Hidangan anda pasti menjadi lebih lengkap dengan adanya pemanis pulut yang menyegarkan ini. Aneka puding yang bukan sahaja cantik dipandang, bahkan sedap dimakan. Puding yang satu ni bukan hanya mudah buat malah nikmat ditekak.
PUDING PISANG COKLAT
BAHAN-BAHAN (UNTUK MEMBUAT LAPISAN PUDING COKLAT):
Ads
500gm susu segar
80gm gula halus
25gm mentega
120gm coklat hitam | dipotong kecil
25gm tepung jagung | dibancuh dengan sedikit susu
UNTUK MEMBUAT LAPISAN KASTARD PISANG:
5 biji pisang emas | kupas dan potong kecil
200gm gula
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
500gm susu segar
4 biji kuning telur
2 sudu makan mentega
1 sudu teh esen perasa pisang
CARA MEMASAK:
Untuk membuat lapisan puding coklat; masak semua bahan kecuali tepung jagung sehingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau. Perlahankan api dan masukkan larutan tepung jagung. Masak sehingga licin dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat lapisan kastard pisang; kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, dan esen pisang dikacau menggunakan whisk tangan sehingga sebati.
Panaskan susu segar dan gula di atas api sehingga menggelegak sedikit di bahagian tepinya. Tuangkan separuh adunan susu ke dalam adunan telur sambil dikacau laju bagi mengelakkan telur masak. Kembalikan semua adunan ke dalam periuk dan masak sehingga adunan agak likat.
Tutupkan api dan masukkan mentega serta pisang. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tuangkan ke atas lapisan puding coklat yang telah disejukkan.
Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga beku dan sedia untuk dihidangkan.
Boleh hiaskan dengan sedikit krim putar, hirisan pisang dan strawberi di atasnya untuk lebih menarik.
INFO CHEF : Puding ini merupakan puding lembut dan seeloknya dihidangkan di dalam bekas puding yang sesuai. Bukan jenis agar-agar yang boleh dipotong.
Kalau korang suka makan buah, mesti ada pencicah kat rumah kan? Kalau tetiba kuah rojak atau pencicah habis, bolehlah try buat sendiri. Senang je. Sedap pun sedap.
KUAH ROJAK
Bahan-bahan
1 kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1 kg gula (gula melaka dan gula pasir).
1 botol petis (otak udang)
20 biji cili dikisar halus (kurangkan kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan bijan panggang
Cara membuat
1. Satukan semua bahan dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Info
Resipi ini tahan berbulan-bulan. Sedap dimakan sebagai pencicah buah mangga muda, nanas, betik ataupun mangga kuning. Sedap belaka.
Cara paling mudah untuk penjimatan berganda, Puan Eka kongsikan cara untuk mendapatkan potongan telur mata dari sebiji telur yang telah di bekukan dan hasilnya sangat berbaloi. Selamat mencuba.
Alhamdulillah menjadi percubaan membuat 5 telur mata comel dari 1 bj telur…jimat nie. Boleh bubuh dlm mini burger, nasi lemak atau apa2 hidangan kegemaran. Budak2 suka sbb comel je…senang nak makan
1. Letak telur dlm peti ais bahagian sejuk beku hingga telur membeku (akk simpan 5 jam).
2. Keluarkan telur beku drpd peti ais kemudian masukkan dlm air suam dan kupas kulitnya. (boleh juga dilalukan pada air paip lagi bagus)
3. Potong2 bulat telur beku tu.
4. Panaskan minyak dan goreng telur beku hingga cair dan masak.
Kali ini RASA ingin berikan resipi membuat kuah rojak yang sangat sedap. Dimakan pula dengan sengkuang yang rangup. Aduhai, memang tak toleh kiri kananlah jawabnya.
Resipi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea melalui Rasa Share Resipi. Jom sama-sama kita buat kuah rojak ni.
KUAH ROJAK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
1 cawan air
1 ketul gula melaka
2 cawan gula (boleh kurangkan)
2 cawan kicap manis
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1/2 ssudu kecil garam
1 sudu kecil belacan (dibakar)
2 sudu besar tepung ubi (dibancuh dengan sedikit air)
1 cawan kacang tanah (disangai dan dikisar kasar)
2 sudu besar bijan
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan air dan gula melaka.
2. Masak gunakan api sederhana sehingga gula larut sepenuhnya.
3. Masukkan gula, kicap manis, cili kisar, sos cili, garam dan juga belacan. Masak sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan air bancuhan tepung ubi dan masak sehingga pekat. Sentiasa kacau agar kuah tidak hangus.
5. Setelah kuah menjadi pekat, masukkan kacang tanah dan juga bijan. Kacau sebati dan biarkan kuah masak seketika.
6. Tutupkan api. Sejukkan seketika. Simpan kuah rojak di dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Siap.
Wow!Letak kuah rojak atas sengkuang macam ni.Boleh juga, colek macam ni.