Ikan cencaru memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan kulit ikan cencaru yang keras ini ada tekniknya. Perkongsian Mazlina Haji Ismail boleh dijadikan panduan
Cara ini saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Masakan Melayu kaya dengan penggunaan bahan-bahan segar sebagai penambah rasa serta menyedapkan lagi hidangan. Malah sesetengah darinya adalah bahan penting dalam penghasilan kuih muih. Memang tak lengkap jika tidak menggunakannya.
Antara daun-daunan herba yang wajib ada ialah daun pandan, daun kesum, daun limau purut, daun selasih, daun salam, daun kari dan sebagainya. Sebab itulah orang tua dulu-dulu banyak tanam pokok-pokok ini di kawasan rumah.
Namun bagi golongan muda yang tinggal di bandar, agak susah nak bercucuk tanam lebih-lebih lagi jika kawasan yang ada tidak bersesuaian. Pilihan yang ada hanyalah dengan membeli herba-herba ini. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.
Bagi memastikan daun-daun herba ni kekal segar dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua yang anda boleh amalkan adalah:
Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aktiviti dapur yang padat memungkinkan banyak zon di ruang tersebut yang harus dibersihkan selalu. Penggunaan bahan mencuci menjadi satu kemestian bagi memastikan lantai, zon mencuci dan penyediaan sentiasa bersih dan tiada pembiakan bakteria.
Namun, penggunaan bahan kimia secara berterusan ini tidak sesuai buat anda yang alah dan mengalami masalah kulit sensitif. Tahukah anda terdapat beberapa bahan semula jadi yang boleh dijadikan bahan mencuci ini? Penggunaan bahan semulajadi ini boleh membantu anda membersihkan ruang dapur.
Jus lemon
Buah lemon merupakan buah yang sangat versatil fungsinya. Bukan sahaja dijadikan hidangan air minuman atau bahan masakan yang lazat, ia juga menjadi agen mencuci yang sangat berkesan.Caranya, perahan satu sudu makan jus lemondicampur dengan baldi berisi air, ia boleh dijadikan bahan pencuci untuk permukaan kaunter top kabinet. Satu cara yang mudah dan selamat. Aroma yang hadir daripada pati perahan lemon pula menjadikan dapur berbau segar dan harum.
Garam
Lebihan penggunaan garam dalam makanan pasti memberi kesan dan masalah kepada kesihatan. Tidak mengapa kerana garam banyak kegunaan lain sebagai agen pencuci semula jadi. Caranya, taburkan garam halus dan tepung jagung di permukaan lantai yang kotor dan licin. Adunan ini akan menyerap minyak dan selepas seketika bersihkan permukaan lantai dengan air bersih. Lap dengan kainlembut.
Cuka
Bahan wajib di dapur ketika memasak. Cuka juga berkesan bagi membersihkan kotoran berupa minyak di permukaan dapur. Ia boleh digunakan sebagai agen pencuci di bahagian celah-celah dapur memasak dan sebagainya. Masukkan sahaja cuka ke dalam botol penyembur kemudian sembur di tempat yang berminyak dan gosok bersih.
Anda juga boleh menggabungkan cuka bersama air suam dalam kuantiti yang sama banyak dan digunakan untuk membersihkan permukaan kaca. Ini termasuklah tingkap dan pintu kabinet dari kemasan kaca. Keringkan permukaan berkaca dengan menggunakan kain lembut. Hasilnya bukan sahaja berkilau namun segala kotoran dapat dihapuskan dengan berkesan.
Soda bikarbonat
Soda bikarbonat diketahui dengan fungsi yang pelbagai dan versatil. Ia boleh digunakan sebagai bahan untukmembersihkan permukaan kaca. Taburkan soda bikarbonat dan lap menggunakan air dan kain lembut. Di samping itu, ia boleh dijadikan bahan untuk menyerap bau kurang menyenangkan di dapur dan peti sejuk. Simpan soda bikarbonat dalam bekas terbuka. Letakkan di sudut dapur dan dalam peti sejuk. Ia akan menjadi udara di situ lebih segar tanpa bau kurang menyenangkan.
Mudahkan hanya menggunakan bahan semulajadi. Selamat mencuba.
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klikDISINI.