Pop! Pop! Pop! Ayam Popcorn Rangup Makan Sampai Kriuk Kriuk

Share

Isi ayam yang dipotong kecil dan digoreng ranggup dengan bahan perapan yang istimewa. Saiz yang kecil seakan popcorn membuatkan ia senang dikunyah terutama kanak-kanak.

AYAM POPCORN

BAHAN-BAHAN:

  • 7 Ketul isi ayam (potong dadu)

 

BAHAN-BAHAN 1:

  • * 6 ulas bawang putih
  • * 2 batang serai
  • * 1 sudu kecil lada hitam
  • * halia seinci

 

BAHAN-BAHAN 2

  • 4 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk kari daging

 

BAHAN-BAHAN 3:

  • 2 biji telur

 

BAHAN-BAHAN 4:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Garam secubit

 

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan ayam yang sudah dipotong dadu bersama garam dan kunyit.

 

2. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air. Tuangkn bahan kisar ke dalam ayam tadi. Masukkan bersama bahan ke 2 gaul sebati. Perapkn sejam @ lebih.

 

3. Pecahkan telur dalam bekas asing.

4. Satukan bahan 4 dan gaul sebati

 

5. Celup isi ayam satu ke dalam telur kemudian celup ke dalam tepung. Terus masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Buka api perlahan goreng sehingga masak dan tos.

 

Info: Sedap dimakan bersama sos cili.

 

Kredit: norhayu hanafi

IKLAN