Usai menjamu selera puding manis lemak berkrim pastinya melengkapkan sajian makan tengahari atau makan malam anda.
Enak dimakan sejuk dari peti ais, dua puding hasil idea tenaga pengajar dari KDU University College , Chef Fame Taufiq Fakarudin memang istimewa. Lembut dan cair di mulut…aahhh nyaman di tekak. Selamat mencuba.
PUDING SANTAN DAN MOUSSE SANTAN
BAHAN-BAHAN ;
300 gm susu segar @ penuh krim
200gm krim cair
3gm garam @ secukup rasa
100gm gula kastor
15gm serbuk gelatin
30gm air
50gm daun pandan | dikisar bersama susu
Bahan mousse santan :
Ads
120gm santan pekat
300gm coklat putih
15gm serbuk gelatin
35gm air
400gm krim putar manis
3gm gula
CARA MEMASAK : Puding Pandan
Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
Kisar daun pandan bersama susu, tapis dan buang serat pandan
Campurkan krim, susu, garam dan gula ke dalam periuk
Panaskan kesemua bahan tersebut diatas api yang sederhana dan masak sehingga suam
Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
Tuangkan adunan pandan ke dalam loyang atau gelas dan simpan di dalam peti sejuk sehingga kental
Potong puding mengikut kehendak hidangan
Mousse Santan
Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
Cairkan coklat putih di atas air panas yang mendidih
Panaskan santan dan garam bahan tersebut di atas api yang sederhana sehingga suam
Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
Campurkan coklat puti yang cari kedalam adunan tadi
Pukul krim putar sehingga kembang
Masukkan krim putar tadi kedalam adunan santan, gaulkan sehingga sebati
Masukkan kedalam beg piping bersama star nozzle
Paipkan mousse santan ke atas puding pandan
SAIZ HIDANGAN : 6- 8 orang
Ads
INFO CHEF :
1. Hiaskan bersama kepingan isi kelapa yang dihiris nipis, daun pandan dan juga sedap bersama kepingan coklat
2. Garam akan menaikkan rasa lemak di dalam setiap hidangan yang mengandungi santan, susu dan krim
PUDING STRAWBERI & KOPI ITALI
Ads
Untitled design (21).
BAHAN-BAHAN :
200gm susu segar @ susu penuh krim
500gm krim cair
4gm garam @ secukup rasa
120gm gula kastor
20gm serbuk gelatin
60gm air
10gm pes strawberi
10gm pes kopi
CARA MEMASAK :
Taburkan serbuk gelatin ke dalam air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
Campurkan krim, susu, garam dan gula ke dalam periuk
Panaskan kesemua bahan tersebut diatas api yang sederhana dan masak sehingga suam
Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian dan masukkan pes starwberi kedalam satu bahagian dan pes kopi ke dalam bahgian yang lain
Tuangkan adunan strawberi ke dalam gelas yang disengetkan di dalam peti sejuk
Sejukkan sehingga kental dan tuang adunan kopi kedalam gelas yang sama dan sejukan sehinggan kental
Boleh dihindangkan bersama krim putar yang diletakkan hirisan strawberi, daun pegaga dan coklat ‘shaving’
INFO CHEF :Untuk memberi keenakan yang unik, puding ini boleh dihidangkan bersama sos strawberi
Resipi : Chef Fame Taufiq Fakarudin
Terima kasih : KDU University College, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit masak dan siap ye… asalkan bahan utama diperap awal.
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang | potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia muda | hiris halus memanjang
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh rempah masala
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Telur Dadar Gulung Berkeju ni memang antara menu yang sesuai dimasak bila anda nak cepat. Tak sampai 10 minit dah boleh siap. Yang penting, kena makan panas-panas kerana limpahan keju dalam Telur Dadar Gulung ni pastinya buat anda makan bertambah. Gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk regangan yang sempurna serta meningkatkan rasa dalam masakan. Bila tarik tu, fuhhh memang puas hati dan buat anda rasa teruja dalam setiap gigitan. Jom cuba.
TELUR DADAR GULUNG BERKEJU
Bahan-Bahan:
6-8 biji telur
150gram Perfect Italiano Mozzarella
1 biji cili merah – cincang halus
½ labu bawang besar – cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang dan ringan.
Masukkan Perfect Italiano Mozzarella, cincangan cili, cincangan bawang besar, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
Tuang sesenduk bancuhan telur lalu ratakan. Masak hingga bahagian bawah telur agak perang (api kecil sahaja).
Gulung telur dadar dan potong mengikut cita rasa. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
Ubi kayu sejenis ubi yang sinonim dengan masyarakat Melayu kerana dari ubi kayu terhasilnya pelbagai jenis makanan yang ternyata sedap olahannya, terutama kuih muih tradisional yang diperbuat dari ubi kayu. Antara yang disukai ramai hingga sekarang adalah talam dan bingka ubi kayu. Bagaikan terasa kenyal tekstur dan lemak manis rasanya. Kalau korang nak cuba, berikut RASA kongsikan resipinya
BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
2 cawan air
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula kastor
1/2sudu teh garam halus
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan. 5. Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
Sejukkan dan potong.
TALAM UBI
BAHAN-BAHAN:
A: LAPISAN BAWAH:
800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
300ml air
150ml santan pekat
250gram gula
Pewarna kuning
B: LAPISAN ATAS:
800ml air
320ml santan pekat
100gram tepung beras
80gram tepung ubi
80gram tepung gandum
2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
Sediakan loyang yang dialas dengan plastiK.
Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
Kukus selama 40 minit.
Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus selama 30 minit lagi.
Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.