Program Rasa Ajar Masak (RAM) bakal melabuhkan tirai pada 30 Mac ini setelah membawa 22 selebriti terkenal tanah air berkongsi pelbagai resipi istimewa. Disiarkan selama 22 episod bermula 1 Mac 2025 di Astro Ria dan Astro Go, setiap Sabtu hingga Rabu jam 7.00 malam, RAM bukan sekadar sebuah program masakan, tetapi juga perkongsian resipi antara ibu dan anak, suami dan isteri menjadikan program ini penuh dengan rencah dan momen yang mencuit hati.
44 Resipi Menarik Untuk Dicuba
Dalam setiap episod, para selebriti turut berkongsi cerita-cerita peribadi yang penuh kenangan sepanjang bulan Ramadan. Gelagat lucu dan ceria mereka di dapur membuatkan kita tidak hanya tertawa, malah turut terkenang kisah-kisah manis di bulan penuh keberkatan ini.
Ads
Yang lebih menarik, RAM tidak sekadar menampilkan hiburan semata-mata tetapi juga memberi kita peluang untuk belajar pelbagai resipi yang sedap dan mudah untuk dicuba di rumah. Sepanjang episod yang disiarkan, 44 resipi menarik telah dikongsi oleh selebriti undangan.
Antara resipi menarik dan unik adalah Lidah Lembu Bakar dan Air Asam Kerisik serta Nasi Ulam Tumis yang dimasak oleh Dato’ Chef Ismail dan Maria Tunku Sabri. Puding Payasam yang dimasak oleh Watie Hanifiah, Pandan Payasam Triffle yang dimasak oleh Chef Adu dan Wantan bersama Inti Rendang Ayam yang dimasak oleh Angeline Tan. Memang pilihan resipi yang pelbagai dan sedap!
Ads
Bagi yang teringin untuk masak menu istimewa sempena rumah terbuka, RAM turut berkongsi resipi Kurma Kambing yang mudah dan lazat. Hanya menggunakan rempah BABA’S, hidangan ini boleh disediakan dengan cepat dan dijamin rasanya tidak kalah dengan kurma kambing yang ada di restoran. Tentu tetamu akan memuji keenakan hidangan tersebut. Anda boleh tonton video resipi penuh dalam program RAM untuk mencuba sendiri resipi ini di rumah.
Melihat gelagat selebriti memasak sambil berkongsi cerita membuatkan kita teringat memori pertama kali belajar memasak atau mungkin ketika pertama kali mencuba resipi untuk berbuka puasa.
Resipi Borneo Istimewa oleh Wafiy Ann di Episod 22!
Jangan lupa saksikan episod terakhir pada 30 Mac 2025 yang menampilkan selebriti muda berbakat, Wafiy Ann, yang berkongsi resipi Borneo istimewa bersama adiknya. Resipi Borneo ini memukau penonton dengan kelainan dan kekayaan rasa tradisional dari wilayah Malaysia Timur.
Ads
Wafiy Ann dan adiknya mempersembahkan hidangan yang jarang-jarang kita dapat lihat di televisyen. Mereka berkongsi resipi khas dari Borneo yang penuh dengan rasa asli dan unik. Anda pasti teruja melihat bagaimana mereka mengolah bahan-bahan tempatan dengan cara yang istimewa, memberi peluang untuk anda mencuba resipi yang menggugah selera dan tentunya membawa kita lebih dekat kepada keindahan masakan Malaysia Timur.
Jadi, pastikan anda tonton kerana resipi Borneo yang dikongsikan bukan sahaja membuka selera tetapi juga membawa nostalgia ke kampung halaman. Sambil memasak, Wafiy Ann dan adiknya turut berkongsi cerita peribadi tentang pengalaman mereka semasa Ramadan yang penuh dengan kenangan manis.
Pastikan Ramadan kali ini penuh dengan memori manis bersama Rasa Ajar Masak.
Jangan lupa tonton episod terakhir RAM pada 30 Mac 2025 hanya di Astro Prima dan Astro Go, jam 7 malam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila tibanya bulan Ramadan, Bubur Lambuk menjadi juadah paling popular dan dinanti-nantikan oleh semua. Memang sedap! Jadi sempena bulan puasa ini, tidak lengkap rasanya jika tidak menikmati juadah ini sewaktu berbuka.
Setiap negeri punya resipi Bubur Lambuk yang jadi kegemaran masyarakat setempat. Rupa seakan sama namun punya keistimewaan serta keenakan yang tersendiri. Seperti Bubur Lambuk Pantai Timur, ia menggunakan ramuan isi ikan dan dimasak dengan Pucuk Midin. Unik tapi memang sedap tau! Jika ada kesempatan, anda harus cuba.
Tak larat nak beratur di bazar? Anda pun boleh masak sendiri Bubur Lambuk di rumah. Hanya dengan beberapa bahan asas, juadah yang mudah, sedap, berkhasiat dan terjamin bersih ini sedia untuk dihidangkan buat keluarga tercinta.
AJI-SHIO® RAHSIA BUBUR LAMBUK JADI ENAK & MUDAH DIMASAK
Bagi yang pernah rasa Bubur Lambuk Pantai Timur, pasti tidak akan melupakan keenakan rasanya. Penuh dengan rasa lemak santan dan juga isi ikan, memang menggugat selera. Penggunaan bahan-bahan terbaik dan berkualiti memberikan rasa yang terbaik. Ditambah pula dengan campuran AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa, menaikkan lagi rasa dan aroma Bubur Lambuk serta membuatkan ia jadi lebih memikat selera. Semunya cukup rasa. Dalam setiap suapan, memang terasa kenikmatannya.
AJI-SHIO® adalah salah satu bahan terbaik yang mampu membuatkan Bubur Lambuk jadi lebih cepat dimasak, rasa yang lengkap dan enak. Ia mempunyai rasa lada, masin dan aroma yang wangi menjadikan rasa Bubur Lambuk jadi lebih beraroma. Tidak perlu guna bahan perasa lain. Hanya dengan produk ini sudah cukup untuk menghasilkan juadah yang sempurna.
Selain Bubur Lambuk, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa juga sesuai digunakan dalam pelbagai jenis menu kegemaran anda yang lain. Masakan tradisional atau moden, semuanya sesuai. Hanya tambahkan sedikit sahaja, hidangan enak sudah tersedia. Sesuaikan sahaja mengikut selera.
Mudah dan senang digunakan menjadikan produk ini menjadi pilihan ramai. Hanya dalam satu paket sahaja, kerja-kerja memasak jadi lebih mudah dan cepat.
Tahun ini AJI-SHIO® sekali lagi berbakti kepada masyarakat dengan menaja program Bubur Lambuk Perdana yang bakal diadakan di Kota Bharu Kelantan.
Projek ini adalah sebagai tanda terima kasih bagi menghargai jasa para petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 dan juga sumbangan kepada golongan Asnaf yang memerlukan.
Malah Bubur Lambuk istimewa juga turut diagihkan kepada orang ramai yang berkunjung ke Aeon Mall Kota Bharu. Wow… Bestnya!
Sebanyak 1000 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan. Jadi orang-orang Kota Bharu dan yang tinggal di kawasan sekitarnya, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Aeon Mall Kota Bharu, pada 22 April ini untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dibawakan khas oleh AJI-SHIO®.
Ubi Kentang merupakan bahan masakan pelbagai guna serta salah satu sumber karbohidrat dalam hidangan harian bagi membantu membekalkan tenaga serta khasiat buat tubuh badan.
Ibu-ibu yang gemar memasak menggunakan ubi kentang, pastinya akan memilih kentang berkualiti terbaik dan lebih menyihatkan untuk digunakan dalam masakan. Antara yang dipercayai adalah seleksi ubi kentang dari Amerika Syarikat.
Kenapa U.S. Potatoesmerupakan pilihan terbaik? Ini kerana seleksi ubi kentang dari USA ini ditanam di ladang-ladang milik petani yang telah mengusahakan tanaman ini berabad lamanya dan diwarisi dari generasi ke generasi.
Seiring dengan kepakaran mereka, ia ditanam menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan kentang berkualiti tinggi untuk kegunaan pengguna di seluruh dunia.
Kentang-kentang U.S. Potatoes menjadi pilihan ramai kerana ia mengandungi banyak manfaat terhadap kesihatan. Antara manfaat yang terdapat pada Label Fakta Pemakanan ialah:
1. SUMBER VITAMIN C YANG BAIK
Dikenali sebagai sayuran berkhasiat yang kaya dengan vitamin C. Ia sangat baik dalam membantu meningkatkan sistem imun dan meningkatkan tahap tenaga tubuh.
2. MENGANDUNGI POTASSIUM LEBIH DARI SEBIJI PISANG
Yang ini ramai yang tak tahu. Kentang sebenarnya mengandungi kandungan potassium yang lebih tinggi berbanding pisang dimana sebiji kentang lengkap berkulit saiz sederhana mempunyai 620mg potassium iaitu 15% daripada nilai harian. Potassium adalah elektrolit yang penting untuk fungsi otot namun ia akan hilang menerusi peluh. Jadi potassium perlu diisi semula untuk mengekalkan prestasi optimum.
3. SUMBER VITAMIN B6
Kentang adalah sumber vitamin B6 yang baik dimana 1 biji kentang saiz sederhana menyediakan 10% daripada nilai harian yang disyorkan. Vitamin B6 ialah vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisma karbohidrat dan protein. Ia membantu badan menghasilkan asid amino tidak penting yang diperlukan untuk membina pelbagai protein badan.
4. TIDAK MENGANDUNGI LEMAK, GARAM & KOLESTEROL
Ya, kentang secara semula jadi bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah natrium. Di samping itu, kentang yang dimakan dengan kulit adalah sumber potassium yang baik. Makanan yang kaya sumber potassium dan rendah natrium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok.
5. RENDAH KALORI
Bagi anda yang ingin menjaga pemakanan serta mengekalkan bentuk badan, ubi kentang adalah sumber terbaik kerana ia hanya mempunyai 110 kalori dalam setiap hidangan.
Masak menggunakan U.S. Potatoes ternyata lebih menyihatkan malah boleh dipelbagaikan mengikut selera. Sajian tradisi, moden mahupun barat, semua boleh dimasak dengan lazat malah digemari ramai tidak mengira usia.
Aneka lauk pauk, sajian bergoreng, sup, kuih muih, snek dan pastri, semuanya enak dimasak menggunakan U.S. Potatoes. Paling penting, sajian yang anda masak dihasilkan dari bahan terbaik yang memenuhi nutrisi yang diperlukan.
Istimewa buat anda, U.S. Potatoes ingin berkongsi 10 resipi homemade yang mudah, ringkas dan sedap yang sesuai dijadikan sajian buat keluarga tercinta. Cubalah! Pasti anda sukakannya. Jom cuba!
1. DAGING GORENG UBI KENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang
2 biji ubi kentang Russet U.S. – dipotong dan digoreng separuh masak
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu makan serbuk kari
2 ulas bawang putih – dihiris
Sedikit minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa
125ml air
CARA MEMASAK:
Masukkan daging ke dalam periuk dan rebus menngunakan api kecil selama 20 minit. Sejukkan daging seketika.
Hiris daging nipis-nipis dan lumurkan dengan campuran serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Perap seketika.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan daging. Goreng hingga separuh masak lalu masukkan air dan juga ubi kentang.
Ubah suai rasa mengikut cita rasa anda dan sedia untuk dihidangkan.
2. BERLADO KENTANG BILIS
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis – digoreng garing
3 biji ubi kentang Russet U.S. – dipotong baji dan digoreng
100gm cili merah – dikisar
50gm cili padi merah – dikisar
1 biji bawang besar – dikisar
1 helai limau purut – dikisar
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan garam. Kacau rata.
Kemudian masukkan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan.
3. GULAI KAWAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging – dihiris
300gm bawang besar – dikisar halus
100gm bawang merah – dikisar halus
50gm halia – dikisar halus
50gm lengkuas – dikisar halus
50gm kunyit hidup – dikisar halus
200gm serbuk kari daging – dibancuh bersama air
3 batang kulit kayu manis
1 sudu teh buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
5 batang serai – diketuk
800ml santan
3 biji ubi kentang Russet U.S.– potong kecil
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan bancuhan serbuk kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan daging dan ubi kentang. Kacau sebentar. Kemudian masukkan santan dan kacau lagi.
Masak hingga ia sedikit pekat dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Hidangkan dan sedia dinikmati.
4. TALAM BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
2 cawang tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
200ml santan segera
1 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK LAUK:
200gm daging kisar
1 biji ubi kentang Russet U.S. – potong dadu halus
1 biji bawang besar – dadu halus
3 ulas bawang putih – cincang halus
1 sudu makan rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili padi – hiris halus
1 pokok daun bawang – hiris halus
3 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.
Masukkan daging kisar dan kentang. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.Tutup api dan ketepikan.
Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.
Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.
Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.
Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.
Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.
Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.
Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
5. SUP KENTANG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang Russet U.S. – dipotong dadu kecil
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh daun rosemary
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan mentega
12 kepingan bacon daging – hiris kecil
6 cawan susu
130gm keju cheddar – diparut
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
10gm yogurt
CARA MEMASAK:
Gaul ubi kentang bersama minyak zaitun dan daun Rosemary. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 40 minit. Setelah masak, lenyekkan.
Dalam periuk berasingan, panaskan mentega dan goreng bacon daging sehingga rangup.
Keluarkan bacon dan masukkan tepung gandum ke dalam periuk tadi. Kacau dan masak seketika.
Masukkan susu dan kacau hingga rata. Biarkan sup mereneh dan memekat.
Masukkan ubi kentang lenyek ke dalam campuran susu diikuti separuh dari bacon dan keju.
Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam dengan secukupnya.
Tuangkan dalam mangkuk sup, hiaskan dengan yogurt, lebihan bacon dan keju.
6. KENTANG BAKAR DAGING BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang Russet U.S.
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
1 biji telur kuning
½ sudu besar serbuk keju parmesan
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
BAHAN INTI DAGING:
1 mangkuk daging cincang
3 biji bawang merah – dicincang
2 sudu besar tomato puri
2 sudu makan minyak untuk menggoreng
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk pati ayam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar – dadu
Sedikit garam
Keju Mozarella secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuh bersih kentang dan rebus, jangan terlalu masak nanti ianya lembik. Setelah sejuk, belah dua.
Dengan menggunakan sudu, korek isi bahagian tengah kentang bagi membentuk lubang.
Kentang yang diambil dari bahagian tengah itu di lecek dan campurkan dengan susu segar, telur kuning, serbuk keju parmesan, lada sulah dan garam. Gaul sebati. Ketepikan.
Untuk inti daging, panaskan minyak, tumis bawang yang dicincang hingga wangi.
Masukkan tomato puri, daging cincang dan serbuk oregano.
Masukkan semua bahan lain (kecuali keju mozzarella) dan perasakan.
Campurkan isi kentang yang dikorek dengan inti daging tadi.
Padatkan ke dalam kentang.
Akhir sekali taburkan keju Mozarella ke atas kentang dan bakar pada suhu 150◦C dalam 25 minit atau hingga keju cair dan keperangan.
Sedia untuk dinikmati.
7. CUCUR SAYUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji ubi kentang Russet U.S.– sagat halus
100gm kobis – cincang halus
1/2 batang lobak merah – cincang halus
5 ulas bawang putih – kisar
150 gm tepung beras – ayak
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur – pukul menggunakan garpu
2 batang daun bawang – cincang
3/4 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukkan kentang, hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
Hidangkan bersama sos cili.
8. TUNA POTATO FLAN
BAHAN PASTRI:
250gm tepung gandum
1 sudu teh garam
115gm mentega sejuk – dipotong dadu
Air sejuk secukup
BAHAN INTI:
1 sudu makan mentega untuk menumis
1 biji ubi kentang Russet U.S.– hiris bulat
1 biji bawang Holland
1 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 tin tuna
100gm lada benggala – dipotong dadu
2 biji telur
½ cawan krim masakan
½ sudu teh jus lemon
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan pastri, satukan semua bahan kecuali mentega dan air. Gaul rata.
Masukkan mentega, adun hingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.
Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai. Kemaskan keliling acuan pai, kemudian lebihan doh dipotong dengan pisau.
Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung.
Blind bake pastri hingga berwarna keemasan. Ketepikan.
Untuk menyediakan inti, panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan garam, serbuk lada hitam dan kacau rata.
Masukkan tuna dan perahkan jus lemon. Bila sudah masak, angkat dan ketepikan.
Masukkan inti dengan secukupnya ke dalam pastri yang siap dibakar tadi.
Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti dalam pastri tadi.
Susun hirisan kentang di atasnya dan bakar pastri sekali lagi selama 30 minit pada suhu 170C. Untuk pastikan inti benar-benar masak, cucuk lidi pada adunan telur, jika tidak melekat, itu tandanya sudah masak.
Sedia dihidangkan.
9. MINI SHEPHERD PIE
BAHAN A (UNTUK INTI):
400gm daging kisar
½ labu bawang besar – potong dadu
1 ulas bawang putih – cincang
¾ cawan kacang panggang
6 biji cendawan butang -belah empat
5 biji tomato masak – potong dadu
1 batang lobak merah – potong dadu
1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 1 cawan air
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
BAHAN B (UNTUK TOPPING):
1 kg ubi kentang Russet U.S. – potong kecil
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan cendawan butang. Kacau rata hingga daging masak.
Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Apabila daging sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api. Ketepikan.
Untuk membuat topping, kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk.
Ketika kentang masih panas, lecek hingga hancur sebati.
Gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
Masukkan adunan kentang ke dalam bekas aluminium kecil
Seterusnya masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan dengan kentang semula.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga bahagian atasnya keperangan.
Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan ketika masih suam.
10. POTATO DUMPLINGS
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ayam – potong dadu kecil
1 biji bawang merah – cincang halus
2-3 biji ubi kentang Russet U.S. (untuk dapatkan 1 1/2 cawan ubi kentang lecek)
1 biji telur ayam
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk buah pala
200gm tepung gandum
Air secukupnya
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Goreng ayam dengan bawang sehingga perang keemasan.
Campurkan kentang lecek, telur, garam lada hitam, lada sulah, serbuk buah pala dalam mangkuk. Gaul rata.
Tambahkan tepung dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi beberapa bahagian dumpling.
Ambil dumpling yang telah dibentuk, tekan tengah dan masukkan isi ayam sebagai inti.
Sambil itu panaskan air, apabila mendidih masukkan dumpling sehingga masak.
Angkat, tos dan hidangkan.
Dah tengok resipi-resipinya? Sedap kan… Mana nak dapat Kentang Russet USAni? Mudah je. Kentang Russet USA ini boleh didapati dengan mudah di semua pasar raya dan pasar raya besar seperti di Giant, Lotus’s, Aeon, Aeon Big, Jaya Grocer, Village Grocerdan Cold Storageberdekatan anda. Bolehlah ke sana dan dapatkan Kentang Russet U.S. hari ini!
Jom sertai RASA MASAK CHALLENGE Potatoes Special – MASAK, SHARE & MENANG HADIAH
CARANYA MUDAH SAHAJA. ANDA HANYA PERLU:
Masak satu hidangan menggunakan U.S. Potatoes.
Rakam video atau ‘snap’ foto masakan bersama U.S. Potatoes mengikut kreativiti anda.
Follow Facebook & Instagram Majalah Rasa & MY Potatoes USA.
Muat naik video atau foto masakan di media sosial (FB atau IG) anda beserta resipi pada bahagian caption.
Sudah basuh tangan dengan sabun tapi bau bawang merah pada tangan lepas kupas dan hirisnya masih tak hilang. Jangan risau ada empat cara mudah boleh menangani bau bawang merah yang degil ini:-
.
1. Cuka
Titiskan beberapa titis cuka makan pada tangan dan ratakan keseluruh tapak tangan , kemudian cuci dengan sabun seperti biasa. Ini kerana bau cuka yang tajam boleh menuteralkan bau bawang.
.
2. Kopi
Serbuk kopi juga terkenal mampu menghilangkan bermacam bau di dalam rumah mahupun dalama kereta. Sudah pasti, ia boleh juga menghilangkan bau bawang yang melekat pada tangan. Ambil satu sudu makan serbuk kopi dan ratakan pada tangan, kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa. Gerenti bau bawang akan hilang.
.
3. Ubat Gigi
Cara lain anda boleh gunakan ubat gigi yang mengangdungi florida untuk mencuci tangan berbau bawang, kemudian cuci dengan air bersih.
.
4. Guna peralatan stainless
Jika bau bawang masih melekat pada tangan, apa kata anda usapkan tangan pada perlatan dapur diperbuat dari stainless di bawah air mengalir eselama beberapa minit. Stainless dikatakan boleh menetralkan bau bawang yang kuat pada tangan.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.