Masyarakat cinamat terkenal dengan sajian mi. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, namun hasil hidangan memang enak dan punya rasa yang tersendiri. Antara bahan yang biasa digunakan dalam masakan adalah minyak bijan, bawang putih, sos tiram dan kicap. Agak berbeza dengan sajian mi goreng masyarakat melayu yang lebih banyak menggunakan bahan-bahan seperti bawang merah, ikan bilis dan cili. Nak cuba masak untuk keluarga anda? Jom cuba resipi di bawah ini.

 

 

MEE WANTAN BIJAN

Menu Ringkas Dan Sedap! Sajian Mi Sesuai Untuk Hidangan Hujung Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket An’Nur Mee Wantan Sup
  • 200gm hirisan isi ayam
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/4 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh bijan | simpan sedikit untuk hiasan
  • 1 sudu teh minyak bawang putih yang ditumis
  • 150gm air

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus mi wantan sehingga kembang. Toskan airnya dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak bijan dan minyak bawang. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, gula, serbuk lada putih dan air. Tumis hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan kepingan isi ayam dan masak sehingga lembut dan wangi. Masukkan juga sedikit bijan.
  4. Tambahkan An’Nur Mee Wantan. Gaul sebati dan hidangkan ke dalam pinggan.
  5. Tabur lebihan bijan dan hiaskan dengan isi ayam diatasnya.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

 

Info Chef : Serbuk lada ptih boleh diganti dengan perencah sup ayam An’Nur.

 

 

MEE AYAM

Menu Ringkas Dan Sedap! Sajian Mi Sesuai Untuk Hidangan Hujung Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi ayam
  • 2 biji bawang besar Holland | dihiris bulat
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 4 ulas bawang putih | dikisar
  • 4 biji bawang merah | dikisar
  • 1cm halia | dikisar
  • 1cm lengkuas | dikisar
  • 1 sudu teh biji ketumbar | dikisar
  • 2 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 paket An’Nur Mee Wantan Sup | dicelur hingga lembut
  • 2 paket An’Nur Perencah Sup
  • Sedikit Pak Choy | dicelur
  • 1 biji telur | direbus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dan rebus ayam sehingga masak. Asingkan air rebusan untuk dijadikan kuah sup.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang  Holland sehingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar.
  3. Masukkan serai dan daun limau purut. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Tambahkan sedikit air, ayam dan perencah sup An’Nur. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih dan angkat.
  5. Tuangkan kuah sup ke dalam mangkuk berisi mi wantan. Letakkan isi ayam, pak choy dan telur rebus.
  6. Nikmati segera.

 

Info Chef : Tambah hirisan cili padi untuk rasa pedas.

 

 

 

CLAYPOT HOKKIEN MEE WANTAN

Menu Ringkas Dan Sedap! Sajian Mi Sesuai Untuk Hidangan Hujung Minggu.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket An’Nur Mee Wantan Sup Ayam | direbus hingga kembang dan ditoskan
  • 7 biji telur
  • 100gm kubis cina / pak choy
  • 10gm lobak merah
  • 20gm cendawan straw / cendawan butang
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
  • 100gm isi ayam | dihiris
  • Sedikit cili merah | hiasan
  • Sedikit bawang goreng | hiasan
  • Sedikit minyak masak

 

BAHAN PERASA:

  • 3 sudu makan kicap masin
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 paket perencah sup ayam An’Nur
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan gula
  • 800ml air rebusan ayam

 

BAHAN PEMEKAT KUAH:

  • 1/4 sudu teh garam bukit
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh tepung jagung
  • 1/4 sudu teh lada putih

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan sayur-sayuran, cendawan dan ayam. Gaul rata.
  3. Seterusnya masukkan mi wantan, bahan perasa, air rebusan ayam dan bahan pemekat. Biarkan seketika.
  4. Angkat dan masukkan ke dalam claypot. Masak lagi sehingga kuah sedikit pekat.
  5. Pecahkan telur di atasnya. Sedia untuk dinikmati.

 

Info Chef : Selain isi ayam, boleh juga menggunakan udang atau sotong.

 

 

 

BAN MEE TEOW KICAP SEAFOOD

Menu Ringkas Dan Sedap! Sajian Mi Sesuai Untuk Hidangan Hujung Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket An’Nur Mee Teow Sup Ayam | direbus hingga kembang dan toskan
  • 2 ekor sotong besar | dihiris dan dicelur
  • 10 ekor udang saiz sederhana | dicelur
  • 100gm pak choy / chye sim | dicelur
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • Sedikit minyak masak

 

BAHAN SUP:

IKLAN
  • 2 paket perencah sup ayam An’Nur
  • 800gm air
  • Daun sup dan daun ketumbar secukupnya

 

BAHAN KICAP BAN MEE:

  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1/2 paket perencah ayam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 150gm air

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan kicap ban mee dan air. Biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan mee teow, sotong, udang dan sayur. Kacau sehingga kicap kering. Angkat dan hidangkan.
  4. Tabur bawang goreng dan hirisan cili potong. Nikmati segera.

 

Info Chef : Jika sukakan mi yang sedikit berkuah, tambah sedikit air rebusan ayam.

 

 

 

YIN YONG

Menu Ringkas Dan Sedap! Sajian Mi Sesuai Untuk Hidangan Hujung Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket An’Nur Mee Teow Sup Ayam | direbus hingga kembang
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 inci halia | dihiris
  • 1 tangkai sawi | dihiris
  • 3 ekor sotong | dihiris
  • 10 ekor udang
  • 300gm isi ayam
  • 2 biji telur
  • 250gm air
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Sedikit minyak masak

 

BAHAN PEMEKAT KUAH:

  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 paket perencah sup ayam
  • 100gm air | dibancuh bersama bahan-bahan diatas.

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak bijan dan tumis 1 ulas bawang putih. Masukkan mee teow bersama 1 sudu makan kicap pekat. Gaul sehingga warna kicap sama rata. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan air.
  3. Kemudian masukkan sawi, isi ayam, udang dan sotong. Gaul rata.
  4. Tuangkan bahan pemekat kuah dan kacau sehingga kuah sedikit pekat.
  5. Pecahkan telur dan pukul sedikit. Masukkan ke dalam kuah sedikit demi sedikit.
  6. Masukkan 1 paket sup ayam An’Nur dan kacau sehingga cukup rasa.
  7. Angkat dan tuangkan kuah Yin Yong ke atas mee teow tadi.
  8. Hidangkan segera.

 

Info Chef : Enak dinikmati bersama sambal belacan atau cili kicap.

 

 

 

 

MEE WANTAN YEE MEE MAKANAN LAUT

Menu Ringkas Dan Sedap! Sajian Mi Sesuai Untuk Hidangan Hujung Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  •  1 paket An’Nur Mee Wantan Sup Ayam | direbus hingga lembut
  • 4 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 3 ekor sotong | dihiris
  • 10 ekor udang
  • 1 tangkai Chye Sim
  • Sedikit lobak merah
  • 1 paket cendawan butang
  • 3 sudu makan tepung jagung | untuk pekatkan kuah
  • 1 biji telur
  • Minyak masak secukupnya

 

BAHAN PERAP:

  • 1 paket perencah sup ayam
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh tepung jagung

 

BAHAN PERASA:

  • 700ml air
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Kicap cair secukup rasa
  • 1 paket perencah sup ayam An’Nur
  • 1 sudu teh minyak bijan

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaul udang dan sotong bersama bahan perap. Biarkan seketika.
  2. Panaskan minyak dan goreng mi wantan sehingga perang dan sedikit garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
  3. Dalam kuali berasingan, tumis bawang putih sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan air, perencah sup ayam, sos tiram, kicap cair, sotong, udang, cendawan, chye sim dan lobak merah. Masak hingga sayur lembut.
  5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah. Biarkan memekat.
  6. Tuang minyak bijan dan pecahkan telur. Biarkan seketika dan angkat.
  7. Tuangkan kuah ke atas mi yang telah digoreng tadi.
  8. Nikmati segera.

 

Info Chef : Tabur bawang goreng dan daun sup untuk menaikkan rasa.

 

 

PENYELARAS RASA: ELINA KAMARUDIN

FOTO: NURULNIZA SUHAIMI

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI