
Ayam Goreng memang sedap dan merupakan antara makanan kegemaran kanak-kanak. Hari-hari makan pun tak jemu. Namun bagi mak-mak, kadang kala naik bosan mengadap lauk yang sama. Jadi, boleh cuba resipi ayam goreng perkongsian saudari Mleisya Scaft Comey Sokmo ni. Tak guna serbuk kunyit pun. Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MASAK AYAM GORENG SEDAP TANPA SERBUK KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – potong kecil dan bersihkan
- 5-6 ulas bawang putih – tumbuk halus
- 5 biji bawang merah kecil – tumbuk halus
- 2 inci halia – tumbuk halus
- 1 sudu makan serbuk cili
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk semua bahan hingga lumat. Kemudian masukkan garam serta serbuk cili. Gaul rata.

2. Lumurkan ayam dengan bahan tumbuk tadi hingga rata. Perap selama 10 minit.

3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan ayam masak sepenuhnya.
4. Toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mleisya Scaft Comey Sokmo
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Nugget Pisang Berkeju Super Sedap, Gerenti Anak-Anak Suka.

Pernah makan Nugget Pisang Berkeju? mesti ramai yang belum rasakan, dan ramai yang rasa macam pelik. Tapi kalau korang nak tau, nugget pisang ni sedap yang amat dan sangat mudah dibuat. Kalau rajin boleh buat lebih dan frozenkan. Bila teringin baru goreng, kalaua nak buat bekal untuk anak sekolah pun terbaik ni, sebenarnya korang tak rugi cuba resipi ni.

.
NUGGET PISANG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji pisang berangan
- 100gm tepung gandum
- 2 sudu makan gula perang
- 1 biji telur
- 3 sudu makan susu pekat manis
- 150gm keju parut
- Secubit garam
- Sedikit air
BAHAN LAPISAN NUGGET:
- 3 sudu makan tepungi jagung
- 3sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Lenyekkan pisang hingga lumat. Ketepikan
2. Dalam mangkuk adunan campurkan telur, susu pekat manis, gula dan secubit garam.
3. Kacau rata, kemudian tambahkan esen vanilla, kacau lagi.
4. Masukkan pisang yang telah dilenyek, kacau.
5. Tambahkan keju dan kacau rata.
6. Diikuti tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur yang diingini.
7. Masukkan dalam loyang, kemudian kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan.
8. Kukus lebih kurang 20 minit, kemudian tutup api dan sejukkan.
9. Setelah sejuk potong seperti bentuk nugget.
10. Bancuh tepung jagung sedikit cair.
11. Panaskan minyak dalam kuali.
12. Celupkan nugget dalam bancuh tepung jagung tadi kemudian gaulkan dalam bekas serbuk roti.
Idea Bento Comel Bekal Anak Ke Sekolah

Idea bento comel bekal anak ke sekolah. Sesi persekolahan penggal baru akan bermula esok.
Tentu mak-mak tengah sibuk cari idea untuk memasak bekalan untuk dibawa anak-anak ke sekolah esok.
Apatah lagi bagi anak-anak yang masih di sekolah rendah. Biasanya susahnak suruh makan. Jadi, mak-mak kena berusaha lebih untuk mencari idea untuk bekal anak.
Salah satunya adalah menyediakan bento. Ia merupakan Bento atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.
Seperti nasi bungkus, bento boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan.
Pasti anak-anak akan tertawan saat melihatnya. Anda boleh bereksperimen mengikut kreativiti masing-masing dalam menghias bento untuk anak-anak sebagai bekal ke sekolah. Tiga idea bento ini mungkin boleh dijadikan inspirasi.
BENTO COMEL BEKALAN ANAK KE SEKOLAH

1.BENTO BAS SEKOLAH
BAHAN-BAHAN:
3 keping kentang Hashbrown
2 biji telur puyuh (direbus)
3 batang sosej (Breakfast Sausage)
1 biji buah tomato segar
½ labu bawang besar
200 gram kacang panggang
1 biji Brussel Sprout }rebus
100 gram brokoli (rebus) – boleh beli online di sini
Sedikit minyak untuk mengoreng – boleh beli online di sini
Stok ayam
Sedikit mentega – boleh beli online di sini
UNTUK HIASAN:
3 batang lidi hiasan – untuk cucuk sosej
Sedikit rumpai laut Jepun – boleh beli online di sini
1 cawan kertas kecil – untuk letak kacang panggang
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan kentang Hashbrown sehingga menjadi kuning keemasan. Ketepikan.
- Kemudian ambil sekeping kentang Hashbrown dan bulatkan potongan menjadi dua acuan roda. Ketepikan.
- Belah telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu untuk dijadikan roda. Ketepikan.
- Rebus sosej ke dalam stok ayam seketika. Bila masak, ketepikan.
- Kemudian gaul brokoli dan Brussel Sprout bersama sedikit mentega dan perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
- Buah tomato dibelah dua. Separuh dihiris nipis untuk hiasan. Ketepikan.
- Manakala yang sebahagian lagi, dipotong empat segi sama dan diperasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Panggang seketika tomato tersebut di atas kuali leper. Ketepikan.
- Setelah itu, tumiskan bawang besar bersama kacang panggang di dalam kuali seketika. Selepas masak angkat dan ketepikan.
- Kemudian, gandingkan kesemua bahan ke dalam bekas makanan mengikut gambar.
BENTO FETTUCHINI CARBONARA BERSAMA NUGET AYAM MINION

BAHAN-BAHAN:
500 gram Fettuchini
2 sudu makan minyak Zaitun – boleh beli online di sini
1 labu bawang besar – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
1 biji telur – Ambil kuning
2 batang sosej ayam – dipotong dadu
200ml double cream
2 keping roti daging ayam – dipotong dadu
100 gram keju Permesan
Garam secukup rasa
Air untuk merebus
Sedikit lada sulah – boleh beli online di sini
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak Fetthuchini: Masukkan air ke dalam sebuah periuk, masukkan minyak Zaitun dan sedikit garam. Apabila mendidih, masukkan Fetthuchini dan biar seketika hingga masak Al dente (jangan terlebih masak). Angkat dan tos.
- Kemudian panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang hingga harum baunya.
- Masukkan Sosej dan Roti Daging Ayam yang telah dipotong dan perasa dengan garam secukup rasa.
- Setelah itu masukkan Double Cream dan biarkan ia hingga mendidih.
- Tutupkan api dan masukkan kuning. Kacau sekata.
- Masukkan Fetthuchini dan gaul sebati. Ketepikan.
- Untuk memasak nuget ayam: Goreng nuget sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
- Untuk menghidang, gunakan kulit sushi nori untuk jadikan cermin mata. Kemudian gunakan tomato ceri untuk membuat mata.
- Masukkan Fettuchini ke dalam bento dan kemudian susun nuget ayam yang telah dibentuk menjadi Minion di bahagian atasnya.
BENTO KENTANG LENYEK BERSAMA COLESLAW

BAHAN-BAHAN KENTANG LENYEK:
6 biji ubi kentang – Kupas kulit dan rebus sehingga empuk – boleh beli online di sini
Susu UHT
½ sudu teh serbuk lada sulah – boleh beli online di sini
30 gram mentega lembut – boleh beli online di sini
Sedikit Garam
BAHAN-BAHAN SOS BAWANG KUNING:
1 labu bawang Holland (Cincang)
Sedikit sos tiram
1 sudu makan Serbuk Pati Ayam
30 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada hitam – boleh beli online di sini
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN COLESLAW:
250 gram kubis bulat
150 gram lobak merah – boleh beli online di sini
100 gram bawang besar
2 sudu makan mayones – boleh beli online di sini
Sedikit garam halus
1 sudu teh gula – boleh beli online di sini
½ sudu makan cuka sayur
UNTUK HIASAN:
4 potong kentang wedges (Digoreng dahulu)
Sedikit daun salad
Kacang badam (belah dua secara menyerong)
Sedikit timun Jepun (untuk buat mata)
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak kentang lenyek: Rebus kentang sehingga empuk di dalam periuk berisi air secukupnya.
- Setelah masak, tos dan lenyek sehingga halus (boleh gunakan pengisar makanan).
- Masukkan susu dan mentega lembut, kisar lagi hingga sebati.
- Perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
- Untuk menyediakan Sos Bawang Kuning: Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, tumiskan bawang Holland sehingga wangi.
- Masukkan tepung gandum dan kacau lagi. Tambahkan air dan serbuk pati ayam.
- Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam dan masak sehingga mendidih.
- Tutup api kemudian kisar kesemua bahan sehingga halus menggunakan pengisar makanan.
- Kemudian satukan Kentang Lenyek dan Sos Bawang Kuning dalam satu bekas. Gaul sebati. Ketepikan dan biar ia sejuk.
- Untuk menghidang: Skop Kentang Lenyek menggunakan skop ice cream menjadi bentuk bulat.
- Letakkan di dalam bekas yang telah disusun dengan daun salad. Jadikan seperti badan dan kepala Landak.
- Cucukkan kepingan kacang badam dan jadikan duri Landak.
- Potong Timun Jepun untuk jadikan bentuk mata.
- Letakkan coleslaw di sebelah kentang yang berbentuk Landak.
- Hiaskan juga dengan Kentang Wedges yang telah digoreng.
- Sedia dihidangkan.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Ayam Sambal Tumis Serai, Simple Tapi Bila Makan Pasti Bertambah Nasi
Cara Buat Ayam Masak Kicap Kering Yang Enak. Confirm Licin Pinggan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Resipi Tepung Pelita Sedap, Lembut Bergedik. Bahan Sukat Guna Cawan

Sedap Kuih Tepung Pelita ni. Lemak manis, memang jadi kegemaran ramai. Bagi anda yang sukakan manisan ini dan mahu cuba membuatnya, resipi perkongsian saudari Shakinah Zainal ni boleh dicuba. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Paling penting resipinya sangat mudah. Jomlah cuba.
CARA MEMBUAT TEPUNG PELITA SEDAP & MUDAH DIBUAT

BAHAN LAPISAN BAWAH:
1 cawan tepung beras – beli online disini
1 cawn gula pasir – beli online disini
2 cawan air pandan
3 cawan air putih
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pewarna hijau – beli online disini
Sedikit air kapur (tak letak pun tak apa) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
2. Bila bancuhan sudah tidak berketul, buka api dan kacau lagi sampai masak.
3. Tepung akan kelihatan pekat berkilat bila sudah masak. Padamkan api dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Biarkan seketika.
BAHAN LAPISAN ATAS:
4 sudu besar (jangan membukit) tepung beras
4 cawan santan (boleh guna 2 cawan santan pekat & 2 cawan air tapi lebih sedap jika guna santan lebih supaya rasa lebih lemak)
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada bahan berketul.
2. Buka api dan masak hingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Padamkan api.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi lapisan hijau tadi. Masukkan dengan secukupnya.

4. Sejukkan Tepung Pelita dan bolehlah dinikmati.


Nota : Air kapur perlu dibancuh cair sahaja. Jika pekat kuih akan berbau kapur.
Kredit resipi & foto: Shakinah Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Kuah Pecal Sedap Untuk Berbuka Puasa Guna Resipi Arwah Mak
Himpunan 30 Resipi Menu Sahur Terbaik Sepanjang Bulan Ramadan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

