Anda nak beli batang seleri satu atau dua pelepah je, masalahnya di kebanyakan pasar dan pasaraya menjualnya satu pokok dalam satu bungkusan. Tapi terpaksalah beli juga kerana nak guna, yang lebih tu tak tau bila nak guna lagi.
Sudahnya lebihan batang seleri terbiar begitu sahaja. Ehh jangan buang atau biarkan begitu saja, ada baiknya anda simpan batang seleri. Jika ia disimpan dengan cara yang betul, batang seleri boleh tahan hingga dua minggu. Tak percaya ikut tip ini.
Beli batang seleri yang segar.
Batang seleri yang segar akan tahan lebih lama bila disimpan. Batang seleri yang segar berwarna hijau dan mudah dipatahkan sifatnya rangup. Jika liat dan batang berwarna hijau pudar itu tanda tidak segar lagi.
Ads
Balut pangkal batang seleri dengan aluminium foil
Kesegaran pangkal batang seleri sangat mempengaruhi kesegaran pucuk. Oleh itu, potong sedikit pangkalnya kemudian balut dengan aluminium foil dengan kemas. Cara ini mengelak pangkal batang seleri menjadi kering bila kering batang akan cepat layu dan tidak tahan lama.
Simpan dalam peti sejuk
Seperti sayur lain, simpan batang seleri dalam peti sejuk adalah cara paling selamat untuk memastikan ia tahan lebih lama. Masukkan dalam plastik dan buat lubang pada plastik untuk ruang udara supaya tahan lama. Tetapi ingat! Jangan cuci batang seleri jika ingin disimpan ye, kerana ia akan menjadikannya lebih cepat layu.
Letakkan dalam bekas berair.
Sama seperti pokok lain, batang seleri akan tahan lebih lama bila diletakkan dalam bekas berisi air dan tutup bahagian dengan plastik. Dengan cara ini batang seleri anda akan kekal segar, rangup dan tahan lebih lama.
Ads
Simpan dalam freezer.
Selain menyimpannya dalam peti sejuk, simpan dalam freezer menjadikan ia tahan lebih lama, kerana dalam keadaan beku aroma seleri akan tersimpan dengan baik, warna daunnya juga tidak akan berubah.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kalau korang penggemar telur separuh masak atau kuningnya lembut, ini tip yang sangat mudah boleh korang cuba. Mudah sangat, sesuai untuk korang yang belajar nak merebus telur. Caranya, korang hanya perlu sediakan periuk pengukus, Masukkan air di dalamnya dengan ketinggian air 3cm periuk.
telur separauh masah.
Letakkan pengukus dan tutup. Bila air mendidih, masukkan telur dan tutup semula periuk pengukus. Kemudian masak selama enam minit untuk telur setengah masak dan 11 minit jika ingin telur masak sempurna.
telur.
Angkat telur dan rendam dalam air sejuk, kemudian kupas telur dan ia sedia dimakan. Senangkan cara memasaknya? Penggemar telur separuh masak boleh cuba ni.
Ulam pegaga antara yang disukai ramai, selain sedap ia juga banyak khasiat untuk kesihatan termasuklah awet muda.
Disebabkan itu berbaloi sangat jika tanam pegaga ini di rumah. Boleh tanam dalam pasu atau dalam botol minyak macam yang dilakukan oleh Nalini Zee. Ulam ini ditanam di tepi rumah saja tapi punyalah subur.
Kalau nak dapat hasil pegaga yang begini boleh ikut tip yang dikongsi beliau.
Pokok pegaga ini ditanam dalam botol minyak masak saja, gunting bahagian atas supaya terbuka. Bahagian bawah ditebuk untuk pengaliran air.
2. Pokok pegaga ini ditanam daripada akar. Kalau beli pegaga di pasar, ada lebih boleh cucuk pada tanah. Tanah yang digunakan tak perlu banyak.
3. Tanah yang digunakan ini adalah tanah sawit. Paling elok hasil pegaga.
4. Tak perlu baja & racun. Boleh gunakan lebihan cecair daripada kulit telur yang dicampur air untuk siram. Boleh juga siram dengan air basuhan beras.
5. Pokok pegaga ini seeloknya letak di bawah pokok atau kawasan terlindung supaya daun hijau cantik.
6. Bila dan besar, boleh petik daunnya saja akar tinggalkan.