Petua Buat Ikan Masin Homemade Yang Sedap, Tahan Lama & Tak Hapak

Share

Ikan Masin sesuai dimasak dengan pelbagai gaya hidangan. Selain goreng, ia boleh dimasak sambal, acar, gulai, kari dan sebagainya. Namun agak sukar untuk mendapatkan produk yang dihasilkan oleh orang Muslim. Jadi untuk mengelakkan rasa was-was, puan-puan boleh cuba buat sendiri ikan masin homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Mim Nazihah. Mudah sangat rupanya. Malah ikan masin yang dihasilkan juga boleh tahan lama dan tidak hapak. Berbaloi kan? Jadi jom cuba.

 

CARA BUAT IKAN MASIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan segar
  • Garam kasar

CARA MEMBUAT:
1. Siang ikan dan belah dari belakang seperti dalam gambar.


2. Buang perut dan juga insang ikan. Bersihkan dengan air bersih.


3. Atur ikan dalam bekas dan taburkan garam kasar. Lapiskan lagi dengan ikan dan tabur lagi garam. Jadikan susunan ikan berlapis-lapis.

4. Tutup dalam bekas kedap udara dan peram semalaman. Letak bekas di ruang biasa sahaja dan tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

5. Setelah semalaman, ambil ikan yang diperap tadi dan basuh bersih.


6. Susun ikan tadi diatas dulang atau para. Jemur ikan di bawah matahari terik hingga ke petang.

7. Jika ikan masih lembab, ulang proses pengeringan pada keesokan harinya. Ikan yang betul-betul kering boleh disimpan lama dan tidak hapak.

8. Ikan masin homemade yang sedia untuk digoreng atau dimasak ikut selera masing-masing.

Kredit resipi & foto: Mim Nazihah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN