anak Emak Anak Bapak Ep. 12, Azal Azrai Ceria Membantu Ibunya Di Dapur
.

BAHAN-BAHAN :
12 ketul ayam | dipotong dari seekor ayam
2 biji kentang – potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar – hiris
6 ulas bawang putih – hiris
3 inci halia – hiris
Air asam jawa secukupnya
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas
2 sudu makan pes cili kering
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan pes cili kering, kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah dan cili tidak hangus. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang
3. Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.

IKLAN

Rasa Anak Emak Anak Bapak Ep. 12, Azal Azrai Ceria Membantu Ibunya Di Dapur
Teruskan menonton rancangan Rasa Anak Emak Anak Bapak setiap hari Selasa, jam 1.00 tengahari,di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Anda mungkin suka resipi ini :

Masak Sendiri Variasi Menu Ayam Simple & Sedap Ni.

IKLAN

Dan juga resipi ni :

Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI