Tak terasa nak makan nasi? Ini ada cara-cara buat pizza ekspres yang paling senang! Anda tak perlu susah-susah nak uli tepung dan tak guna ketuhar pun untuk masak. Sangat senang kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari SyazwAni DaRwiny ni. Memang terbaik!
RESIPI PIZZA EKSPRES GUNA ROTI ARAB
BAHAN-BAHAN:
Roti arab secukupnya
Sos pasta @ tomato puri
Sos cili secukupnya
Mayones
Mentega @ marjerin
Keju mozarella
BAHAN TOPPING (BOLEH PELBAGAIKAN IKUT CITARASA):
Bawang Holland – dipotong dadu kecil
Sosej – dihiris
Isi ketam – dihiris
Cili benggala – dipotong kecil
Cili merah – dihiris
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping roti arab dan sapu mentega di kedua-dua belah permukaan roti.
Ads
2. Sapu sos pasta. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.
3. Kemudian letak bahan-bahan topping dengan rata.
4. Paipkan juga mayones dan sos cili.
Ads
5. Taburkan keju mozzarella. Lagi banyak keju, lagi sedap!
6. Akhir sekali taburkan oregano leaves & chili flakes untuk menjadikan rasa piza lebih sedap dan wangi.
7. Masukkan piza ke dalam pemanggang yang telah dipanaskan dan masak selama 8-10 minit menggunakan api yang paling kecil. Jika besar, dasar roti akan hangus dan tak sedap.
Ads
8. Bila keju dah cair, angkat. Sedia untuk dinikmati.
Roti enak gebu dan lembut, keluar panas-panas dari ketuhar, memang sedap dapat makan roti buatan sendiri.
Lagi-lagi makan bersama keluarga, memang puas hati. Jika biasanya sebelum ini, beli di kedai, nah dah boleh buat sendiri di rumah. Lagi menjimatkan.
Yang penting cara ulinya kena betul dan gunakan bahan bermutu. Jom cuba aneka resipi roti buku (loaf) yang enak ni.
HEAVY WHOLEMEAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / untreated 100gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar ) 20gm tepung susu lemak penuh 8gm garam halus 50gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi 11gm yis kering 5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan) 450gm air sejuk 120gm serat gandum kasar 20gm brown malt flour (pilihan untuk warna perang pada roti)
Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza. 3. Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu. 4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar (5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas. 7. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening. 8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. Keluarkan doh yang sudah kembang. 9. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF: Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
Saiz Hidangan: 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Keistimewaan: Roti yang menyihatkan Cara Memasak: Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
7 GRAINS LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur /untreated 70gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar) 30gm tepung susu lemak penuh 8gm garam halus 50gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi 11gm yis kering 5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan) 450gm air sejuk 50gm serat gandum kasar 150gm bijian campuran (7 jenis) 20gm brown malt flour (pilihan untuk warna perang pada roti)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan. 3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah. 7. Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening. 8. Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
INFO CHEF: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
Saiz Hidangan: 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Keistimewaan: Mengandungi tujuh jenis bijirin Anggaran harga: RM20-RM30
GREEN TEA LATTE LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / untreated 100gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar) 8gm garam halus 50gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi 11gm yis kering 5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan) 250gm air sejuk 30gm serbuk teh hijau 50ml Espresso Double Shot
CARA MEMASAK:
1. Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan. 2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. 3. Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit. 4. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 5. Setelah itu, kelim doh dengan cermat. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening. 6. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 7. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Saiz Hidangan: 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Keistimewaan: Rasa teh hijau yang beri keunikan pada roti Cara Memasak: Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
HONEY OAT LOAF
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / untreated 80gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar) 30gm tepung susu lemak penuh 8gm garam halus 60gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi 11gm yis kering 5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan) 350gm air sejuk 150gm oat bermadu (seperti di atas) 150gm oat 100gm madu
CARA MENYEDIAKAN:
1. Untuk membuat oat madu; campurkan oat dan madu ke dalam mangkuk dan gaul rata. 2. Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan. 3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan. 4. Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti. 5. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. 6. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. 7. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 8. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening. 9. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 10. Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi. 11. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
INFO CHEF: Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk mengelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
Saiz Hidangan: 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Keistimewaan: Rasa madu dan oat yang sedap Anggaran harga: RM20-RM30
DARK CHARCOAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / untreated 100gm gula tebu tanpa peluntur (coarse brown sugar) 30gm tepung susu lemak penuh 8gm garam halus 50gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi 11gm yis kering 5gm GR superbake (penambah baik roti berasaskan tumbuhan) 350gm air sejuk 30gm black charcoal powder 20gm brown malt flour
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan. 3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. 4. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening. 8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
INFO CHEF: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Saiz Hidangan: 4 biji loaf Waktu Memasak: 3 jam Keistimewaan: Rasa yang amat berbeza Cara Memasak: Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
Terima kasih: Chef Sharizat, Golden Republic
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Bayangkan betapa nikmatnya makan roti canai panas yang baru dimasak. Selain roti kosong biasa, boleh juga di ‘transform’ menjadi roti telur, roti cheese, roti bawang dan sebagainya. Mudah sahaja! Bahan-bahannya juga ringkas. Kalau buntu tak tahu nak masak apa untuk sarapan, boleh cuba buat roti canai resipi dari perkongsian saudari DMar Ya Nie.
Piza mini burger ini menggunakan roti burger. Saiznya macam burger tapi rupanya macam piza. Menarik kan? Tapi rasanya memang enak. Boleh bubuh pelbagai inti/filling. Anak-anak pun tentu sangat suka.
Piza Mini Burger ini sesuai untuk dijadikan hidangan keluarga. Mudah nak dibahagi-bahagi. Seorang sebiji. Tak perlu nak berebut. Atau boleh juga dimasak ketika ada jamuan atau potluck. Tak payah potong-potong. Memudahkan.
Bila buat sendiri piza, kita bebas untuk buat apa intinya. Kalau suka keju, boleh letak bermacam-macam jenis keju di atasnya. Begitu juga boleh letak ayam, daging, seafood dan sebagainya.
Specialnya bila kita buat sendiri piza, kita bebas letak apa saja mengikut selera keluarga. Best kan?
Untuk membuat inti/topping, tumis bawang Holland hingga terbit bau wangi.
Kemudian masukkan sos spageti Bolognese. Gaul sekata. Akhir sekali masukkan pula sosej yang telah dipotong. Kacau hingga sebati. Angkat dan ketepikan. Gunakan sudu untuk membuat lubang di tengah-tengah roti.
Kemudian masukkan inti yang telah dimasak tadi ke dalam tengah roti (boleh rujuk gambar). Setelah itu tabur cheese dn hirisan cili beggala.
Setelah itu, bakar di dalam oven mengikuti suhu kesesuaian oven masing-masing.