1. Cuci beras dan toskan sehingga kering.
  2. Isi beras 1/3 atau separuh daripada bahagian yang nak diikat. (boleh juga menggunakan stapler)
  3. Cucuk lubang pada plastik aiskrim menggunakan garfu.
  4. Masukkan bekas plastik aiskrim yang diisi beras ke dalam periuk besar dan masukkan daun pandan sekali.
  5. Rebus sehingga masak. Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.

 

Petua Masak Nasi Impit Lebih Lembut

Nasi impit boleh tahan lama, betul ke? Bukankah nasi Impit memang sudah disukat dengan standard agar apabila masak ia sekata lembut dan lembiknya. Tetapi sesekali ada juga nasi Impit yang keras terutamanya apabila telah sejuk. Nasi Impit sudah tidak lembut lagi. Silap haribulan, masuk tong sampah nasi Impit tersebut. Memasak nasi Impit segera tidak sesukar mana. Tetapi kadangkala nasi Impit yang kita masak seperti keras, tidak lembut terutamanya ketika sejuk.

Masak nasi impit segera dengan menggunakan bekas periuk yang lebar. Jumlah air mestilah lebih banyak hingga bungkusan ketupat/nasi impit segera itu tenggelam. Masukkan sedikit garam. Gunakan api sederhana. Masak anggaran 1 1/2 jam. Pastikan bungkusan nasi impit telah kembang. Biarkan tos betul-betul. Lepas 2 jam boleh masukkan dalam peti ais untuk hasil yang lebih licin.

Nak tahu petua supaya nasi Impit segera anda tahan lama, lebih kurang 5 hari? Ada caranya.  Semasa merebus nasi impit tersebut masukan sekeping atau dua asam gelugur ke dalamnya. Harus diingat, jangan rebus nasi impit terlalu lama. Bila nasi impit telah kembang, angkat dan toskan.

 

Sumber: fb hajar maliki/ kakazz.blogspot.my/ aynorablogs