Untitled-design-17

NAk belajar cara simpan daging korban yang betul? Maklumlah di musim korban ini tentunya banyak stok daging di rumah. Agak mustahil untuk menikmatinya dalam jumlah yang banyak. Oleh itu cara penyimpanan serta pengurusan yang betul amat penting bagi memastikan daging korban dapat disimpan dalam masa yang lama, kekal enak serta kualitinya terjaga. Menerusi posting FB dari saudara MB Johari Haji Ismail yang dikreditkan kepada Chef Mawi, beliau berkongsi kaedah penyimpanan daging yang betul. Puan-puan boleh cuba.

 

KAEDAH SIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL

AGAR KUALITI DAGING TERJAGA.

 

1. ELAK CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN.

Petua Simpan Daging Korban Agar Kekal Segar Walau Disimpan Lama

Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, dikhuatiri kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging seterusnya merosakan kualiti. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.

IKLAN

 

2. SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG KECIL KE DALAM FREZER.

Petua Simpan Daging Korban Agar Kekal Segar Walau Disimpan Lama
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan (2-4 kg) di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg. Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja. Biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

 

3. ELAK TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.

IKLAN

Petua Simpan Daging Korban Agar Kekal Segar Walau Disimpan Lama
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

 

4. ELAK CAIRKAN DAGING BEKU MENGUNAKAN AIR PANAS.

Petua Simpan Daging Korban Agar Kekal Segar Walau Disimpan Lama kredit foto: simplyklassichome.com

IKLAN

Jika hendak memasak daging beku, jangan cairkan ais dalam daging atau daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip bersuhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging lembut dan ais cair, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

 

TIP TAMBAHAN:

Petua Simpan Daging Korban Agar Kekal Segar Walau Disimpan Lama kredit foto: Jillonthehill.com[/caption]

Jangan guna plastik warna hitam kerana ia adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Sebaiknya gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal. Baarakallah. Semoga memberi manfaat.

Kredit kepada Chef Mawi
Art Of Butchery Inovasi Evolusi
BUTCHERY TRADING & CONSULTANCY
Butchery Gear and Proper Equipments

Kredit link asal artikel: MB Johari Haji Ismail

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI