Ada masalah untuk mencuci microwave atau ketuhar gelombang anda? Jangan bimbang, petua ini membantu anda dengan mudah sekali. Hasilnya pasti menakjubkan anda.
Isikan air dalam mangkuk (separuh mangkuk sahaja) kemudian perahkan jus lemon ke dalamnya atau dua biji limau nipis.
Ads
Seterusnya masukkan mangkuk tersebut di dalam microwave. Hidupkan suis selama tiga hingga lima minit, kemudian tutup semula suis dan biarkan mangkuk dalam microwave selama satu kedua minit, baru buka penutup microwave.
Ads
Ads
Keluarkan mangkuk, lalu bersihkan microwave dengan mengelap segala kotaran yang melekat dengan mudah. Termasuk cermin penutup microwave.
Selepas bersihkan microwave, jangan tutup pintunya… tunggu sehingga bahagian dalamnya kering
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kerang yang masih bercengkerang memang perlu dibersihkan sebelum dimasak. Ini kerana terdapat banyak lumpur serta kotoran yang melekat padanya. Jika tidak dicuci, bimbang pula ia akan mencemarkan makanan anda serta menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti keracunan makanan serta cirit-birit. Ada pelbagai bahan-bahan semulajadi yang boleh anda guna untuk membersihkan kerang ni. Antaranya ialah:
1. SERAI
2. HAMPAS KELAPA
3. DAUN UBI
4. DAUN BETIK
5. GARAM
6. PELEPAH PISANG
7. ASAM GELUGUR
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Petua halau lalat ni berbaloi dicuba. Mana tidaknya, lalat yang berterbangan terutamanya di kawasan dapur memang merimaskan. Pantang ada makanan terdedah, pasti dihinggapnya. Paling geram jika lalat siap bertelur lagi dekat makanan. Aduhai. Keadaan ini memang tidak bagus untuk kesihatan kerana dibimbangi akan menyebabkan sakit perut dan sebagainya. Nak guna racun penyembur serangga, sangatlah tidak sesuai kerana dibimbangi akan terkena pada makanan yang dihidang.
Nak atasi masalah ini? Ada beberapa petua orang-orang lama yang boleh dicuba.
1. BUNGA CENGKIH: Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam mangkuk atau bekas yang berisi air. Letak di atas meja makan makan. Biarkan mangkuk atau bekas itu terdedah begitu sahaja.
2. LILIN: Nyalakan sebatang dua lilin dan letakkan di atas meja. Hasilnya lalat tidak akan hinggap pada makanan ada kerana lalat tidak tahan dengan haba panas dari lilin tersebut.
3. KULIT KAYU MANIS: Serbuk kulit kayu manis juga dapat menghalau lalat. Caranya anda hanya perlu taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja makan atau di ruang kerja anda di dapur.
4. DAUN KARI: Satu lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau lalat adalah dengan mengambil 5-6 tangkai daun kari dan biarkan terdedah di atas meja makan. Bau kuat daun tersebut akan menjauhkan lalat dari makanan anda.
5. CILI: Selain itu anda juga boleh meletakkan hirisan cili yang telah dibelah dua di atas meja sewaktu sedang menikmati hidangan.
6. BUNJUT REMPAH: Isikan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang ke dalam kain nipis yang bersih. Jadikannya seperti uncang. Uncang tersebut anda boleh gantungkan di ruang makan. Bau rempah yang keluar dari uncang tersebut akan membantu menghalau lalat.
Selamat mencuba.
Rumah banyak lalat? Jangan risau, seleksi SAJI & PENUTUP MAKANANpelbagai bentuk dan saiz ni boleh tutup makanan dengan selamat. Dapatkan je secara ONLINE.
Aneka resipi dari laman web RASA yang mudah, sedap & gerenti jadi.
Kacang tanah banyak gunanya dalam masakan. Boleh dibuat kacang rebus, kacang goreng, kuah kacang, rempeyak, kuah pecal dan bermacam-macam lagi. Harganya memanglah tidak mahal tetapi seronok juga rasanya kalau cuba tanam malah membuahkan hasil. Nak tahu cara untuk tanam sendiri kacang tanah di rumah? Saudari Liyana Mohd Poad ada kongsikan caranya.
CARA TANAM KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN: 1/4 paket kacang tanah Polibeg saiz 16 @ pasu Tanah organik @ tanah poros 4 genggam pasir halus
CARA MENANAM:
1.Beli kacang tanah dari kedai runcit berharga RM3. Ambil 1/4 sahaja dari paket kacang tadi.
2. Rendam kacang tanah menggunakan air paip selama 3 hari 3 mlm. Rendam paras kacang sahaja. Jangan terlalu banyak air. Tukar air selalu kerana air akan diserap.
3. Selepas 3 hari, kacang akan bercambah seperti dalam gmbar. Boleh terus ditanam dalam pasu atau polibeg.
4. Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah. Guna tanah organik atau tanah poros dan tambahkan 4 genggam pasir halus. Tidak perlu guna cocopeat atau sekam padi.
5. Jagaan pokok kacang tanah paling mudah. Siram dua kali sehari dan bubuh baja organik seminggu sekali. Baja apa pun boleh asalkan namanya baja. Ini rupa pokok kacang yang berusia 1 1/2 bulan.
6. Selepas 2 1/2 ke 3 bulan, sudah boleh cabut pokok dan tuai hasilnya. Ini hasil pokok kacang yang berusia 3 bulan lebih.
7. Kalau nak dapatkan banyak isi, tunggu 4 bulan, baru tuai. Yang paling best, tanaman ini mudah dijaga dan tidak mudah dijangkiti penyakit macam pokok cili atau sayur berdaun yang lain.
8. Hanya tanam, siram dan tinggal sahaja. Kemudian boleh kutip hasilnya seperti dalam gambar di bawah ini. Selamat mencuba!