Makan

Puff Sardin Sedap & Mudah Buat Hanya Guna 2 Bahan Utama

Share

Anda suka makan Puff Sardin? Memang sedap jika dinikmati panas-panas. Tidak sukar untuk menyediakan sajian yang seakan dari bakeri ni jika tahu caranya. Hanya dengan beberapa bahan, nah… Puff Sardin enak siap tersedia untuk dimakan.
Nak cuba? Saudari Mastura Razali ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

CARA MEMBUAT PUFF SARDIN SEDAP GUNA 2 BAHAN

BAHAN UTAMA:
Puff pastri segera saiz kecil
1 tin sardin beli online disini
BAHAN LAIN:
2-3 ulas bawang putih – tumbuk
1 biji bawang holland – hiris beli online disini
Cili padi secukupnya – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Kuning telur secukupnya
Parsli kering – jika ada beli online disini
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland dan cili sampai garing.
2. Kemudian masukkan sardin yang telah dihancurkan. Masak hingga agak kering.
3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Angkat dan ketepikan.

4. Ambil kepingan pastri segera. Buat garisan melintang dan hiris di sebelah bahagian. Sudukan inti dengan secukupnya. (lihat gambar)
5. Lipat pastri sebegini dan tekan hujungnya menggunakan garpu.

6. Kuning telur untuk disapu pada pastri.

7. Tabur parsli kering diatas pastri. Jika tiada, abaikan sahaja.

8. Bakar pastri dalam ketuhar pada suhu 200C selama 20 minit.

9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Mastura Razali

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN