Popia Ayam Cendawan Berkeju Terlajak Sedap. Begini Cara Buatnya

Share

Jom cuba buat Popia Ayam Cendawan Berkeju ni. Sedap! Popia merupakan antara sajian ringan mudah yang puan-puan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak dan sejukbekukan. Intinya boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing. Memang layan habis! Jom cuba resipi perkongsian saudari Radia Tussoleha ini. Pasti anda puas hati dengan rasanya.

 

RESIPI POPIA AYAM CENDAWAN BERKEJU

BAHAN A:

 

BAHAN B:

  • 1 bungkus kulit popia (50 keping)
  • 1 paket isi ayam cincang atau 1 mangkuk daging ayam yang dipotong cincang
  • 1 bungkus sosej ayam (potong kecil)
  • 1 bungkus keju (6 keping)
  • 1 tin cendawan (potong racik) beli online disini
  • 1 tin champmbells cream (cendawan or ayam)
  • 1 biji telur atau 1cawan bancuhan tepung gandum (sebagai gam)
  • 1 kiub ayam dan garam secukup rasa beli online disini
  • Minyak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan A sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah diikuti sosej serta isi ayam.
  2. Kemudian masukkan garam, kiub pati ayam. Gaul rata.
  3. Masukkan cendawan dan charambells cream.
  4. Akhir sekali, masukkan keju. Kacau sebati dan padamkan api. Masukkan ke dalam bekas apabila sudah sejuk.

CARA MEMBUNGKUS POPIA:

1.Sediakan kepingan kulit popia. Sudukan 1 sudu inti di hujung kulit popia dan lipat.

2.Lekatkan hujung kulit popia dengan menggunakan bancuhan telur atau bancuhan tepung gandum.

3.Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.

Nota: Bahan-bahan diatas boleh menghasilkan lebih kurang 50 keping popia.

 

 

Kredit resipi & foto: Radia Tussoleha

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN