Puas Hati Masak Sendiri Paprik Ayam, Mudah & Cukup Rasa

Share

Kalau ke warung tomyam, gerenti paprika ayam menjadi kemestian untuk dipesan. Lepas ni buat sendiri menu ni di rumah,puas makan sekeluarga.Tak susah buat pun, campak-campak dah siap. Cukup rasa makan dengan nasi panas, tak dilupa telur dadar sekali. Lengkap menu tengah hari anda.

PAPRIK AYAM

Bahan-bahan:

Lobak merah

Baby corn

Brokoli

Bunga kubis

Cili padi

1 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 batang serai-diketuk

Daun limau purut

Sos

Cili kisar

2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos cili thai
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1/2 sudu makan kicap manis

Cara memasak:

1.Panaskan minyak banyak sikit. Masukkan bahan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai.

2.Bila bahan tadi garing boleh masukkan cili kisar.

3.Masak sampai garing dan  pecah minyak.

3.Kemudian masukkan ayam. Boleh pakai dada ayam atau bahagian lain juga tapi pastikan potong kecil. Masak sampai ayam kecut atau sampai nampak masak.

4.Masukkan sos.

5.Masuk air panas setengah mangkuk.

6.Biarkan mendidih kejap.

7.Masuk pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk. Kacang panjang boleh, kacang buncis pun boleh.Jangan lupa 6 biji cili padi diketuk, masukkan sekali.

8.Akhir sekali,jangan dilupa daun limau purut. Tak letak ni tak jadi paprik.Buang tulang tengah daun.

9.Agak sayur dah lembut boleh la tutup api. Tak perlu tambah garam atau perasa lain lagi dah. Sos tadi dah cukup bagi rasa yang mabelesss. Tak caya kena cuba. 

Kredit: Khas Fena

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN