
Puasa dah nak dekat. Ada yang belum mengganti puasa ke? Petang ni teringin pula nak buat kuih yang buat kecur liur di kala bulan puasa ialah Popia Sira Rangup. Siapa yang nak ambil kesempatan berniaga pun boleh dengan resipi ini.
Bahan Inti:
Kobis, sengkuang, lobak merah, tauge
*tak suka tauge tak perlu letak
Cara membuat:
1.Gaul rata semua bahan
2.Letak inti atas kulit popia, gulung dan goreng.
Bahan Sira:
9 sudu cili giling
10 sudu gula-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu sos cili
½ sudu garam
Sedikit bijan
Cara memasak bahan sira:
1.Panaskan minyak, masukkan cili giling dan kacau.
2.Masukkan gula.
3.Masukkan sos cili.
4.Masukkan garam.
5.Dah masak boleh tabur biji bijan.
Tip popia rangup:
*Gulung popia padat-padat
*Pastikan minyak betul- betul panas dan goreng dengan api perlahan.
Kredit : Zaky Mat Ali
Kesedapan Kuih Koleh Kacang Tiada Tandingan. Ikut Resipi Betul Pasti Menjadi
Buat Kuih Cara Manis Guna Acuan Takoyaki, Mudah Dan Puas Makan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Empat Hidangan Dari Biskut Oreo , Kesukaan Remaja & Kanak-Kanak

Oreo merupakan salah satu makanan yang sangat digemari terutamanya dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.
Jom kita lihat olahan resipi berasaskan oreo yang boleh dihasilkan, jom ajak anak-anak ke dapur belajar masak ni. Sementara sekolah masih belum dibuka , biarkan mereka asah skil memasak. Selamat mencuba!
- KEK OREO

BAHAN-BAHAN
- 250 gm butter
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung naik sendiri – (resipi ini guna tepung kek)
- 1 sudu kecil baking powder – tepung dan baking powder diayak
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 8-10 keping oreo – kisar halus (boleh dikisar sekali dengan krimnya)
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan butter, gula, tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ya.
- Campurkan oreo dan kacau rata.
- Adunan dibahagikan kepada 3 dan dibakar berasingan.
- Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak
BUTTERCREAM
BAHAN-BAHAN
- 80 gm mentega
- 200 gm krimwell
- 350 gm golden syrup
CARA PENYEDIAAN
- Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
- Masukkan golden syrup perlahan-lahan dan pukul lagi hingga rata.
- Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak masing-masing.
CARA MENDECO KEK
BAHAN-BAHAN
- Buttercream
- Serbuk oreo secukupnya (buang krimnya)
CARA PENYEDIAAN
- Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
- Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
- Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
- Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.
HIASAN COKLAT
BAHAN-BAHAN
- Coklat compound secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
- Masukan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan ditepi kek yang telah disiap dilepa. Biarkan coklat tu jatuh dengan sendirinya. Sejukkan kek sebelum dipotong.
- Lelehan coklat tu akan mengeras jadi semasa memotongnya pastikan pisau direndam dahulu dengan air panas. Lapkan pisau tadi hingga kering baru la potong kek tersebut.
INFO: Lebih elok jika menggunakan coklat ganache untuk buat deco seperti di atas.
Kredit resipi & foto: Qasey Honey
2. MILKEY OREO COOKIES

BAHAN A
- 130 gm butter
- 70 gm gula
- 1/4 sudu teh esen vanilla
- secubit garam
BAHAN B
- 170 gm tepung gandum
- 20 gm tepung jagung
- 20 gm tepung beras
- 1/8 sudu teh baking powder
- 20 gm cornflakes ~ dikisar
- 20 gm serbuk badam
- 20 gm badan nibs
- 20 gm oreo ~ dikisar
HIASAN
- Coklat putih ~ dicairkan
- Coklat Oreo ~ dikisar
CARA PENYEDIAAN
- Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati.
- Satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A.
- Uli adunan hingga menjadi doh.
- Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang disukai.
- Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.
- Sejukkan.
- Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dicairkan.
- Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar.
- Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara
Kredit resipi & foto: Azlita Aziz
3. PUDING OREO KASTAD

BAHAN A
- 15g agar-agar serbuk
- 200g gula pasir – kalau manis kurangkan
- 750ml air
BAHAN B
- 1/2 tin susu cair @ 200ml
- 3 biji telur
BAHAN C
- 45g tepung kastad + 60g air – untuk membancuh sahaja
SAMPINGAN
- 2 sdm milo + 1sdt coklat paste
- Pewarna kuning sedikit
- 1 bungkus biskut oreo (Inti terpulang suka yang mana) – patah 2
CARA PENYEDIAAN
- Sejukkan loyang 8 inci terlebih dahulu
- Masak bahan A sehingga gula hancur sepenuhnya, tutup api dan ketepikan seketika.
- Kacau sebati bahan B dan masukkan bahan C. Tapiskan kemudian tuang kedalam bahan A yang telah di masak tadi dan panaskan semula diatas api sederhana. Kacau supaya ianya tidak hangus dan sehingga naik wap.Tutup api.
- Bahagi kepada 2 atau 3 bahagian.
- Untuk lapis coklat, ambil 2 cawan adunan puding dan campur dengan milo dan coklat paste.
- Adunan selebihnya dibahagi lagi untuk warna kuning dan warna asal.
- Sediakan loyang 8 inci yang telah disejukkan dan tuang satu cawan adunan coklat dan biarkan sejuk/ mengeras seketika. (jangan terlalu keras nanti ia terbuka bila dipotong. Cukup bila di sentuh permukaan ia tidak melekat di jari)
- Carik sedikit dipermukaannya dengan garfu kemudian tuang adunan warna kuning 1 cawan juga dan susun oreo.
- Ulang cara yang sama kecuali adunan coklat untuk lapis atas sekali.
- Bila dan siap bolehlah disejukkan sepenuhnya dan baru dipotong.
- Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Sue Norrman
4. PUDING MILO LAPIS OREO

BAHAN-BAHAN ( Saiz: 8″ persegi )
- 1 bungkus @ 10g Jelly Powder – Serbuk Agar-Agar
- 750ml Air
- 160g Gula – (resipi ini guna140g gula)
- 1 tin @ 400g susu cair
- 3/4 cup serbuk Milo
- 1 bungkus (137g) Oreo Cookies – patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis
CARA PENYEDIAAN
- Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
- Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
- Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati.
- Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
- Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengann api paling kecil supaya tidak membeku.
- Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
- Taburkan biskut oreo.
- Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
- Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalamm peti sejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya kerana takut lapisan tidak melekat.
- Jika membeku semua, guris-guriskan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik
Kredit resipi & foto: Yatie
ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK TERKINI, JOM BELI SECARA ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ANDA BOLEH JUGA SEMAK RESIPI INI :
Teknik Betul Nak Goreng Celup Tepung Rapuh, Rangup Dan Berkerak… Tengok Resipi Ni!

Makanan bergoreng selalu menjadi pilihan untuk hidangan ringan pagi atau petang. Banyak gerai yang menjual pelbagai makanan bergoreng, memberikan kita banyak pilihan. Tetapi sering kali makanan yang dibeli tak kena dengan selera, indah rupa dari rasa. Jom cuba tip yang Kak Cik kongsikan, resipi sebenar bagaimana nak hasilkan masakan tepung goreng yang rangup, rapuh dan berkerak!





Kak cik nak bercerita pasal celup tepung malam ni. Nak bagi tips ye.
Part paling penting ialah bahan2 kene betul tau.. 1st thing,tepung kene yang terbaik untuk goreng celup tepung bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap..ni taste bukan goreng ala2 KL yg takde habuk(serdak) tu ye.
Tepung beras? Tahu tak tepung beras ada banyak jenis & fungsinya, banyak jenama, mana satu nak pilih? Ke pakai hentam je?
Ehhh..jangan, nanti tak menjadi jangan salahkan si pemberi resepi pulak, walhal bahan yang tak kena.
Ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk pisang, keledek, seafood celup tepung ialah tepung beras cap 3 teratai untuk rapuh,rangup,berabuk banyak.. Tetapi kalau silap tepung, ada yang jadi tebal, tak berabuk halus & lemau bila sejuk…- Achik Ita Jsd Kelantan
BAHAN-BAHAN:
- 500g tepung beras(kurang pun xpe)
- 1 biji telur
- 1 sudu teh garam
- 2-3 sudu makan gula
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Secubit kapur makan
CARA MEMASAK:
- Bancuh semua dengan air biasa je agak2warna peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais, tapi selepas percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair..INGAT! Ais mencair bukan beku dalam tu..tak payah guna ais pun memang rangup sangat2 dan berhabuk banyak tau..
- Jadi bila semua bahan2 dah betul bancuh , lihat pulak cara2 membuat adunan.
- Adunan jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
- Minyak wajib banyak, jangan kedekut (deep fried)
- Wajib api besar (slow2 kene tinggal)
- Jangan selam atau rendam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat.
- Jgn simpan lama dalam peti adunan tu. Nak ulang guna, wajib bancuh lain sikit kemudian campur dulu dengan yang sebelum tu.
*picture ni semua hasil tgan k.cik sdri ye
Kongsi resipi: Achik Ita Jsd Kelantan
Aneka Resipi Mudah Sesuai Untuk Makan Tengahari & Malam

Buntu memikirkan resipi menu makan tengahari dan malam yang mudah tapi enak untuk dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu. Oleh itu jom cuba koleksi resipi sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengahari dan malam keluarga tercinta. Jom cuba!
1. SUP KEPALA IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1- 2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
3cm halia | hiris halus
1 batang serai | titik
1 bunjut sup bunjut
Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
1/2 sudu teh jus limau nipis
Sedikit hirisan daun sup dan bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
- Setelah kekuningan masukkan rempah penumis, sup bunjut dan serai. Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
- Bila kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
- Setelah masak, masukkan jus limau nipis,serbuk lada sulah dan lada hitam.
- Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang.
- Sedap dihidangkan bersama sambal kicap.
2. SIAKAP KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 tangkai cili merah | cincang halus
2 sudu makan sos cili Thai
1 batang serai | hiris halus
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK:
- Panaskan mengukus, kemudian gaulkan ikan dengan sedikit garam dan halia. Kukus lebih kurang 10 minit.
- Sementara itu, campurkan semua bahan cincang dan hiris halus dalam mangkuk.
- Tambahkan dengan sos cili Thai, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
- Tuangkan ke atas ikan kukus tadi.
- Kukus semula dalam lima minit.
- Angkat dan pindakan ikan di dalam pinggan hidang.
- Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Kemudian hidangkan panas-panas.
3. SALMON PANGGANG BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
Bahan Untuk Salmon Panggang:
2 keping salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 biji bawang putih | cincang halus
Sedikit minyak zaitun
BahanSayuran:
Sedikit hirisan brokoli
Sedikit grisan lobak merah
Sedikit hirisan cendawan shitake
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit garam dan serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
- Gaulkan salmon dengan garam, serbuk lada sulah, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
- Panaskan ketuhar dan panggan salon dengan suhu 170C selama lebih kurang 7-10 minit (selepas lima minit, balikkan ikan dan panggang lagi)
- Sementara itu, panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan brokolo, lobak merah dan cendawan. Gaul rata sehingga layu.
- Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
- Setelah siap, hidangkan dalam pinggan bersama salmon panggang dan kentang orang jika suka.
INFO CHEEF: Untuk rasa salmon lebih sedap selepas digaulkan dengan bahan perapan. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.
4. ASAM REBUS TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
3-4 potong ikan Tenggiri | bersih dan tos
2 tangkai cili merah | belah dua
3-4 biji kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3-4 tangkai cili padi | titik
3cm halia | titik
3cm inci lengkuas | titik
11 batang serai | titik
1 sudu teh serbuk kunyit
2 keping asam gelugor
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan Tenggiri dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan hirisan dan titik.
- Tambahkan air, diikuti serbuk kunyit, asam gelugor.
- Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
- Biarkan mereneh lebih kurang 10-15 minit.
- Masukkan kacang bendi dan perasakan dengan garam secukupnya
Sedia dihidangkan.
5. SUP TULANG
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang lembu | bersih dan rebus hingga empuk
4 cawan air rebusan tulang
2 batang seleri | potong serong
1 batang lobak merah | potong baji
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
2 batang serai | titik
5-6 tangkai cili padi | titik
1 biji tomata | belah empat
4 ulas bawang putih | titik
1 biji bawang besar | dadu halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya
1 bunjut sup bunjut
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas dan serai hingga wangi. Masukkan perencah sup tulang.
- Masukkan rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
- Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
- Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah diangkat.
- Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
6. YEE MI WANTAN KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 peket yee mi
250gm isi ayam | potong kecil
2 pokok sawi |potong dan celur
2cm halia muda | hiris nipis
10 biji wantan segera | goreng
Bahan Kicap Untuk Mi:
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak bijan
2 ulas bawang putih | cincang
1 cawan stok ayam
Bahan Perapan Ayam:
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan madu
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
- Rebus ayam bersama halia hingga masak. Angkat dan toskan.
- Air rebusan ayam diambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup. Masukkan bawang besar,garam dan lada sulah.
- Seterusnya perap ayam sebentar dengan bahan perapan. Kemudian goreng sekejap.
- Untuk kicap mi, Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan satu cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mi yang lain kecuali minyak bijan.
- Tutup api bila menggelegak dan masukkan minyak bijan. Kacau rata.
- Untuk menghidangkannya, tuang sedikit kicap mi tadi pada yi mi dan gaul ratakan.
- Hidangkan yi mi bersama kuah sup dan ayam goreng dan sawi yang telah dicelur tadi.
INFO CHEF: Selain digoreng, ayam juga boleh dipanggang ataupun dibakar.
7. SEAFOOD SOUP
BAHAN-BAHAN:
50gm sotong | hiris bulat
3 ekor udang
50gm tiram
20gm bawang Holland | cincang
10gm bawang putih | cincang halus
4 helai herba rosemary
150ml air rebusan ayam
60ml sos pasta
1/4 sudu makan serbuk perasa aromat
1/4 sudu makan serbuk lada putih
1/4 sudu makan serbuk cili kering
1 sudu makan minyak
Daun sup secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang Holand, bawang putih sehingga naik bau atau biarkan selama 1-2 minit.
- Seterusnya masukkan semua seafood bersama herba rosemary, lada putih dan air rebusan ayam.
- Perasakan secukupnya dan biarkan hingga mendidih.
- Sedia dihidangkan.
8. MUSHROOM CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
180 gm ayam bahagian peha-buang tulang
1/4 sudu besar serbuk paprika
1 biji telur | kacau
2 sudu makan tepung gandum
50gm serbuk roti
100gm jejari kentang
50gm keju mozarella
Bahan Hiasan:
100gm coleslow
1 helai daun salad
Sedikit tomato | hiris nipis
30ml sos tartar
3 gm cendawan butang
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama serbuk paprika dan tepung gandum.
- Kemudian celupkan dalam telur dan serbuk roti.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
- Selepas itu, gorengkan cendawan butang selama seminit atau bertukar warna.
- Letakkan ayam di dalam pinggan bersama hiasan lain.
dan taburkan keju mozarella. Masukkan ke dalam ketuhar hingga keju cair. - Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama kentang yang digoreng, coleslow, timun dan tomato.
9. NACHOS MIX BEEF CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
2 keping empingan jagung (yellow corn tortilla)
30gm isi ayam kisar
30 gm daging kisar
2 sudu makan sos pasta
20gm daun salad
2 sudu makan kacang pes
2 sudu makan krim masam
2 sudu makan tomato salsa
20gm cili jeruk
50gm keju mozarella
CARA MEMASAK:
- Sapukan sos pasta pada empingan jagung .
- Taburkan isi ayam dan daging cincang dan mozarella di atasnya.
- Panaskan ketuhar, kemudian bakar sehingga keju cair.
- Keluarkan dan potong kepada beberapa bahagian.
- Susun dalam pinggan dan hiaskan dengan daun salad, krim masam dan pacang pes.
- Akhir sekali taburkan cili jeruk di atasnya.
- Sedia dihidangkan.
10. SPAGHETI CHILI GAMBER
BAHAN-BAHAN:
200 gm spageti
4 ekor udang
Sedikit salad | hiasan
1 biji telur
40gm serbuk roti
20gm bawang Holand | dadu halus
10gm bawang putih | cicang halus
10gm serbuk cili kering
60ml sos pasta
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali, tumis bawang Holand, bawang putih dan serbuk cili kering hingga wangi.
- Masukkan sos pasta dan sedikit air rebusan ayam. Kacau sebai.
- Perasakan dengan aromat dan lada putih. Kacau lagi.
- Masukkan spageti yang telah dicelur, gaul rata dan pastikan ia secukup rasa.
- Tuangkan ke dalam mangkuk atau pinggan.
- Salutkan udang dengan sedikit tepung, telur dan serbuk roti. Kemudian, goreng selama satu hingga dua minit.
- Susun udang di atas spagheti, taburkan serbuk cili kering dan daun salad.
- Spageti sedia dihidangkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official











