Membawa semangat Ramadan ke dalam rumah penonton, Rasa Ajar Masak bukan hanya menawarkan resipi-resipi sedap tetapi juga mengajak penonton untuk menghargai setiap detik bersama orang tersayang. Ia mengingatkan kita semua bahawa masakan paling enak adalah masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang dan kenangan yang indah bersama keluarga.
Tahun ini, program Rasa Ajar Masak memperkenalkan konsep yang unik dengan cikgu mengajar murid memasak. Dalam setiap episod, selebriti tanah air akan berkolaborasi dengan orang tersayang seperti ibu, ayah, atau sahabat.
Ads
Program ini bukan hanya sekadar berkongsi ilmu memasak, tetapi juga menceritakan kenangan manis bersama keluarga dan sahabat yang sering dikaitkan dengan hidangan yang dihidangkan setiap kali menyambut Ramadan.
Pelbagai Resipi Istimewa Untuk Dicuba
Setiap resipi yang dipersembahkan dalam Rasa Ajar Masak adalah resipi yang mempunyai elemen tradisi, menjadikan ia lebih istimewa dengan sentuhan selebriti tersebut. Terdapat pelbagai hidangan yang dikongsi sepanjang 22 episod program ini, termasuk resipi Ramadan yang tidak asing lagi bagi kebanyakan keluarga Malaysia.
Dengan rencah istimewa dari BABA’S, setiap resipi yang disediakan turut melibatkan penggunaan bahan-bahan berkualiti yang membuatkan setiap masakan lebih enak dan lazat. Rasa Ajar Masak mengajak penonton untuk merasai kembali kehangatan suasana berbuka puasa di rumah dengan hidangan-hidangan yang sentiasa disukai ramai.
Setiap resipi disertai dengan tip-tip mudah yang boleh dicuba di rumah. Dengan gabungan bahan-bahan segar dan cara memasak yang tepat, program ini pasti memberikan inspirasi kepada penonton untuk mencuba resipi baru sepanjang bulan Ramadan.
Ads
Penonton akan dapat melihat sisi lain selebriti yang mungkin selama ini tidak pernah mereka saksikan.
BABA’S kembali sebagai penaja untuk rancangan Rasa Ajar Masak 2025 untuk musim ketiga.
Ads
Dengan pelbagai resipi menarik yang menanti, Rasa Ajar Masak sudah pasti menjadi program kegemaran ramai pada Ramadan ini. Para penonton boleh menantikan pengalaman masakan yang penuh emosi, kenangan dan kasih sayang, yang dihidangkan dengan penuh keceriaan oleh selebriti-selebriti tanah air.
Jangan ketinggalan untuk menonton Rasa Ajar Masak, sebuah program masakan yang menyambut Ramadan dengan penuh makna. Pastikan anda dan keluarga berada di depan kaca televisyen setiap Sabtu hingga Rabu, 7.00 malam di ASTRO Prima. Setiap hidangan yang disajikan bukan hanya akan membuka selera, tetapi juga membawa kembali kenangan indah yang sudah lama kita rindui.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila tibanya Ramadan, pastinya kita rindukan suasana berpuasa di kampung halaman. Mulalah terbayang keenakan masakan emak yang pelbagai jenis, berebut air dengan adik-beradik bila azan berkumandang dan pelbagai memori indah bersama keluarga tercinta.
Keseronokan menyambut Ramadan bersama keluarga di kampung tentunya berbeza dengan cara orang di bandar. Setiap kali berbuka, setiap kali itulah kita pasti teringat kelazatan air tangan seorang ibu yang bertungkus-lumus di dapur demi menyediakan hidangan berbuka puasa untuk seisi keluarga. Air tangan itulah yang membuatkan kita tak sabar untuk pulang ke kampung halaman.
Mengembalikan nostalgia Ramadan dengan ‘air tangan’ seorang ibu, RASA tahun ini kembali dengan program memasak RASA MAK AJAR MASAK yang ditayangkan bermula 11 Mac 2024, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria yang direncahkan oleh BABA’S, BABA’S Rencah Hidup Ku.
GANDINGAN SELEBRITI & IBU
Program memasak sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini membawa penonton mengimbau memori Ramadan menerusi resipi tradisi keluarga yang dikongsi oleh barisan selebriti tanah air bersama mak atau anak mereka. Masakan yang paling sedap adalah hidangan yang mak kita masak.
Antara selebriti yang menyerikan dapur Rasa Mak Ajar Masak dengan resipi tradisi masing-masing ialah Nubhan, Didie Alias, Abby Abadi, Diana Danielle, Aiman Tino, Azad Jasmin, Nabila Razali, Nora Ariffin, Yaya Zahir, Daiyan Trisha dan ramai lagi.
Nak tahu macam mana aksi artis kesayangan anda bila kena memasak? Pandai ke mereka? Kalau nak tahu, kenalah tonton nanti ya.
Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini telah disiarkan bermula 11 Mac lalu, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria.
Memang istimewa program masakan Rasa Mak Ajar Masak kali ini kerana menampilkan 22 selebriti yang memasak bersama bonda tersayang dan berkongsi resipi tradisi keluarga. Masakan yang paling sedap tentunya masakan yang mak kita masak kan?
Sambil menyediakan hidangan, mereka turut berkongsi nostalgia kisah menarik sepanjang bulan Ramadan yang mungkin tidak dikongsi kepada umum sebelum ini. Antara selebriti yang memeriahkan dapur Rasa Mak Ajar Masak ialah Nubhan Ahmad, Didie Alias, Abby Abadi, Ain Edruce, Uyaina Arshad, Azad Jasmin, Shasha Abedul, Nabila Razali dan ramai lagi.
Penuh Gelagat Lucu Dan Ceria
Memang gamat dapur dengan pelbagai celoteh mereka sambil berkongsi cerita suka duka serta ketawa gembira yang menjadi kenangan setiap kali tibanya Ramadan. Masing-masing punyak cerita menarik yang tersendiri.
Menonton nostalgia mereka membuatkan kita turut mengingati kembali kisah masing-masing ketika masih kecil dan memori pertama kali belajar memasak bersama ibu. Percayalah, memang indah untuk dikenang kembali.
Pelbagai Resipi Menarik Turut Dikongsi
Paling best, rancangan ini dapat memberi idea kepada kita untuk memasak kerana ada 46 resipi yang telah dikongsi oleh mereka. Ada lauk pauk serta hidangan pencuci mulut yang boleh anda cuba di rumah.
Antara resipi yang dikongsi adalah Kari Ikan Merah, Rendang Maman Itik, Udang Goreng Berempah, Daging Bakar Danok, Kuih Kole Kacang, Pajeri Nanas, Asam Pedas Ikan Jenahak, Daging Masak Hitam, Bubur Cha Cha, Lepat Labu dan banyak lagi.
Sekiranya anda tengah rancang untuk buat rumah terbuka, boleh cuba menu Nasi Briyani BABA’S ni. Mudah dan sedap! Hanya guna Rempah Briyani BABA’S, hasilnya macam beli kat restoran. Pasti tetamu puji nanti. Nak resipi penuh, boleh tonton video di bawah. Selamt mencuba!