Pisang Karamel Bersos Kastard Nanas, Rasa Sekali Pasti Nak Lagi

Share

Pelbagai resipi pencuci mulut boleh dicipta daripada pisang. Selain dibuat pisang goreng, pengat pisang, tapi pisang karamel bersos kastard nanas ini memang lain macam penangannya.

Hidang atas meja, sekejap saja habis. Makan pula sejuk-sejuk, memang ngam!

Jom ikuti perkongsian resipi daripada Nurhayati Maleq ini. Memang menarik dan sedap betul pencuci mulut kali ini. Rasa sekali, pasti nak lagi.

BAHAN-BAHAN:

(Bahan Pisang Karamel)

1 sisir pisang

Sedikit butter/mentega – Boleh beli online di sini

1 sudu besar gula

(Bahan Sos Kastard)

2 tin susu cair – Boleh beli online di sini

1 sudu besar tepung kastard – Boleh beli online di sini

½ cawan air kosong

Secubit garam

Gula secukupnya – Boleh beli online di sini

1 cawan nanas

CARA MEMASAK:

Mula-mula, cairkan butter atau mentega.

Panggang dulu pisangnya. Aturkan pisang atas pan dan taburkan gula merah lembut.

Begini kejadiannya. Balik-balikkan pisang agar masaknya sekata. Dah siap, ketepikan dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Dalam periuk lain, kita nak buat kuahnya pula. Tuangkan susu cair.

Bancuhkan satu cawan air bersama 1 sudu besar tepung kastard. Kemudian, tuang dalam susu ni juga.

Setelah kacau sebati, pastikan semuanya tidak ada ketulan tepung, barulah hidupkan api. Kacau perlahan dalam api yang perlahan juga.

Selepas mereneh, masukkan nanas. Nak gunakan nanas yang segar, carilah buah yang telah masak. Kalau nak mudah, beli saja yang di dalam tin dan potong kecil-kecil. Ambil nanasnya saja tanpa air di dalam tin tersebut.

Kemudian, barulah masukkan gula. Kacau sekejap saja dan terus tutup api. Jangan lama sangat biarkan susu di atas api sebab boleh akibatkan masakan jadi hangit. Nanti pahit pula rasanya.

Beginilah hasilnya. Bolehlah curahkan susu tadi. Pastikan sejukkan kuahnya dulu sebelum dituang. Hasilnya, lihat saja gambar ni.

Segar je makan sejuk-sejuk tau. Nak buat pun mudah je. Selamat mencuba.

Kredit: Nurhayati Maleq

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN