Ketumbar, rempah ratus bulat halus dan kasar permukaan ini pasti ada dalam simpan  kebanyakan dapur, kerana ia antara rempah ratus wajib ada dalam kebanyakan masakan orang Asia terutamanya Malaysia mahupun Indonesia. Disebabkan ia antara rempah ratus wajib, maka perlulah disimpan dengan cara yang betul agar tahan lebih lama. Nak tahu macam mana cara, baca tip disenaraikan di bawah ini.

Ini Cara Simpan Ketumbar Supaya Tahan Lebih Lama.

Pilih Ketumbar Segar

Ads

Sebaiknya beli ketumbar yang belum dipaket atau ditimbang kerana anda lebih mudah memeriksa, ia segar atau tidak. Ketumbar yang baik dan segar berwarna kuning bersih dan tidak berbau ‘hapak’. Ketumbar yang sudah berwarna hitam dan banyak yang pecah-pecah sebaiknya jangan beli, jika dalam ketumbar dalam simpan ada juga sedemikian, lebih baik buang kerana ia akan mempengaruhi cita rasa makanan yang dimasak.

Ini Cara Simpan Ketumbar Supaya Tahan Lebih Lama.

Disangai  Menggunakan Api Kecil

Selepas memilih ketumbar yang elok, langkah seterusnya adalah gorang sangai (goreng tanpa minyak) rempah ratus bulat halus ini. Panaskan kuali dan masukkan ketumbar dan sentiasa kacau di atas api kecil. Tujuannya untuk mematikan kutu dan kulat yang boleh menjadikan ketumbar tahan lebih lama aromanya lebih kuat. Secara tidak langsung makanan menjadi lebih sedap.

Ini Cara Simpan Ketumbar Supaya Tahan Lebih Lama.

Ads

Simpan Dalam Botol Kecil Kedap Udara

Apabila ketumbar yang telah digoreng tadi sejuk, masukkannya dalam botol kecil yang kedap udara, tujuan untuk mengelakkan ia dimasuki angin atau bahan asing yang boleh merosakkannya. Seterus simpannya ditempat kering tetapi elakkan dari pancaran sinaran matahari.

Ads

Ok, dah dapatkan tipnyakan! Manfaatnya, selain boleh tahan lama, aroma ketumbar juga akan menjadikan makanan yang anda masak menjadi lebih sedap.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI