Puding Coklat Vanila Nikmat Dimakan Kala Sejuk

Share

Tiba-tiba terasa nak makan yang manis – manis pula malam ni. Nah bahan-bahan untuk membuat puding ada belaka. Maka terhasillah puding coklat sejuk untuk supper memalam buta. Tambah susu cair atau fresh milk dan cranberries. Pastikan susu dan puding sejukkan dalam peti sejuk semalaman, barulah umpph!

Puding Coklat Vanila

Bahan A

1 paket serbuk agar agar

1 liter susu kotak coklat (goncang dahulu)

200 g gula pasir

Bahan B

1 paket serbuk agar agar

1 liter susu kotak

200 g gula pasir

1 sudu tepung kastard

sedikit esen vanila

Bahan hidangan (disejukkan dalam peti ais semalaman)

1 tin susu cair Cranberry segar atau buahan buahan koktel

Cara memasak:

1.Masak bahan A sehingga gula hancur. Api jangan besar. Boleh lebihkan gula jika sukakan manis.

2.Basahkan acuan dengan air dan tuangkan bancuhan A dan biarkan sejuk.

3.Setelah mengeras, larik larik kan permukaan dengan garfu. Ulangi proses yang sama untuk bahan B.

4.Pastikan api telah dimatikan sebelum menambah esen vanila. Biarkan sedikit suam sebelum tuangkan ke dalam acuan yang sama.

5.Sejukkan dalam peti ais. Keluarkan dari acuan dan boleh dihidangkan.

6.Curahkan sedikit susu cair sejuk dan taburkan buah cranberry dan kismis. Juga sedap jika ditambah koktel buah buahan segar atau dari tin.

Selamat mencuba!

Kredit resepi & foto : Pakcik Salleharon

ADA YANG NAK MEMBELI JUICER, BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN