Petua Buat Aiskrim Asam Boi Lebih Sedap & Berais Halus

Share

Aiskrim Asam Boi adalah antara perisa aiskrim Malaysia yang jadi kegemaran ramai. Kombinasi rasa masin, sedikit masam dan manis memberikan rasa yang menyegarkan. Jika cuaca panas, memang laris aiskrim ni. Bagi anda yang suka makan Aiskrim Asam Boi, saudari Ida Alina Salleh ada kongsikan resipi dan juga petua untuk menghasilkan aiskrim Asam Boi yang lebih sedap dan berais halus. Ha…Nak tahu? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.

 

CARA BUAT AISKRIM ASAM BOI YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
2 cawan gula (boleh kurangkan sedikit jumlahnya) – beli online DISINI


2 liter air
2 sudu makan tepung jagung (campur dengan sedikit air dari sukatan 2 liter) – beli online DISINI
3 – 4 sudu makan kordial asam masin Double Lion – beli online DISINI
24-30 biji asam boi – beli online DISINI
4-5 biji limau kasturi – beli online DISINI
Sedikit garam – beli online DISINI
Plastik aiskrim secukupnya – beli online DISINI

CARA MEMASAK:

1. Masukkan air, air campuran tepung jagung, gula dan asam boi ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.

2. Masukkan kordial. Rasa terlebih dahulu dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kacau sebati dan sejukkan.

3. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau Kasturi ke dalam bancuhan air asam boi tadi. Kacau.

4. Tapiskan air dan ketepikan asam boi.

5. Masukkan asam boi ke dalam plastik. Jumlahnya dalam 1 biji untuk satu plastik aiskrim.

6. Letak air asam boi. Ikat ketat dan bekukan semalaman sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ida Alina Salleh

 

Nak buat aiskrim tapi peti sejuk tak muat? Nah..usha la FREEZER murah-murah DISINI.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN