Siapa yang tak sukakan donat gebu dan lembut kan? Paling penting, biarpun sudah lama dibuat ia tetap lembut. Kebanyakan donat memang sedap, tapi bila dah sejuk rasanya dah jadi ‘kureng’. Lepas tu liat pula.
Macam mana nak buat donat agar sentiasa gebu walaupun dah lama? Kalau dimakan waktu panas pun sedap, waktu sejuk pun masih best. Resipi RASA ni paling mudah dan tidak mengelirukan. Tak perlu banyak ramuan. Cukup-cukup saja untuk menghasilkan sehingga 20-25 ketul donat gebu-gebu manja!
RESIPI DONAT GEBU
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar menetga
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
1 paket yis
1 biji telur
CARA MEMBUAT:
Cairkan mentega dan ketepikan. Kemudian larutkan gula dan susu di dalam air suam. Masukkan yis dan sebatikan. Biar selama 10 minit.
Pukul telur dan campurkan bersama mentega cair. Yis akan berbuih-buih pada waktu ini, Campurkan bersama mentega.
Kemudian masukkan kesemuanya ke dalam tepung gandum dan gaul menggunakan senduk kayu. Rehatkan adunan selama 45 minit.
Ambil adunan dan bentuk bulat menggunakan acuan. Biarkan seketika doh yang dah diterap tadi sekali lagi anggaran dalam 5 minit.
Kemudian goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Balik-balikkan sehingga warna donut bertukar keemasan. Bolehlah diangkat.
Salut donut bersama gula atau apa sahaja topping kegemaran anda.
Ads
TIP BUAT DONUT GEBU
*Pastikan acuan anda diletakkan sedikit tepung bagi mengelakkan adunan melekat padanya.
Ads
* Pastikan yis betul-betul berbuih sebelum dicampur ke dalam adunan.
*Guna air suam untuk bancuh yis. jangan guna air panas kerana ia akan menyebabkan yis mati.
*Setelah doh siap diadun, rehatkan secukupnya bagi memastikan doh kembang.
*Tip mudah untuk menyalut donat dengan gula adalah dengan meletakkannya ke dalam zip lock bag. Kemudian digoncang agar gula rata pada donat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Miskin bukan bermakna tiada peluang menyambung pelajaran. Malaysian Food (Authentic) College (MFA) memberi peluang kepada golongan asnaf iaitu pelajar-pelajar daripada keluarga tidak berkemampuan dan miskin. Jadi adik-adik usah bimbangkan tentang kos pengajian.
MFA Education Sdn Bhd dahulunya dikenali sebagai Bakeri Ria Academy Sdn.Bhd ditubuhkan pada Februari 2007. Nak tahu siapa pemilik berjiwa murni di sebalik pengurusan syarikat ialah Chef Datuk Mohd Farid Alwi . Minat yang mendalam dalam bidang bakeri dan pengalaman 15 tahun bekerja di beberapa hotel terkemuka, pasaraya besar dan bakeri mendorong beliau menubuhkan MFA Education Sdn.Bhd.
Datuk Mohd Farid Alwi, berkaca mata hitamBermula tarikh penubuhannya , kolej ini telah mengorak langkah menjadi pusat latihan bertauliah kepada individu dan usahawan yang berminat menceburi perniagaan bakeri dan pastri.Hebatkan…kolej ini menawarkan tempat untuk pelajar-pelajar dari golongan tidak berkemampuan dan miskin menimba ilmu kulinari di sini. Dengan kemahiran yang diperolehi di sini, Datuk Farid menyimpan harapan agar anak-anak asnaf ini dapat keluar dari kongkongan kemiskinan dengan memanfaatkan skil dan ilmu bagi membina kerjaya dan hidup berdikari dengan menjadi usahawan makanan atau bekerja dalam industri kulnari dan perhotelan.
Di antara pengajian yang disediakan adalah latihan bakeri dan pastri SKM (Sijil Kemahiran Malaysia ) Tahap 2 dan 3, latihan penyediaan makanan (kulinari) SKM tahap 2 & 3 serta program dan latihan keusahawan makanan. Latihan keusahawanan ini menyediakan kursus jangkapendek.
Nama institusi : Malaysian Food (Authentic) College (MFA) Lokasi : Unit C-1-28 Blok C, Pangsapuri Spring Villa, Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana, Ampang, Selangor Darul Ehsan Emel : bracollege@yahoo.com / mfaeducation.college@gmail.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Management & Science University (MSU) telah mendapat pengiktirafan antarabangsa menawarkan program-program hospitaliti dan pelancongan untuk memenuhi keperluan terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang berkenaan.
Melalui School of Hospitality and Creative Arts atau Sekolah Hospitaliti dan Seni Kreatif (SHCA), MSU menawarkan pelbagai program pengajian diperingkat sarjana muda dan diploma secara sepenuh masa dan pembelajaran fleksibel bagi golongan bekerja.
Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan dan berkait dengan industri hospitaliti,, pelancongan dan kulinari adalah : 1)Hospitality & Tourism Management (Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan) 2)Culinary Arts (Seni Kulinari), Patiserrie Arts (Seni Pasteri)
MSU menjadi platform terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu sama ada teori atau amali. Sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor mentee dengan suasana pembelajaran kondusif dengan kemudahan prasarana lengkap memberi bonus kepada pelajar.
Selain mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), MSU turut mendapat pelbagai pengiktirafan daripada badan-badan bebas Malaysia dan antarabangsa.
Akreditasi tersebut ialah daripada Accreditation Services for International Colleges, Schools and Universities (ASIC), United Kingdom dan The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow (ABEST21), Jepun.
Di peringkat antarabangsa, MSU adalah universiti ke-217 menerusi QS Asia Ranking 2018 serta mendapat penarafan lima bintang dalam QS World Universities Rating System. Selain itu, MSU adalah “Excellent Status University” mengikut sistem penarafan universiti dan “The Most Entrepreneurial Private University“, pengiktirafan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Pengiktirafan lain termasuklah Putra Brand Awards 2017 oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As), the Best Brand in Education for Leadership and Human Capital Development 2017, Gold-standard School of Tourism & Hospitality oleh Malaysia Tourism Council (MTC) serta sebagai Pusat Kecemerlangan Antarabangsa, Asia Pacific Institute of Events Management (APIEM) yang pertama di Malaysia.
Dengan suasana prasarana lengkap, pelajar dapat merasai suasana sebenar dunia kerjaya dengan kerjasama MSU dan industri menerusi University Industry Advisory Panel (UIAP).
Melibatkan lebih 100 rakan industri termasuk pemain utama perniagaan di Malaysia, ianya memberikan kelebihan kepada graduan MSU dalam pasaran kerjaya kelak.
NAMA institusi : management and science university (MSU) ALAMAT : :University Drive, Off Persiaran Olahraga, Shah Alam, Selangor. MAKLUMAT LANJUT : https://www.msu.edu.my/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sekarang tengah hangat viral di grup-grup masakan di media sosial tentang resipi kuih Apam yang menggunakan tiga bahan. Resipinya hanya menggunakan telur, tepung gandum dan gula sahaja. Nampak mudah dan senang nak buat kan?
Namun apa yang diimpikan tidak seindah realiti. Ramai yang mencuba tetapi tidak menjadi. Kuantiti bahan, cara-cara pembuatan serta aturan memasak dah sama, tetapi hasilnya, sedih nak cerita. Ada yang leper, ada yang berkedut kematu, ada yang liat. Macam-macam. Bila baca setiap ‘posting’ mengenai Apam 3 bahan yang tak menjadi tu, kesian pun ada malah nak gelak pun ya juga. Ada yang kata dah macam makan getah pemadam dah! Ha…kenapa ya jadi macam tu? Jom baca ulasanChef Imelda Harris(Masterchef).
1. ELAK GUNA BLENDER
Biasanya untuk menyediakan apa-apa sahaja kek atau kuih muih, pemukul sama ada elektrik mahupun manual digunakan untuk menjadikan adunan kembang dan sebati. Bentuk bilah mata pemukul yang bulat, lebar dan direka khas untuk mengadun adunan kek, membantu menjadikan telur dan gula kembang sempurna.
Berbeza dengan mata pengisar (blender) yang direka untuk mengisar dan menghaluskan rempah masakan dan bukannya untuk mengembangkan adunan kuih. Bentuk mata blender yang tajam serta halus tidak sesuai dan tidak membantu proses pengembangan telur. Oleh sebab itu bila anda memukul telur dan gula menggunakan blender, anda akan dapati sangat susah untuk bancuhan ini kembang. Malah, anda juga perlu memukul dengan lama sehingga telur kelihatan berbuih. Kalau nak tahu, bila telur dan gula dipukul lama, teksturnya juga sudah berubah kerana sudah terlebih pukul. Jadi, bila dicampur dan diadun bersama tepung, tiada udara yang terkandung di dalam adunan. Oleh sebab itu, bila dikukus, apam anda menjadi bantat dan tak naik-naik.
2. TELUR TAK SEGAR
Setelah diteliti resipi ini, hanya telur sahaja yang digunakan sebagai agen pengembang. Biasanya untuk membuat apam atau kek, telur disokong oleh agen-agen pengembang yang lain seperti yis, soda bikarbonat, serbuk penaik, eno dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan telur ini perlu ‘bekerja keras’ sendirian bagi membina apam, maka ia perlulah betul-betul segar. Jika guna telur lama, memang tak ada ‘power’ lah nak mengembang. Malah, kuantiti telur pun kena cukup. Untuk adunan ini naik gebu, sekurang-kurangnya , 3 biji telur segar bersaiz A perlu digunakan.
3. TEPUNG KENA AYAK
Penting! Setiap kali membuat apa-apa kuih atau kek, tepung perlu diayak. Proses ini membantu mengisikan udara ke dalam tepung dan menjadikan adunan lebih ringan seterusnya menghasilkan apam yang gebu. Maklumlah, dah lah guna telur je sebagai agen pengembangan. Kalau tepung tu berat, memang keras la apam jadinya. So, lepas ni ayak dulu ya.
4. GUNA GULA KASTOR
Dalam penghasilan kek dan kuih, gula berfungsi untuk memberikan rasa manis, melembutkan adunan serta bertindak sebagai agen pelekat. Dalam proses membuat apam yang gebu dan lembut, Sebaiknya gunakan gula kastor ( halus). Jika anda menggunakan gula biasa, apabila dipukul bersama telur, ia akan jadi lambat sebati seterusnya menjadikan adunan apam tidak halus serta kurang menjadi apabila dikukus.
5. ALAS PENUTUP PERIUK KUKUSAN
Ia bertujuan bagi mengelakkan wap-wap air menitis semasa dikukus. Titisan air tersebut jika terkena pada adunan apam, akan menyebabkan permukaan kuih menjadi berkedut dan bantat. Oleh itu, sebelum mengukus, alas penutup periuk kukusan dengan kain seperti tuala atau tudung lama yang bersih dan menyerap air.
Jangan sedih-sedih tau kalau tak menjadi. Boleh cuba lagi resipi apam lain yang guna yis. Yang ni pasti menjadi. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
APAM NASI
BAHAN-BAHAN A (TAPAI NASI):
BAHAN B:
BAHAN KELAPA PARUT:
BAHAN LAIN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar halus kesemua bahan A. Ketepikan.
2. Kelapa parut dan garam digaul sebati. Ketepikan.
3. Kemudian masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B (tepung). Gaul sekata dan perap selama 3 jam. Ketepikan.
4. Didihkan air di dalam kukusan. Sediakan acuan apam dan oleskan sedikit minyak masak di permukaan dalamnya. Tuang adunan yang telah diperap tadi dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah masak, keluarkan apam dan masukkan ke dalam pinggan. Tabur kelapa parut di atasnya.
6. Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Daging Goreng Halia ala Chinese Muslim yang sedap, mudah dan lembut. Lengkap dengan cara perap daging serta petua masak supaya lebih juicy dan berperisa.