Pasti ramai yang risau jika menggoreng hati dan pedal ayam. Ini kerana, dua benda ini memang akan meletup bila digoreng. Silap percaturan, habis merecik minyak panas di tangan. Oleh yang demikian, ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam peti sejuk atau dibuang. Sayangnya…
Ada banyak petua dan cara yang dikongsi ramai untuk mengatasi masalah ni. Ada yang kata kelar dulu, goreng sekali dengan isi ayam dan banyak lagi. Jika anda pernah cuba dan tidak berapa menjadi, usah khuatir kerana ada lagi cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini.
CARA-CARA GORENG HATI & PEDAL AYAM AGAR TIDAK MELETUP
Apa yang anda perlukan ialah:
1.Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
Ads
2. Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
3. Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.Selamat mencuba!
Ikan bilis goreng memang enak. Teksturnya yang rangup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya.
Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis goreng tetapi ada kalanya ikan bilis yang digoreng menjadi tidak rangup dan kurang enak setelah lama disimpan. Petua-petua di bawah boleh membantu anda.
1.Pilih Ikan Bilis Berkualiti
Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
2.Guna Ikan Bilis Saiz Sederhana
Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
3.Keringkan Sepenuhnya
Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
4.Guna Cuka
Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa.
5.Guna Minyak Panas
Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
6.Goreng Guna Api Sederhana
Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
7.Tos Minyak Sepenuhnya
Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
8.Simpan Dalam Balang Kedap Udara
Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
9.Goreng Secara Berperingkat
Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.
Semasa bulan puasa kalau boleh nak memasak yang ringkas dan tidak perlu masa yang lama. Bosan dengan menu nasi dan lauk pauk, kita ubah selera dengan soto ayam pasti sekeluarga suka. Apa yang penting sekeluarga bakal kenyang dari air tangan anda.
SOTO AYAM & BERGEDIL
Bahan Kisar
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 incikunyit hidup / serbuk kunyit 1 sudu teh 2 batang serai 1 inci lengkuas
Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun cukup.
Bahan Tumis:
Kulit kayu manis bunga lawang bunga cengkih biji pelaga
Rempah kurma 1 peket kecil Sup bunjut 1 bunjut
Bahan lain:
1 ekor ayam ~ potong 4 Air secukupnya Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa 2 kiub ayam
Cara memasak:
1.Mula-mula kita panaskan minyak 2.Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum 3.Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus 4.Masukkan rempah kurma 5.Masak hingga garing dan terbit minyak ( rempah kurma kena masak lama ya.. ) 6.Kemudian masukkan air secukupnya 7.Biarkan air mendidihBila dah didih, masukkan sup bunjut, ayam dan kiub ayam Biarkan kuah mereneh 8.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa Angkat ayam dan toskan. Ayam kemudian di goreng. lepas tu siat-siat halus Baki kuah tambahkan air. Biarkan didih Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.
Keluarkan ayam dan toskan Larikan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan Kemudian boleh lah di siat halus.
Dah pun siap kuah soto kita, Sekarang kita sediakan pula begedil ayam
BEGEDIL DAGING MUDAH DAN RINGKAS
4 biji kentang 200 gm daging cincang
kentang kupas kulit dan potong bulat nipis Kemudian goreng sampai masak Angkat toskan minyak dan tumbuk lumat Daging pun goreng sekejap Angkat dan tumbuk lumat
1 pokok daun sup – cincang halus 1 pokok daun bawang – cincang halus bawang merah – cincang halus bawang goreng dua biji kuning telur – putih telur untuk celup sebelum begedil di goreng 1 sudu besar perencah sup 2 biji putih telur
Cara memasak:
1.satukan semua bahan dalam bekas kecuali putih telur 2.Perasakan dengan garam 3.Bulat-bulatkan 4.Celupkan dalam putih telur 5.Dan goreng dalam minyak panas hingga masak Sedia dihidangkan
Begedil dah siap sekarang nak sediakan pula sambal kicap
SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:
15 tangkai cili padi 6 ulas bawang putih 1/2 cawan kicap manis secubit garam 2 biji limau kasturi
Cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur 2.Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam 3.Kisar halus 4.Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi
Soto ni dimakan bersama ~ nasi himpit ~ taugeh ~ Ayam di siat-siat halus ~ daun sup dan daun bawang di hiris ~ kacang goreng ~ bawang goreng ~ begedil ~ sambal kicap
Ringkas tetapi sedap! Itulah gambaran bagi resipi chicken perattal yang dikongsi oleh Sheena Supramaniam. Tengok warna masakan itu sahaja sudah dapat merasai keenakan rasanya. Resipi yang patut dicuba kerana ia cepat dan mudah. Boleh buat menu Chicken Perattal untuk makan tengah hari nanti.