Cincau ni banyak khasiat. Dikatakan amalan memakan cincau secara berkala boleh menurunkan tekanan darah. Malah ia juga terkenal sebagai makanan yang boleh menyejukkan badan. Selain dimakan begitu sahaja, cincau ni juga sedap dan sesuai dicampur dalam aneka minuman serta manisan. Salah satu yang boleh dicuba ialah Puding Cincau Blueberry ni. Nampak cantik dan sedap kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Zura Zul ni!
PUDING CINCAU BLUEBERRY
BAHAN-BAHAN:
Ads
20gm agar-agar tali
5 1/2 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair/susu segar (anggaran 2 cawan)
2 helai daun pandan – simpulkan
Cincau secukupnya – potong dadu kecil
Secubit garam
Pewarna blueberry emulco/blueberry oil base
CARA MEMASAK:
Masak air bersama agar-agar hingga larut.
Masukkan gula dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Perlahankan api.
Ambil cecair agar=agar dalam 1 1/2 cawan dan tuang dalam bekas lain.
Warnakan dengan pewarna blueberry. Gaul rata dan keraskan agar-agar dalam peti sejuk. Setelah keras, keluargkan dan potong dadu kecil.
Susun cincau dan agar-agar blueberry yang dipotong tadi dalam loyang bersaiz 8×8. ketepikan.
Besarkan semula api dan masak kembali lebihan agar-agar tadi.
Tuang susu cair dan masukkan garam. Kacau hingga sebati.
Ambil cecair agar-agar bersusu tadi dalam 3 cawan. Tuang perlahan-lahan dalam loyang berisi cicau dan agar-agar blueberry. Biarkan hingga sederhana beku.
Warnakan lebihan cecair agar-agar di dalam periuk dengan pewarna blueberi. Tuang perlahan-lahan diatas agar-agar susu. Bekukan didalam peti sejuk.
Setelah keseluruhan agar-agar keras, terbalikkan perlahan-lahan diatas bekas @ alas rata dan potong mengikut citarasa anda.
Sedapnya Kuih Tepung Gomak Pandan ni lebih-lebih lagi kalau makan di waktu petang.Lembut, sedikit kenyal dan manis inti kelapanya buat rasa tidak jemu menikmati kuih tradisional ni. Makan sekeping pun rasa tak puas. Berbeza dari resipi yang lain, resipi perkongsian saudari Rozita Daud ini menggunakan keledek oren dalam adunan dohnya. Biasanya resipi lain menggunakan tepoung beras sahaja. Patutlah lebih enak. Jom cuba resipi mudah ni. Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI KUIH TEPUNG GOMAK PANDAN
BAHAH INTI: 1 biji kelapa muda – ambik bahagian putih sahaja 2 senduk gula merah (*) – beli online disini Sedikit gula pasir (*) – beli online disini
BAHAN DOH: 1 biji keledek oren – buang kulit dan rebus 1 sudu teh garam 1/2 bungkus tepung pulut – beli online disini Sedikit perasa pandan – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat inti kelapa, masukkan bahan yang bertanda (*) ke dalam kuali dan letak sedikit air. Masak sehingga gula merah cair barulah masukkan kelapa putih. Kacau sampai kering sedikit kemduian tutup api. Biar sejuk
2.Untuk doh pula, rebus keledek hingga empuk kemudian kisar seketika. Tuang dalam bekas bersesuaian. 3. Dalam bekas berisi keledek tadi masukkan perasa pandan dan juga tepung pulut sedikit demi sedikit. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
4. Untuk salutan pula, sangai sekejap tepung beras di dalam kuali. Sejukkan.
5. Ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan tekan ke dalam. Letak inti kelapa yang telah disejukkan dengan secukupnya kemudian bulatkan kembali.
6. Masukkan ke dalam periuk berisi air panas. Ulang hingga doh habis. 7. Masak doh seperti memasak Buah Melaka. Biar hingga ia terapung sendiri.
8. Angkat dan tokan sekejap kemudian barulah letak dalam kuali berisi tepung beras. Gaul rata dan biar kuih sejuk sedikit.
9. Bila sudah sejuk, baru tekan kuih supaya jadi leper sebegini.
10. Kuih Tepung Gomak Pandan sedia untuk dinikmati.
Enaknya dapat menikmati kuih peria. Apatah lagi, jika cara penyediaannya mengikut resipi secara tradisional. Pasti menggamit kenangan.
Begitu jua lah resipi yang dikongsikan oleh Achik Ita ini. Resipi tradisi turun temurun daripada neneknya yang menggunakan daun pinang untuk memulas menjadikan corak.
Namun, bagi yang sukar menemui daun pinang, ada juga yang menggunakan daun palas untuk memutar atau lidi untuk melorek corak pada kuih.
BAHAN-BAHAN:
Daun pinang (pilih yang besar dan elok)
(BAHAN ADUNAN)
500g tepung gandum
Santan (untuk menguli)
½ sudu kecil gram (jangan melimpah)
Pewarna kuning, hijau, merah (untuk hijau, boleh gunakan air daun pandan sebenar yang dikisar)
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk adunan di atas kecuali santan. Gaul-gaulkan dan asingkan ke dalam tiga bekas.
Titikkan pewarna berlainan ke dalam setiap satu bekas itu. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli satu persatu.
*Tujuan letakkan tepung gandum ini adalah untuk elakkan kuih terlalu liat. Kuih yang menggunakan tepung pulut, nisbahnya 500g tepung pulut : segenggam tepung gandum dah memadai.
(INTI)
Sebanyak 500 gram kacang hijau direbus sampai empuk. Masukkan kelapa parut sebelah dan gula setengah. Kacau hingga agak lembut dan gula telah hancur.
Kemudian, letakkan 1 sudu kecil garam. Gaulkan hingga kering. Masukkan pula tepung gandum anggaran secawan atau hingga likat adunan. Dah siap, sejukkan dan kemudian bentukkan bulat-bulat.
Ini daun pinang, Pilihlah daunnya yang besar dan elok. Ini segar dari tepi rumah bonda. Kalau takde daun pinang, macamana?
Daun lain tak rasa aromanya bila kukus. Paling penting, nanti tak nampak corak urat daun buah peria tu. Tapi, kalau dah takde langsung, loreklah dengan pisau atau lidi. Cuma, ajaran bonda suruh pakai daun pinang.
Daun yang bersaiz kecil pula boleh dipotong-potong dan disusun di dalam bekas. Ini untuk berikan aroma wangi ketika mengukus.
Susun daun jangan ikut depan daun yang berurat. Letak yang bahagian dalam. Kalau tidak, nanti akan bertambah pula coraknya pada kuih kalau kita letak kuih melintang.
Ini inti kacang hijau yang telah dibulatkan dan dileperkan sedikit agak-agak sebesar ibu jari.
Pilih daun pinang yang besar sedikit. Potong hujung kanan dan kirinya, ambil tengahnya saja. Layurkan pada api sekejap bagi layu dan berubah warna. Tujuannya, untuk elakkan daun mudah koyak ketika nak memutar nanti.
Kemudian, sapu sedikit sahaja minyak. Sapu manja-manja saja.
Doh tadi, kepal-kepalkan begini.
Leperkan adunan tepung. Letakkan inti kacang hijau di tengah dan tutup kesemuanya. Selimutkan dengan daun pinang.
Sekarang, tiba masa untuk putar. Gulung daun pinang menutupi adunan doh. Putarkan serentak atas dan bawah. Macam kita putar kertas pelapik gula-gula.
Macam ni la rupanya bila dah buka selepas putar.
Bila dah siap semuanya diputar, susunkan di dalam kukusan. Sebelum itu, panaskan air dalam pengukus hingga menggelegak. Kukus sekejap saja. Agak-agak kuih dah berubah warna macam dah masak, daun pun dah berubah warna anggaran dalam 5 minit.
Inilah perbezaan sebelum dan selepas kukus. Warnanya lebih menyerlah, kan.
Ketika suam-suam, terus angkat dan susun elok-elok di dalam bekas. Jangan biarkan sejuk sebab susah nak angkat dan dah melekat pada daun.
Zaman dulu-dulu agar-agar sirap ros atau dipanggil lengkong ni memang jadi menu ‘wajib’ di majlis kenduri kendara. Aroma pandannya memang buat terliurlah.
Tapi agar-agar siap rose ni dah tenggelam dek penemuan pudding dan agar-agar pelbagai rupa yang menarik dan warna-warni. Yang geli hatinya bila dihidang pada anak-anak muda berebut depa memakannya.
Jom kita cuba agar-agar legend yang resipinya dikongsikan dalam FB Wan Muhammad Hafiz Satar ini. Dahlah bahan-bahannya murah aje, buatnya pun punyalah mudahnya
AGAR-AGAR SIRAP ROS
.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Rendam agar-agar hingga lembut 2 . Masak dengan 2 liter air dan pandan 3. Bila mendidih dan pastikan semua agar- agar sudah larut, baru masukkan gula dan sirap rose 4. Tapis dan bekukan dalam loyang @ bekas. Sedap dimakan sejuk-sejuk ni.