Bagi tahun ke-5, Nu Ideaktiv Sdn Bhd melalui Majalah Rasa sekali lagi telah menganjurkan program Rasa Bubur Lambuk Warisan 2023. Program yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam telah bermula seawal 7.30 pagi sehingga 8.00 malam.
Istimewa program tahun ini, Rasa telah menghimpunkan 10 resipi Bubur Lambuk yang popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Antaranya Bubur Lambuk dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Penang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.
Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan SAJI serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan Frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim, melihat program ini sebagai satu platform untuk menghimpunkan pelbagai generasi atau unit kekeluargaan bersama-sama menghayati warisan peninggalan nenek moyang kita.
“Kepelbagaian cita rasa ini dibawakan ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam agar dapat mengubat rindu semua kepada kampung halaman. Sudah semestinya kita dapat menikmati keenakan bubur lambuk negeri lain, di satu lokasi tanpa perlu travel jauh,” ujar Syamil Fahim.
Sementara itu, pihak BABA’S menyatakan amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat terlibat untuk menjayakan program murni ini dalam mengimarahkan bulan Ramadan yang barakah ini. BABA’S turut mendermakan duit raya, beg hadiah bersama barangan produk BABA’S ke rumah anak yatim dengan harapan ia dapat memberi keceriaan untuk menyambut sambutan Hari Raya yang akan datang nanti.
“Setiap resipi yang dimasak hari ini menggunakan produk BABA’S di mana sebanyak 50 kilogram rempah ratus BABA’S telah disumbangkan,” Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA’S.
“PetronMalaysia sebagai penaja gas memasak rasmi untuk majlis Rasa Bubur Lambuk Warisan merasa sangat teruja melihat Chef Adu dan Chef Fendi bersama-sama sukarelawan menyediakan Bubur Lambuk menggunakan Petron Gasul kami. Kami amat gembira telah menjadi sebahagian daripada majlis ini bagi meraikan serta menonjolkan ciri-ciri unik budaya Malaysia,” kata Mohd Asri Ibrahim, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia.
Menurut Encik Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif DOPSB, FGV Holdings Berhad pula komited dalam mencari peluang untuk memberi khidmat sokongan terbaik kepada masyarakat dengan berkolaborasi bersama pihak kerajaan mahupun swasta. Menerusi jenama ulung, SAJI, FGV sentiasa aktif menjalankan projek dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membantu serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Seawal jam 7 pagi, dua katerer, Shilaz Event Management dan Hidayah Maju Caterers yang dilantik untuk melaksanakan program ini sudah mula sibuk dengan penyediaan bahan-bahan untuk memasak.
Team Rasa, warga Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan juga sukarelawan berkumpul untuk menjayakan Rasa Bubur Lambuk Warisan pada 1 April 2023.
Ads
Penganjuran kali ini dianggap lebih istimewa kerana bukan sahaja kita menyediakan 20 periuk bubur lambuk dengan 10 resipi bubur lambuk yang popular, malah turut mengedarkan sebanyak 6000 pek bubur lambuk.
Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha dalam memberi semula dan berkongsi rezeki kepada masyarakat.
Majalah RASA sebagai media masakan dan resipi di bawah Nu Ideaktiv ingin terus mengangkat dan memartabat tradisi masakan citarasa Malaysia dan budaya kita.
Setiap bubur lambuk yang dimasak pada hari ini juga semestinya lebih istimewa kerana turut direncahkan dengan rempah ratus dari BABA’S. Pilihan rempah ratus lengkap untuk setiap masakan.
Ads
Bubur lambuk ini dimasak menggunakan santan dari SAJI manakala gas pula dibawakan oleh Petron Gasul. Kelebihan api biru dari Petron Gasul mempercepatkan lagi proses memasak.
Sebanyak 6000 pek bubur lambuk diagihkan ke 15 lokasi terpilih. Antaranya Hospital Shah Alam, IPD Shah Alam, Bomba Sekyen 15,Masjid Al- Amin, Sek 17,Surau An-Nur, Sek 20,Surau Nurul Iman, Padang Jawa, Masjid Taman Sri Muda, Sek 25,Masjid Jamek Raja Tun Uda, Sek 16, Masjid Al-Jannah, Sek 23, Penduduk Suri Puteri, Masjid Sek 7, Surau Hamidin Sek 19, Komuniti Apt Komuteraya, PPRT Lembah Pantai, Masjid Al-Ikhlasiah KL dan orang ramai yang berkunjung ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Ads
Untuk tahun ini, Ideaktiv bersama BABA’S, Petron Malaysia dan SAJI turut meraikan kehadiran anak anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan untuk berbuka puasa bersama. Sumbangan duit raya turut diberikan kepada 70 orang anak-anak yatim. Semoga sedikit sebanyak dapat menceriakan syawal yang akan tiba tak lama lagi.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Haji Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam, Ketua Operasi BABA’S Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia Encik Megat Mohd Jeffri, Penasihat Jenama Petron Malaysia Puan Fatin Sarjat, Ketua Pemasaran Delima Oil Product Dan Pengurusan Delima Oil Product, Syamil Fahim Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Editor Pengurusan Rasa, Ida Abdul Aziz.
Tidak ketinggalan YB Hajah Rodziah Ismail, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang sempat hadir pada tengahari dan turut bersama-sama para sukarelawan membungkus bubur lambuk.
Yb Rodziah menyatakan usaha yang dijalankan oleh Ideaktiv dan Majalah Rasa ini amat bagus kerana bukan sahaja dapat berkongsi rezeki malah berjaya menghimpunkan pelbagai citarasa bubur lambuk pada satu masa. Katanya usaha ini perlu diteruskan di masa-masa akan datang dan berharap lebih banyak resipi bubur lambuk dari seluruh Malaysia dapat dihimpunkan.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Izzue Islam, Feeya Iskandar, Chef Adu, Chef Qayyum, Shaza Bae, Syamira Nazir dan Aqil Taqee yang turut sama memberi agihan bubur lambuk kepada orang ramai.
Majlis diakhiri dengan berbuka puasa bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan.
Ucapan ribuan terima kasih kami kepada rakan penaja; BABA’S, PetronMalaysia dan SAJI serta MBSA kerana telah bersama-sama menjayakan program ini.
Buah-buahan sangat enak dan berkhasiat namun jangka hayatnya tidak panjang dan tidak mampu kekal segar dalam jangka masa yang lama. Buah seperti Blueberi atau Beri Biru adalah salah satu buah yang menjadi kegemaran ramai dek kerana khasiatnya yang tinggi serta rasa yang enak.
Namun buah kecil ini ada musimnya dan tidak selalu ada. Maklumlah ia diimport dari luar negara.
Walaupun tidak ditanam di Malaysia namun ia tidak bermakna rakyat negra ini tidak berpeluang untuk merasa dan menikmati keenakan serta kebaikan buah istimewa ini.
Tidak perlu menunggu musim blueberi untuk merasai kebaikannya kerana U.S Highbush Blueberry Council Malaysia menerusi kempen #GrabABoostofBlue akan sentiasa memastikan rakyat Malaysia boleh menikmati buah ini dengan mudah sepanjang tahun.
Didatangkan dalam bentuk sejuk beku (frozen), kering dan serbuk, buah Beri Biru ini boleh dinikmati dengan pelbagai hidangan kegemaran anda.
Sebagai contoh, Beri Biru sejuk beku boleh dijadikan sebagai pencuci mulut atau minuman sihat yang enak. Beri Biru kering pula boleh dijadikan sebagai snek sihat ketika menonton tv atau dinikmati bersama bijirin sarapan. Malah serbuk Beri Biru juga sesuai ditambah dalam minuman, topping kek dan bermacam-macam lagi. Terpulang pada kreativiti anda!
Buah kecil ini kaya dengan antioksidan, vitamin C dan A yang membantu badan supaya lebih sihat dan terhindar dari radikal bebas yang merosakkan sel serta tisu badan. Malah ia juga dikatakan membantu menurunkan tekanan darah tinggi, menghindarkan penyakit, baik untuk mata dan bermacam-macam lagi.
Bagusnya buah Beri Biru ni! Jadi nikmatilah kebaikan dan khasiat yang terkandung dalam buah ini setiap masa tanpa perlu risau lagi. Dapatkannya di pasaraya besar berdekatan anda dan mulakan hari anda dengan lebih sihat dan ceria.
Syawal bakal menjelma. Ibu-ibu tentunya sibuk merancang untuk membuat kek dan biskut raya yang menjadi kegemaran sekeluarga. Walaupun kita beraya dalam keadaan norma baharu, kuih raya tetap perlu ada di atas meja. Apa kata untuk Syawal kali ini, kita cuba cipta resipi kek dan biskut baru yang sedap dan menyelerakan.
Dengan menggunakan produk Dr. Oetker Nona, segalanya menjadi lebih mudah dan resipi anda gerenti menjadi jika menggunakan sukatan yang tepat. Dalam sekelip mata, pelbagai jenis kek dan biskut yang enak boleh dihasilkan.
Dr. Oetker Nona hadir dengan rangkaian produk membuat kek dan biskut yang lengkap. Antaranya Dr. Oetker Nona Serbuk Koko, Dr. Oetker Nona Sodium Bikarbonat, Dr. Oetker Nona Tepung Naik Sendiri, Dr. Oetker Nona Tepung Biasa, Dr. Oetker Nona Tepung Kastard, Dr. Oetker Nona Kanji Jagung, Dr. Oetker Oats Segera, Dr. Oetker Nona Esen Vanilla, Dr. Oetker Nona Hundreds & Thousands dan lain-lain.
Rangkaian produk yang lengkap ini memudahkan kita untuk membuat dan mencuba resipi kek dan biskut kegemaran keluarga daripada seringkas kek mentega hinggalah kek coklat kesukaan anak-anak. Dengan produk Dr. Oetker Nona ini juga kita boleh menghasilkan kuih-muih pencuci mulut untuk hidangan sepanjang berpuasa dan selepas hari raya.
Produk Dr. Oetker Nona juga didatangkan dengan pek ekonomi dan terdapat beberapa produk disertakan dengan acuan kek atau bekas pembakar. Menariknya, anda juga boleh mencampurkan beberapa produk untuk menghasilkan kek atau biskut yang sempurna. Memang memudahkan tugas ibu-ibu.
Istimewa sempena bulan Syawal ini, Dr. Oetker Nona berkongsi resipi kek dan biskut yang boleh anda cuba. Semuanya mudah dan yang penting rasanya memang sedap. Selamat mencuba.
KEK OATS KURMA BERSOS KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
200gram kurma – buang biji dan cincang
125gram mentega – lembutkan pada suhu bilik
2 cawan Dr. Oetker Nona Tepung Naik Sendiri
½ cawan Dr. Oetker Oats Segera
¾ cawan gula perang
1 ½ cawan air panas mendidih
2 biji telur
1 sudu teh Dr. Oetker Nona Sodium Bikarbonat
1 sudu teh Dr. Oetker Nona Esen Vanila
BAHAN-BAHAN B (SOS KARAMEL)
300ml krim putar
60gram mentega
1 cawan gula perang
½ sudu kecil Dr. Oetker Nona Esen Vanila
CARA MEMASAK:
Letakkan cincangan kurma ke dalam mangkuk tahan panas bersama Oetker Nona Sodium Bikarbonat. Tuang air panas mendidih lalu kacau rata. Tutup mangkuk dan biarkan selama 20-30 minit atau hingga kurma lembut.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula dan Oetker Nona Esen Vanila hingga lembut dan agak kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga telur sedikit kembang.
Tuang kurma yang telah lembut tadi ke dalam mangkuk pengadun. Kacau rata.
Masukkan Oetker Nona Tepung Naik Sendiri dan Dr. Oetker Oat Segera lalu kaup-balikkan sebati.
Tuang bancuhan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit mentega lalu ratakan.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 45 minit atau hingga kek masak.
Untuk membuat sos karamel, satukan semua bahan di dalam kuali lalu didihkan selama 3 hingga 5 minit (sambil mengacau berterusan) atau hingga sos likat. Tuang sos karamel ke atas kek.
Di dalam mangkuk pengadun, satukan Oetker Nona Tepung Jagung, Dr. Oetker Nona Tepung Kastard, Dr. Oetker Nona Tepung Gandum, Dr. Oetker Nona Serbuk Koko dan gula aising. Gaul rata.
Masukkan kuning telur. Gaul sebati hingga menjadi seperti ‘breadcrumbs’.
Masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sederhana hingga menjadi doh yang lembut.
Terap doh mengikut citarasa dan hias dengan Oetker Nona Gula Manik
Bakar pada suhu 170°C selama 15 hingga 20 minit atau hingga biskut masak.
Sertai Rasa Masak Challenge Dessert Series #RiangRayaBersamaDrOetkerNona & Menang Hadiah
Jom sertai Rasa Masak Challenge Dessert Series #RiangRayaBersamaDrOetkerNona bermula 19 April sehingga 10 May 2021. Anda hanya perlu masak, share & menang hadiah.
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu:
Buat satu hidangan pencuci mulut/biskut raya dan rakam video berdurasi 1 – 2 minit atau ambil gambar hidangan pencuci mulut/biskut raya anda dengan cara yang paling kreatif.
Muat naik video atau gambar pencuci mulut/biskut raya anda di Instagram atau Facebook dengan caption yang paling kreatif dan jangan lupa gunakan hashtag #majalahrasa #DrOetkerNona #RiangRayaBersamaDrOetkerNona.
Tag @majalahrasa @droetkernona dan 3 rakan anda. Pastikan akaun Instagram anda dipublickan.
Bila sebut Malaysia, ramai pelancong luar menganggap antara negara yang kaya dengan kepelbagaian makanan yang asli dan menyelerakan. Malah Malaysia juga disebut ‘syurga’ makanan.
Sebut sahajalah apa-apa jenis makanan yang dipaparkan dalam media sosial hari ini, pastinya mendapat sambutan.
Namun begitu, sayang seribu kali sayang apabila makanan Malaysia gagal menempatkan diri dalam senarai 10 Hidangan Mee Paling Popular Pilihan TasteAtlas di Asia Tenggara, yang dikeluarkan pada 24 Disember 2022.
Sebaliknya, Laksa Indonesia dan Char Kway Teow Singapura tersenarai dalam kedudukan 10 menu mee paling popular di Asia Tenggara.
Manakala Pho Vietnam mendahului di kedudukan pertama dan Pad Thai Thailand di tempat kedua.
Meskipun begitu, kita sepatutnya berbangga kerana Malaysia masih tersenarai dalam senarai 50 Hidangan Paling Popular TasteAtlas di Asia Tenggara.
Buat pengetahuan pembaca RASA, laman sesawang TasteAtlas memaparkan panduan kembara dan pengalaman yang mengumpulkan makanan tradisi, resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan juga artikel penyelidikan tentang bahan serta hidangan popular dari seluruh dunia.
Jom kita lihat senarai ‘top 10’ hidangan mee di Asia Tenggara dan di manakah kedudukan Malaysia tercinta kita:
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.