Rahsia Masak Ayam Goreng Sedap Tanpa Guna Serbuk Kunyit.

Share

Ayam Goreng memang sedap dan merupakan antara makanan kegemaran kanak-kanak. Hari-hari makan pun tak jemu. Namun bagi mak-mak, kadang kala naik bosan mengadap lauk yang sama. Jadi, boleh cuba resipi ayam goreng perkongsian saudari Mleisya Scaft Comey Sokmo ni. Tak guna serbuk kunyit

pun. Pasti puas hati dengan rasanya.

CARA MASAK AYAM GORENG SEDAP TANPA SERBUK KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

  • Ayampotong kecil dan bersihkan
  • 5-6 ulas bawang putihtumbuk halus
  • 5 biji bawang merah keciltumbuk halus
  • 2 inci haliatumbuk halus
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk semua bahan hingga lumat. Kemudian masukkan garam serta

serbuk cili. Gaul rata.

2. Lumurkan ayam dengan bahan tumbuk tadi hingga rata. Perap selama 10 minit.

3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan ayam masak sepenuhnya.

4. Toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mleisya Scaft Comey Sokmo

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN