Puding roti tembikai memang sedap. Cantik pulak tu rupanya. Nak buat pun tak susah.
Kadangkala roti nak tamat tempoh masih banyak lagi tak dimakan. Jadi, seeloknyaq olah jadi sesuatu yang lain. Nak buat pudding roti tembikai ini bukan susah sangat pun.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Haslindawati Omar ini ye. Resipi ini mengguanakn loyang 8” ye.
Puding Roti Tembikai
Bahan A:
4 keping roti putih dipotong buang bahagian tepi (kalau tak jadi kuning) – boleh beli online di sini
Untuk memasak agar-agar, kacau semua bahan B hingga sebati. Masak hingga sampai didih.
Kemudian masukkan bahan kisar. Tunggu mendidih baru padam api. Setelah itu, bahagikan kepada tiga adunan. Letak warna merah @ kuning (banyak). Letak warna hijau (sikit) dan warna original (sikit).
Sediakan loyang bulat. Basahkan loyang untuk mudah keluarkan puding nanti.
Ads
Tuang adunan hijau. Diikuti putih dan merah. Tunggu suam sikit dan masukkan ke dalam peti sejuk. Lepas sejuk baru letakkan coklat chip untuk bijinya.
CARA MEMBUAT: 1.Satukan tepung gandum, tepung beras,mauripan. gula pasir . 2.Nasi dikisar dengan 2 cawan air. Campurkan sekali kacau macam kita buat cekodok. Jika pekat boleh tambah ½ cawan air lagi. 3.Bahagikan untuk mewarna, perap dalam 40minit. 4.Kukus satu jam.
Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
Boleh cuba buat untuk raikan tetamu yang datang beraya di rumah anda nanti. Jadi selain kuih raya dan ketupat, ada juga apam kampung yang sedap ni.
APAM KAMPUNG
Bahan-bahan
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
Cara membuat
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Resipi Apam Pisang Gebu perkongsian saudari AtiQah Aziz ni memang nampak sedap dan ‘moist’ sungguh! Bahan-bahan yang diguna pun mudah je. Jom cuba buat untuk minum petang ni. Pasti puas hati.
APAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat
CARA MEMASAK:
1. (Adunan basah): Hanya guna blender, pukul telur dan gula sampai kembang (1 minit). Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam adunan.
6. Apabila dah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.