Selalu kita hanya beli tauhu cukup-cukup untuk sekali masak sahaja. Kita tak nak beli banyak sebab bimbang tauhu rosak sekali gus merugikan kita. Nah, RASA kongsikan tip cara simpan tauhu supaya tauhu lebih tahan lama.
PERIKSA TAHU SEBELUM BELI
1. Ketika membeli tauhu pastikan bahagian luar tauhu tidak berlendir.
2. Cium bau tauhu. Jika bau kurang menyenangkan, jangan beli.
Ads
CARA MENYIMPAN
1. Setelah beli dan sampai di rumah, terus bersihkan tauhu di bawah air mengalir, kemudian toskan.
2. Simpan tauhu dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais.
3. Tip tauhu tahan lebih lama. Isikan air dalam bekas simpanan tauhu. Pastikan semua bahagian tauhu terendam sepenuhnya.
4. Tukar air setiap hari.
5. Jangan potong tauhu. Potong hanya apabila hendak digunakan sahaja.
Ads
Ads
Mudahkan? Dengan cara ini korang boleh simpan tauhu lebih lama. Sekurang-kurangnya tiga hari boleh tahan dalam peti ais.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Keju mozzarella, pasti terbayangkan lelehananya pada pizza, roti, murtabak kentang atau pisang goreng. Kalau boleh semua makanan nak masukkan keju. Semuanya memang sedap, tapi bila memikirkan harga yang mahal terpaksa berpada-pada membelinya untuk kegunaan dalam dalam atau topping masakan. Jangan bimbang sebab RASA nak kongsikan empat cara paling senang macam mana buat keju mozzarella homemade yang sama seperti anda beli di kedai.
Caranya sangat mudah kerana hanya guna tiga bahan saja ye…
Langkah 1:
Langkah 2:
Campurkan susu dengan tepung ubi kacau rata di dalam periuk. Kemudian rata dan panaskan di atas api sekecil mungkin sambil kacau menggunakan wish untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.
Langkah 3:
Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan supaya tidak bergentel. Setelah habis masukkan keju terus saja kacau hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit).
Langkah 4:
Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian tuang adunankeju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras keluarkan dan potong ikut saiz yang ada suka dan boleh terus digunakan terus dalam masakan seperti lasagna atau pizza.
Senangkan, selain mudah disedia, ia juga menjimatkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketuhar gelombang mikro atau microwave memang banyak gunanya dalam memudahkan kerja memasak. Boleh panaskan lauk dan bermacam-macam lagi. Bila dah guna, pasti ada kotoran yang tertinggal bukan? Jangan bimbang, petua ini membantu anda membersihkan microwave dengan mudah sekali. Hasilnya pasti menakjubkan anda.
CARA MEMBERSIHKAN MICROWAVE
1. Isikan 1/2 cawan air ke dalam mangkuk atau bekas tahan panas.
2. Potong buah lemon dan perah jusnya ke dalam bekas tadi. Masukkan sekali kulit lemon ke dalam bekas tersebut.
3. Masukkan bekas ke dalam microwave . Hidupkan suis dan panaskan dengan suhu yang tinggi sehingga air mendidih. Biarkan selama 3 minit.
4. Jangan buka penutup microwave. Biarkan selama 5 minit.
5. Buka penutup dan bersihkan microwave anda. Setelah dicuci, lap hingga kering dan barulah boleh digunakan semula.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
“Macam-macam jenis resipi roti yang sudah saya cuba. Malangnya, setiap kali membuatnya ada saja masalah yang berlaku. Ada kalanya roti terlalu keras atau tidak masak sepenuhnya. Pernah juga roti menjadi keras dan berlubang pada bahagian tengah doh. Apa punca sebenar yang menyebabkan masalah ini?”.
Kali ini, RASA ingin berkongsi 15 faktor yang menyebabkan roti yang dibuat tidak ‘menjadi’. Selamat membaca!
1. DOH TAK KEMBANG: Apabila anda menggunakan yis yang sudah ‘mati’, ia boleh membantutkan proses pengembangan doh. Jika anda menggunakan air yang terlalu sejuk juga akan menyebabkan yis menjadi tidak aktif. Air panas pula akan mematikan yis.
2. ROTI ‘PUCAT’: Suhu ketika membakar roti perlu tepat. Jika terlalu rendah atau doh yang diletakkan dalam acuan terlalu rapat akan membuatkan pengagihan haba yang tidak rata.
3. ROTI MEREKAH: Suhu ketuhar yang terlalu tinggi dan proses pengembangan yang tidak cukup lama. Ia akan menyebabkan doh merekah kerana bentuknya yang tidak sempurna.
4. ROTI ‘KECUT’: Masalah ini sering berlalu jika doh terlalu kembang atau terlalu nipis.
5. ROTI MENJADI BENYEK: Penggunaan tepung yang berlebihan atau tempat pengembangan doh terlalu panas. Selain itu, pembentukan doh yang tidak sempurna atau suhu ketuhar yang terlalu sejuk.
6. BAHAGIAN ATAS ROTI MEREKAH: Doh terlalu keras kerana kekurangan air ketika proses mengadun/menguli. Roti dikeluarkan dari ketuhar sebaik sahaja masak dan diletakkan di tempat sejuk. Peralihan suhu akan menghasilkan wap.
7. BAHAGIAN BAWAH ROTI TIDAK MASAK: Roti yang dikeluarkan dari acuan pembakar tidak disejukkan di atas redai dengan baik.
8. KERAK ROTI TEBAL: Suhu ketuhar yang tinggi atau penggunaan dusting flour yang terlalu banyak.
9. ROTI ‘BERAT’ & PADAT: Penggunaan tepung yang berlebihan atau doh tidak melalui pengembangan yang sempurna. Selain itu, penggunaan sesetengah jenis tepung gandum penuh atau rai mempunyai tekstur yang padat boleh menjadikan roti ‘berat’.
10. ROTI LEMBAP & KASAR: Doh melalui proses pengembangan yang tidak sempurna.
11. ROTI NAMPAK ‘BERTALI’ GELAP: Proses menguli tidak sempurna atau acuan pembakar digris secara berlebihan. Doh yang dikembangkan terlalu kering juga boleh menjadi punca masalah ini.
12. ROTI KERING & KASAR: Tepung terlalu banyak dalam doh dan tidak diuli secukupnya. Suhu terlalu panas ketika roti dibakar juga akan menyebabkan roti menjadi kering dan mempunyai tekstur yang kasar.
13. ROTI ADA ‘LUBANG’: Ketika doh dibentuk, udara di dalamnya tidak dibuang atau doh dikembangkan terlalu lama.
14. ROTI BERBAU & ADA RASA YIS: Doh roti melalui proses pengembangan yang terlalu lama serta dikembangkan di tempat yang terlalu panas.
15. ROTI MASAM: Doh dibiarkan untuk kembang terlalu lama sebelum dibakar dan diletakkan di tempat panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.