Puding Roti Tembikai Rasanya Sedap, Cantik Pula Dipandang

Share

Puding roti tembikai memang sedap. Cantik pulak tu rupanya. Nak buat pun tak susah.

Kadangkala roti nak tamat tempoh masih banyak lagi tak dimakan. Jadi, seeloknyaq olah jadi sesuatu yang lain. Nak buat pudding roti tembikai ini bukan susah sangat pun.  

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Haslindawati Omar ini ye. Resipi ini mengguanakn loyang 8” ye.

Puding Roti Tembikai

Bahan A:

4 keping roti putih dipotong buang bahagian tepi (kalau tak jadi kuning) – boleh beli online di sini

1 tin susu cair * – boleh beli online di sini

4 sudu besar susu pekat manis* – boleh beli online di sini

1 biji telur gred A*

Kisar bahan bertanda ( * )

Bahan B:

3 cawan air

10gram serbuk agar-agar clear – boleh beli online di sini

4 sudu besar gula pasir – boleh beli online di sini

1 sudu kecil esen vanila – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Untuk memasak agar-agar, kacau semua bahan B hingga sebati. Masak hingga  sampai didih.

Kemudian masukkan bahan kisar. Tunggu mendidih baru padam api. Setelah itu, bahagikan kepada tiga adunan. Letak warna merah @ kuning (banyak). Letak warna hijau (sikit) dan warna original (sikit).

Sediakan loyang bulat. Basahkan loyang untuk mudah keluarkan puding nanti.

Tuang adunan hijau. Diikuti putih dan merah. Tunggu suam sikit dan masukkan ke dalam peti sejuk. Lepas sejuk baru letakkan coklat chip untuk bijinya.

Siap boleh dipotong.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN