Bila tibanya Ramadan, pastinya kita rindukan suasana berpuasa di kampung halaman. Mulalah terbayang keenakan masakan emak yang pelbagai jenis, berebut air dengan adik-beradik bila azan berkumandang dan pelbagai memori indah bersama keluarga tercinta.

Keseronokan menyambut Ramadan bersama keluarga di kampung tentunya berbeza dengan cara orang di bandar. Setiap kali berbuka, setiap kali itulah kita pasti teringat kelazatan air tangan seorang ibu yang bertungkus-lumus di dapur demi menyediakan hidangan berbuka puasa untuk seisi keluarga. Air tangan itulah yang membuatkan kita tak sabar untuk pulang ke kampung halaman.

Ceriakan Ramadan Anda Dengan Rancangan Rasa Mak Ajar Masak

Mengembalikan nostalgia Ramadan dengan ‘air tangan’ seorang ibu, RASA tahun ini kembali dengan program memasak RASA MAK AJAR MASAK yang ditayangkan bermula 11 Mac 2024, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria yang direncahkan oleh BABA’S, BABA’S Rencah Hidup Ku.

IKLAN

GANDINGAN SELEBRITI & IBU

Program memasak sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini membawa penonton mengimbau memori Ramadan menerusi resipi tradisi keluarga yang dikongsi oleh barisan selebriti tanah air bersama mak atau anak mereka. Masakan yang paling sedap adalah hidangan yang mak kita masak.

Ceriakan Ramadan Anda Dengan Rancangan Rasa Mak Ajar Masak

IKLAN

Antara selebriti yang menyerikan dapur Rasa Mak Ajar Masak dengan resipi tradisi masing-masing ialah Nubhan, Didie Alias, Abby Abadi, Diana Danielle, Aiman Tino, Azad Jasmin, Nabila Razali, Nora Ariffin, Yaya Zahir, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

Ceriakan Ramadan Anda Dengan Rancangan Rasa Mak Ajar Masak

IKLAN

Ceriakan Ramadan Anda Dengan Rancangan Rasa Mak Ajar Masak

Nak tahu macam mana aksi artis kesayangan anda bila kena memasak? Pandai ke mereka? Kalau nak tahu, kenalah tonton nanti ya.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI