Pisang Goreng Salut Gula Resipi Ibunda. Hidang Dengan Teh O Memang Sedap

Share

Pisang Goreng Salut Gula adalah sajian tradisi yang diwarisi dari orang-orang lama. Menu mereka kebanyakannya sangat ringkas sahaja namun sangat enak dan membuka selera. Saudari Cahaya Aynee ada kongsikan resipi Pisang Goreng yang diwarisi dari ibunya. Mudah sahaja cara membuatnya. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau boleh juga dinikmati pada bila-bila masa

.

 

CARA MASAK PISANG GORENG SALUT GULA RESIPI IBUNDA

BAHAN-BAHAN:
Pisang – empunya resipi guna pisang kelat
Air garam
Minyak untuk menggoreng
Gula

CARA MEMASAK:

1.Pisang dibelah dua. Rendamkan seketika dalam air garam. Tujuannya adalah untuk menambahkan rasa lemak pada pisang goreng. Rendam sekejap sahaja anggaran 3-5 minit. Toskan.


2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan hirisan pisang tadi.


3. Masak dan biarkan hingga pisang menjadi garing.


4. Apabila pisang sudah bertukar warna, angkat, toskan minyaknya dan bolehlah dihidangkan di dalam pinggan.


5. Taburkan gula dengan secukupnya.


6. Pisang Goreng sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini enak dimakan panas-panas.

Kredit resipi & foto: Cahaya Aynee

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN