Dalam pada sibuk, Sissy Iman, penyanyi kecil molek yang popular dengan lagu Pesanan Ayahanda ini masih ada waktu melayan selera Ayahanda tercinta berjalan-jalan bersama di Pantai Telur Cempedak sambil makan Puding Diraja kegemaran Ayahandanya.
.
Tak cukup dengan membeli Puding Diraja, Mohammad Kamil minta anak kesayangannya itu memuat sendiri Puding Diraja, bila dua beranak ini berehat santai di Janda Baik Pahang. Semua ini dalam program Rasa Anak Emak, Anak Bapak, Episod 12.
Sissy mengakui tidak pernah buat puding raja sepanjang hayatnya, namun demi Ayahanda tercinta dan berbekal resipi yang disediakan oleh Ayahanda tercinta, Sissy tak kekok mencuba.
.
Ads
Dengan nawaitu memasak dengan kasih sayang, Sissy akhirnya berjaya menghasilkan Puding Diraja, menu autentik Melayu yang digemari oleh kerabat Diraja Pahang. Biarpun pertama kali menyediakan Puding Diraja, hasilnya tak mengecewakan dengan bantuan Ayahanda.Ternyata dua beranak ini puasjati sambil bercuti kedua-dua mereka boleh menikmati Puding Diraja.
.
Kepada korang yang teringin mencuba, berikut Sissy kongsikan resipinya di sini. Nampak macam susuh tapi senang sesangat nak buatnya ye…..
Ads
.
PUDING DIRAJA BAHAN-BAHAN: BAHAN JALA EMAS:
5 biji kuning telur
250gm gula
250ml air
1 helai daun pandan
BAHAN TABUR:
Ads
10 biji pisang lemak manis | goreng dalam minyak masak yang dicampur minyak sapi
100gm kacang gajus yang digoreng dalam minyak sapi
100 g buah prune
Ceri merah dan hijau secukupnya
BAHAN KUAH PUDING:
1 tin susu cair
1 sudu makan tepung kastard
3 biji kuning telur
125gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1 Untuk membuat Jala Emas, didihkan air, gula dan daun pandan sehingga larut. Keluarkan daun pandan.
2. Masukkan kuning telur ke dalam corong roti jala dan kirai ke dalam adunan air gula tadi.
3. Angkat jala emas dan toskan air gula. Ketepikan.
4. Seterusnya, sediakan kuah puding, Gaulkan semua bahan dalam satu mangkuk. Tapiskan dan masak secara double boil sehingga pekat.
5. Untuk menghidang puding Diraja, atur pisang yang telah digoreng di dalam mangkuk.
6. Taburkan jala emas, kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus dengan secukupnya.
7. Tuangkan kuah ke atas puding apabila hendak dimakan.
8. Puding lebih sedap apabila dimakan sejuk-sejuk.
Jangan lupa saksikan episod seterusnya Rasa Anak Emak, Anak Bapak di episod seterusnya bersama Datin Diana Danielle bersama ibunya. Nak tau apa yang dimasak untuk ibu tercinta, jangan lupa saksikan Rasa Anak Emak, Anak Bapak di Episod 13, Jam 1..00 PM, di Astro Prima HD.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Waktu dulu-dulu mana ada peti ais untuk simpan ikan yang dibeli. Salah satu cara nak pastikan ikan tahan lama, mak atau nenek kita buat ikan rebus.
Ikan rebus ini pun rasanya memang sedap dan sampai sekarang pun kita teringat. Jadi kalau teringin nak makan atau beli ikan terlebih kita buat cara ini.
Bersihkan ikan macam biasa pakai cuka/limau nipis. Bilas bersih.
2. Kemudian tabur garam dan masukkan sedikit cuka makan dan minyak (kuantiti ikut jumlah ikan) Garam jangan banyak sangat nanti masin. Gaul rata pada ikan.
3.Susun ikan dalam lengat/loyang dan letak asam keping 3-4 keping dalam kukusan.
4. Kukus macam biasa sehingga masak.
5. Biarkan sejuk dahulu baru digoreng.
6. Boleh masukkan dalam peti ais kalau nak simpan, ikan ini tahan lama.
Versi rebus
Ikan rebus yang ini pula caranya dikongsi oleh Hajar Mohd
Cuci ikan kemudian masukkan dalam periuk bersama beberapa hiris lengkuas tua.
2. Letak sekali asam keping lima keping. Nak masam boleh tambah. Masukkan garam.
3. Letak air suku periuk saja. Reneh api perlahan. Tutup periuk.
4. Bila air dah kering, tutup api. Esoknya barulah goreng, rasanya lagi sedap.
Ikan ini bila dah goreng, makan dengan nasi panas memang sedap, tak cukup seekor.
Ada yang tertanya-tanya, macam mana nak masak lempeng yang sedap dan tak melekat. Ada petua ke? Masa dahulu jika waktu-waktu pagi, lempeng antara menu sarapan popular yang mudah dimasak. Ringkas sahaja tetapi rasanya sedap bukan main. Ada yang nipis, ada yang tebal. Elok je hasilnya. Makan panas-panas memang membuka selera. Terasa nak makan Lempeng? Jom cuba resipi perkongsian saudari Misza Manap ni. Beliau juga kongsi cara beliau masak lempeng tanpa lekat di kuali. Wow… Jom cuba. Cicah dengan Sambal Sardin, sedap ni. Pasti puas hati.
RESIPI LEMPENG SEDAP & PETUA UNTUK ELAK LEKAT KETIKA DIMASAK
CARA MEMASAK: 1. Dalam bekas bersesuainya, satukan tepung gandum, telur, garam dan marjerin. Sebatikan. 2. Tuang air sedikit demi sedikit dan adun lagi hingga dapat bancuhan seakan adunan kuih ketayap. 3. Petua lempeng tidak melekat di kuali adalah, tambah marjerin dalam adunan. Bila sudah letak marjerin, tidak perlu sapu minyak pada kuali ketika memasak. Adunan tidak melekat. 4. Masak lempeng guna kuali kecil dan menggunakan api kecil sahaja. Angkat dan nikmati bersama aneka sambal pilihan.
Mak-mak kalau rasa kelam kabut kerana banyak hal perlu disetelkan tetapi tak mau culas masak. Ini RASA kongsikan dua menu udang yang sangat mudah dan cepat, boleh disediakan untuk anak-anak dan suami.
1. TUMIS UDANG BERSAMA DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan jus limau nipis
1/2 sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh halia muda
2 ulas bawang putih | cincang
1/4 cawan daun ketumbar | cincang
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu the kulit limau nipis | parut
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan jus limau nipis, serbuk jintan manis,halia muda bawang putih di dalam mangkuk, kacau rata.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bahan sos tadi. Kacau seketika.
Masukkan udang, kacau rata lebih kurang 4 minit.
Perasakan dengan garam dan lada sulah.
Akhir sekali taburkan daun ketumbar dan gaul rata, segera dihidangkan.
2. UDANG KARI THAI
BAHAN-BAHANNYA :
700gm udang galah | dibersihkan
350gm hirisan nenas, pilih yang manis
1 genggam daun selasih
3 helai daun limau purut
2 sudu teh sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
500 ml santan cair
300 ml pati santan
2 sudu makan jus limau nipis
BAHAN KISAR HALUS:
10 biji cili merah
2 batang serai, hiris halus
1cm lengkuas, hiris
3 tangkai daun ketumbar
2 camca teh hirisan kulit limau purut
10 -15 biji lada hitam biji
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh belacan
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
Masukkan nanas, daun limau purut, sos ikan, sedikit garam dan gula. Gaul rata dan tuang santan cair.
Bila mendidih, masukkan udang, masak 2 – 3 minit dan tuang pati santan.
Kacau rata. Biar mendidih perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan daun selasih dan jus limau nipis, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah garam lagi.
Biar mendidih 1 – 2 minit , tutup api. Hidangkan segera bersama nasi panas.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.