Bila sakit lutut je mesti susah nak aktif macam biasa. Nak bersolat rasa sakit setiap kali nak bangun dan rukuk. Sakit ini disebabkan sendi yang lusuh dan haus. Jom cuba petua semulajadi perkongsian saudari Azliza Talib untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia. Halia ialah bahan semulajadi yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Bolehlah cuba. Mana tahu serasi dengan anda.
PETUA MUDAH HILANGKAN SAKIT LUTUT GUNA HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ketul halia
1 cawan air
Sedikit perahan jus lemon
Sedikit madu
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan 1 ketul halia dan masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air.
2. Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk. Didihkan selama 10 minit.
Ads
3. Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi. Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
4. Kemudian masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon. Kacau hingga sebati.
5. Sedia untuk dinikmati. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang. Selamat mencuba. Moga bermanfaat buat semua.
Memang best sesangat minum air tembikai, kan? Rasanya sedap. Jus tembikai yang sejuk memang sangat menyegarkan. Kalau nak buat, disarankan kurang manis supaya manisnya jadi manis-manis buah sahaja. Nah, RASA berikan dua jenis minuman berasaskan tembikai yang sedap.
JUS TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN
4 sudu kecil gula
2 cawan air
5 potong tembikai
CARA MEMBUAT
1. Campur gula dengan air. Masak air gula.
2. Kisar tembikai untuk mendapatkan jus.
3. Campurkan jus tembikai dan air gula.
4. Masukkan ais.
SMOOTHIES TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN
500 gram tembikai
200 ml susu segar
100 ml plain yogurt
3 sudu besar gula
Sedikit hirisan tembikai utk hiasan
CARA MEMBUAT
1. Tembikai dibuang biji dan dipotong dadu.
2. Sejuk bekukan tembikai selama 5 jam.
3. Kemudian kisar tembikai bersama susu segar, plain yogurt dan gula.
4. Masukkan dalam gelas dan hias dengan hirisan tembikai jika suka. Boleh diminum begitu saja.
1 Oktober merupakan Hari Kopi Antarabangsa. Buat pencinta kopi,ayuh raikan hari anda dengan hirupan kopi terpilih dan mengasyikkan. Jika anda seorang coffee lover wajib datang ke Pavillion Bukit Jalil yang menghidangkan kopi premium. Terdapat pelbagai kafe yang boleh anda kunjungi jika ke sini.Setiap hirupan memberi pengalaman dan citarasa yang berbeza buat setiap individu. Minum secawan kopi yang enak adalah cara untuk memuaskan hati bagi memulakan hari anda.
RASA cadangkan lima spot kafe yang menyediakan kopi premium untuk anda cuba.Ayuh coffee lover.
#CO2 Coffee Bar ialah bar kopi pertama di Malaysia
Ceriakan hari anda dengan CO2 Coffee Bar yang menyajikan koktel kopi bernuansa atau cofftails sebagaimana mereka memanggilnya dengan campuran kafein, buah-buahan, rempah berasap dan herba. Anda disyorkan untuk mencuba Young-Man-Go, gabungan kopi bancuhan sejuk dengan susu pekat dan jus lemon, dihiasi dengan rosemary dan mangga segar. Ia sangat menyegarkan yang akan membuatkan anda kembali energetic.
Lokasi: CO2 Coffee Bar, Tingkat 3 (Zon Merah Jambu), Pavilion Bukit Jalil
#Artelier Coffee
Kaedah dan tempoh pemanggangan memberikan biji kopi rasa dan warna yang tersendiri. Biji kopi yang lebih gelap dianggap lebih berani dan biji yang lebih ringan mempunyai rasa yang lebih pedas.
Artelier Coffee wajib cuba bagi penggemar kopi.Pakar barista dan perunding kopi Jepun Masahiro Aoki mengetuai jenama itu dan memanfaatkan kemahiran bertaraf dunianya untuk mencipta minuman buatan pakar yang akan membuatkan anda asyik dengan aroma kopi di sini.
Artelier Coffee hadir dengan kopi istimewa ‘Dirty’ yang berbeza setiap bulan seperti Dirty (Latte), Dirty Houjicha, Dirty Matcha dan banyak lagi. Pastikan anda mencuba Dirty Mocha mereka, tersedia secara eksklusif pada bulan Oktober.
Lokasi: Artelier Coffee, Aras 3 (Zon Jingga) & Aras 5 (Zon Jingga), Pavilion Bukit Jalil
#Bukit Jalil Tsunaya Books
Nikmati secawan kopi selepas membeli-belah pasti menyeronokkan. Terokai sudut dan celah Bukit Jalil Tsutaya Books dan nikmati buku pilihan anda di kafe dalam premis mereka. Lihat pilihan kopi mereka yang baru dibancuh yang boleh digandingkan dengan Autumn Special Mont Blanc Dorayaki mereka, penkek Jepun yang dipenuhi dengan krim berangan manis.
Lokasi: Bukit Jalil Tsutaya Books, Aras 2 (Zon Jingga) Pavilion Bukit Jalil
#HWC Coffee
Semasa mengimbas untuk mendapatkan secawan kopi yang sempurna anda mungkin perasan grafik ‘Ulasan Kopi’ dengan skor angka.
HWC Coffee baru-baru ini telah melancarkan biji kopi istimewa bermusim baharu, NEROLI, yang memperoleh 93 mata di bawah Ulasan Kopi. Ini menjadikannya biji kopi penarafan tertinggi yang dibawa oleh HWC Coffee. Jika anda seorang peminat nota madu dan bunga, dengan nota buah tart dan warna kayu aromatik yang kaya, kopi ini adalah untuk anda.
Lokasi: Kopi HWC, Tingkat 2 (Zon Merah Jambu) Pavilion Bukit Jalil
# illy Caffè
Dipimpin oleh generasi ketiga dalam perniagaan keluarga ini, illy Caffè diasaskan dari Itali dan terkenal di seluruh dunia dan diiktiraf dengan kualiti tinggi dan rasa baldu kopinya. Gabungan yang diperbuat daripada sembilan jenis Arabica tulen yang menggembirakan berjuta-juta orang setiap hari di rumah, di pejabat, di hotel, restoran dan kedai kopi.
Lokasi: illy Caffè, Tingkat 3 (Zon Jingga), Pavilion Bukit Jalil
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Teh baik dihidang panas lagi pula yang sejuk berais memang menyegarkan dalam setiap hirupan. Tidak seperti kopi, kandungan tanin dan zat anti oksidannya lebih mudah dinikmati oleh semua orang.
Tapi Min bukan nak cerita pasal khasiat teh ya, tapi pelbagai cara hidangan teh yang mampu memukau deria rasa anda.
1.TEH THAI
Foto : eatingthaifood.com
BAHAN-BAHAN:
Satu uncang teh thai/ teh hitam
Air panas
Susu isian penuh (evaporated milk)
Ais | (ketulan ais kecil)
Gula pasir
Bunga lawang
Kayu manis
CARA BANCUHAN : 1. Masukkan satu uncang teh hitam dan gula pasir ikut citarasa kesukaan anda dalam satu gelas. 2. Kemudian tuangkan air panas 3/4 gelas. Biarkan ia terendam selama 30 minit. 3. Semakin pekat tehnya, rasanya akan lebih ‘padu’ lagi. 4. Tambahkan susu sampai gelas penuh. Kacau dan goncang lalu tambahkan bunga lawang dan kayu manis untuk rasa rempahnya 5. Supaya minuman lebih menyegarkan boleh tambahkan ketulan ais. 6. Minuman teh Thai sedia dinikmati
2. SMOOTH SWEET TEA (TEH CAMPUR BAKING SODA)
Foto : medium.com
*Jika anda mahukan teh terasa ringan tanpa ada campuran rasa pahit campurkan secubit baking soda di dalam bancuhan teh.
BAHAN-BAHAN :
1 uncang teh
Secubit baking soda
Air panas
Gula pasir
Ketulan ais
CARA BANCUHAN : 1. Masukkan secubit baking soda dalam gelas. 2. Masukkan satu uncang teh dan tuangkan air panas. 3. Masukkan gula secukupnya (ikut citarasa, dan kacau) 4. Masukkan beberapa ketulan ais, atau dinginkan dalam peti sejuk.
3.TEH LAICI
Foto : dapple.com.my
BAHAN-BAHAN :
Beberapa biji laici ( boleh juga laici dalam tin)
1 uncang teh
Gula pasir
Ketulan ais
CARA BANCUHAN : 1 . Kupas atau keluarkan buah laici dari dalam tin, lalu masukkan ke dalam satu gelas. 2. Masukkan satu uncang teh, lalu tuangkan air panas. Biarkan rendam selama 5 minit dan buang uncang teh. 3. Masukkan ketulan ais. 4. Sedia untuk diminum.
4. TEH HIJAU LATTE
Foto : gryphonetea.com
BAHAN-BAHAN :
1 sudu teh serbuk matcha atau 1 uncang teh hijau
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu isian penuh (evaporated)
Gula pasir
CARA BANCUHAN : 1. Jika anda menggunakan serbuk matcha, masukkan 1 1/2 sudu teh ke dalam cawan, lalu campurkan 1 sudu makan air panas. 2. Tetapi jika menggunakan uncang teh, anda boleh menuangkan air panas setengah cawan ke dalamnya, dan biarkan selama 5 minit. 3. Sementara itu, panaskan susu isian penuh kira-kira setengah cawan. Tambahkan gula tetapi jangan sampai mendidih. 4. Kacau susu sampai berbuih dengan mengacaunya dengan garpu seperti membuat telur dadar. 5. Setelah itu campurkan susu ke dalam cawan teh tadi.