Petua simpan lengkuas ni memang menjadi. Lengkuas kalau simpan dalam peti sejuk beku, memang kalau nak potong jadi keras macam batu. Kalau simpan dalam simpanan sayur di bahagian bawah, jadi kering & kecut pulak. Ha…Cuba cara min share ni. Tahan lama & kondisi tip top. Barulah mudah nak masak. Caranya mudah sahaja. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
PETUA MUDAH SIMPAN LENGKUAS AGAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Lengkuas
Balang kaca
Air
CARA-CARA:
1. Bersihkan lengkuas dari kesan pasir dan kotoran. Jika saiz besar, potong menjadi saiz yang muat untuk diletak dalam balang kaca.
2. Masukkan lengkuas tadi ke dalam balang dan isikan air seperti dalam gambar. Sebaiknya guna balang kaca ( boleh guna balang sos spageti)
3. Tutup balang dengan penutup dan simpan balang tadi dalam peti sejuk dan keluarkan bila nak guna. Pastikan air dalam balang juga sentiasa ditukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
4. Hasilnya lengkuas yang disimpan akan kekal segar dan tidak kecut walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya.
Kuah kacang memang sedap dimakan dengan nasi impit, cucur udang, ketupat dan sate. Namun ramai yang mengakui kuah kacang yang dimasak cepat basi. Jadi macam mana nak masak kuah kacang yang tahan lama?
Maklumlah, kuah kacang menggunakan santan. Masakan bersantan selalunya memang cepat basi. Namun kalau betul cara masaknya, boleh tahan lama dan lambat basi.
Ada pelbagai petua yang boleh anda cuba. Ini petua yang dikongsikan oleh Puan Rabiatun Adawyah.
Tips masak kuah kacang yang tahan lama
1) Kacang yang disangai perlu kena betul-betul masak.
2) Apabila tumis cili, pastikan cili ditumis betul-betul masak juga. Memang ambil masa. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3) Apabila dah masukkan santan, kena pastikan santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4) Selepas masukkan kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya kacang tadi tidak cepat hangus di bawahnya.
5) Dari segi rasa pula, kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya-Allah kuah kacang korang akan lebih sedap apabila dipanaskan.
Kredit gambar & petua: Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din
Musim perayaan bakal bermula. Pasti ramai yang dah mula buat projek biskut raya kan? Tahukah anda, acuan biskut yang baru dibeli dan digunakan terus akan menyebabkan doh melekat dan susah dikeluarkan dari acuan. Lebih-lebih lagi biskut yang kita buat tu kena bakar sekali dengan acuan di dalam ketuhar.
Contohnya seperti acuan Biskut Kapal, Tat, Biskut Lidah Kucing dan sebagainya. Untuk atasi masalah doh melekat pada acuan biskut baru, berikut adalah cara-cara yang anda boleh lakukan:
CARA ELAK BISKUT MELEKAT PADA ACUAN
1. Basuh bersih acuan yang baru dibeli dan lap hingga kering.
2. Semasa hendak digunakan, oles nipis sedikit marjerin pada acuan tersebut.
3. Kemudian susun di dalam dulang pembakar dan masukkan seketika ke dalam ketuhar. Panaskan pada suhu 120C selama 15 minit.
4. Keluarkan acuan dan sejukkan. Selepas itu bolehlah digunakan. Hasilnya biskut akan mudah dikeluarkan dari acuan dan tidak hancur.
Ketuk beberapa batang serai dan masukkan ke dalam bekas berisi kerang. Isikan air sama paras dengan kerang dan gaul berkali-kali bersama dengan serai tadi. Biarkan selama 20 minit. Toskan air dan bersihkan.
2. Hampas kelapa
Hampas jkelapa jangan dibuang begitu sahaja. Ia boleh digunakan untuk membersihkan kerang. Caranya ialah gaul kerang dengan hampas kelapa. Biarkan selama 1 jam. Lebih banyak hampas digunakan, lebih mudah kulit kerang dibersihkan.
3. Daun ubi
Mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun ubi dan carik-carikkan. Kemudian ramas di dalam bekas berisi kerang.
4. Daun betik
Sama juga seperti menggunakan daun ubi. Ramas daun betik dan rendam seketika. Hasilnya kerang akan menjadi bersih.
5. Garam
Masukkan garam kasar ke dalam besin berisi kerang. Tambahkan air dan rendam selama 30 minit dan bilas bersih. Hasilnya isi kerang tidak berlumpur dan bersih. Sebaiknya guna karam kasar.
6. Pelepah pisang
Cara ini berkesan untuk membersihkan kulit kerang yang kotor. Ambil pelepah pisang dan buang daunnya. Hanya ambik batang pelepah sahaja. Jika panjang, potong 2 bahagian. Masukkan kerang ke dalam besin dan sental kerang. Ulang langkah yang sama sehingga kulit kerang kelihatan bersih.
7. Asam keping
Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam rendaman kerang. Biarkan selama 1 jam dan bilas hingga bersih.
Nak hasil masakan garing di luar, lembut di dalam tanpa minyak banyak? Jom tengok Carta Cheat Sheet Air Fryer lengkap — panduan suhu & masa untuk semua jenis makanan, cepat dan sedap setiap kali!