Dah tengok siaran video Rasa Gerenti Jadi Bersama Abang Brian yang bersiaran di channel Majalah Rasa You Tube, FB dan IG? Terujakan tengok tiga sajian isitimewa enak berkrim dengan krimer sejat CARNATION® dan krimer manis CARNATION® yang cukup memikat selera.

Perkongsian Rahsia, Gerenti Sedap Bersama Abang Brian Sambil Rebut Peluang Percutian ke Australia!

Paling best produk CARNATION® ini membangkitkan lagi rasa asli kelazatan masakan Abang Brian. Tengok rupa pun dah tahu sedap, merecik dan terliur dibuatnya.

Tak kisahlah apa jua cara masakan anda samada menumis, mereneh, membakar dan juga memanggang jadikanlah krimer sejat CARNATION® sebagai ramuan yang sempurna di dapur untuk menyediakan hidangan kegemaran yang menyentuh hati keluarga anda. Penggunaan krimer sejat CARNATION® dan krimer manis CARNATION® juga turut membantu menyediakan masakan dan kek gebu, halus dan kaya berkrim

Kolaborasi Abang Brian dengan CARNATION® menunjukkan tiga resipi lazat berkrim iaitu Kek Teh Susu Gula Melaka, Linguine Udang Pedas Berkrim dan Ayam Panggang Kuah Percik CARNATION®.

Perkongsian Rahsia, Gerenti Sedap Bersama Abang Brian Sambil Rebut Peluang Percutian ke Australia!

Bagi korang yang tak sempat salin resipi, bolehlah rujuk di sini…

1. LINGUINE UDANG PEDAS BERKRIM

Perkongsian Rahsia, Gerenti Sedap Bersama Abang Brian Sambil Rebut Peluang Percutian ke Australia!

BAHAN-BAHAN :

1 paket linguine
3 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted)
6 ulas bawang putih | dicincang
4 biji cili padi | dibelah dua
4 batang daun kari
12 ekor udang besar | dibersihkan
1 sudu kecil serbuk kari daging
125ml krimer sejat CARNATION®
15ml krimer manis CARNATION®

CARA MEMASAK :

1. Masakkan pasta linguine mengikut arahan pada paket bungkusan.
2. Dalam kuali besar, cairkan mentega dan tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari hingga harum.
3. Masukkan serbuk kari dan udang. Tumis udang hingga setengah masak.
4. Masukkan krimer sejat dan krimer manis CARNATION® untuk naikkan lemak . Masakkan sehingga cukup pekat.
5. Masukkan pasta yang telah direneh. Gaulkan dengan sos. Pastikan pasta disaluti rata-rata dengan sos .
6. Sajian linguine udang pedas berkrim siap dimasak dan sedia dihidangkan..

2. AYAM PANGGANG KUAH PERCIK CARNATION®

IKLAN

Perkongsian Rahsia, Gerenti Sedap Bersama Abang Brian Sambil Rebut Peluang Percutian ke Australia!

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam

Bahan tumbuk :
4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
15 tangkai cili kering | direndam air panas selama 15 minit

200ml krimer sejat CARNATION®
80ml santan cair
100ml air
1 sudu besar krimer manis CARNATION®
2 asam keping
Garam secukup rasa

25ml santan pekat

Untuk menghidang :

Nasi kerabu
Ulam-ulaman

CARA MEMASAK :

IKLAN

1. Satukan semua bahan-bahan untuk ditumbuk.
2. Perapkan ayam dengan bahan tumbuk secukupnya
3. Dalam kuali didihkan baki bahan tumbuk dengan semua bahan lain kecuali santan pekat.
4. Kemudian masukkan krimer sejat dan krimer manis CARNATION® diikuti dengan asam keping. Kacau hingga sebati.
5. Masak hingga pekat sedikit dan masukkan santan pekat. Masukkan garam secukup rasa.
6. Gaulkan dan biarkan menyejuk.
7. Tuangkan kuah percik atas ayam dan biarkan diperap lagi untuk 30 minit.
8. Bakar ayam dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C untuk 45-55 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
9. Sapukan baki kuah percik atas ayam selang setiap 15 minit dimasak
10. Panaskan baki kuah percik sehingga betul-betul memekat.
11. Sapukan kuah percik tadi selapisan lagi menyaluti ayam
12. Hidangkan ayam percik yang siap dibakar bersama nasi kerabu dan ulam-ulaman.

3. KEK TEH SUSU GULA MELAKA

Perkongsian Rahsia, Gerenti Sedap Bersama Abang Brian Sambil Rebut Peluang Percutian ke Australia!

BAHAN-BAHAN :

Sirap teh :

4 uncang teh
125ml air panas
55ml krimer manis CARNATION®

Kek Teh CARNATION :
220gm mentega tanpa garam (unsalted)
225gm gula kaster
4 biji telur
2 kuning telur
5ml esen vanila
70ml sirap teh
380gm tepung gandum | diayak
15gm serbuk penaik
300ml krimer sejat CARNATION®

Sos Karamel Gula Melaka :
60gm mentega tanpa garam (unsalted)
30gm gula kaster
20gm gula Melaka | diparut
110ml krimer sejat CARNATION®
15ml krimer manis CARNATION®
Secubit garam
1 sudu teh esen vanila

IKLAN

Topping:
500ml topping krim
50ml sirap teh

CARA MEMASAK :

Untuk sirap teh :
1. Bancuhkan uncang teh dengan air panas.
2. Biarkan rendam sehingga mendapat teh yang pekat
3. Masukkan krimer manis CARNATION® dan kacau hingga sebati.

Untuk Kek Teh CARNATION :
1. Panaskan dahulu ketuhar pada suhu 175 darjah Celcius .
2. Pukulkan mentega dan gula kaster hingga gebu.
3. Masukkan telur diikuti dengan esen vanila dan sirap teh.
4. Dalam mangkuk berasingan, campurkan tepung gandum, serbuk penaik dan garam..
5. Kemudian secara salingan masukkan 1/3 campuran tepung dan 1/3 kuantiti krimer sejat CARNATION®.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik kertas pembakar.
7. Bakar dalam ketuhar bersuhu 175 darjah Celcius untuk 35-40 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Untuk Sos Karamel Gula Melaka :
1. Cairkan mentega bersama gula kaster dan gula melaka sehingga larut sepenuhnya.
2. Sambil mengacau tuangkan masukkan Krimer Manis CARNATION®.
3. Masak sehingga pekat sambil mengacau , dan perasakan dengan secubit garam
4. Biarkan sejuk sebentar.

Untuk topping :
4. Pukulkan topping krim sehingga kental. Kaup balikkan dengan sirap teh.

Untuk menggubah hiasan kek :
1. Sapukan rata-rata 1 sudu besar sos karamel gula melaka pada 1 lapisan kek, diikuti dengan 1 lapisan topping.
2. Ulangi sehingga lapisan terakhir.
3. Sapukan satu lagi topping krim pada keseluruhan kek. Biarkan menyejuk sehingga permukaan topping krim kental dan sejuk.
4. Tuangkan baki sos karamel gula melaka pada permukaa atas kek dan biarkan ia meleleh.
5. Hiaskan kek dengan baki topping krim mengikut kreativiti anda.

Ketiga resipi yang dikongsikan ni memang gerenti jadi dan gerenti sedap berkrim. Memang terbaiklah produk CARNATION® memberikan kelazatan rasa dan tekstur halus lazat berkrim.

Hah , … Ada berita menarik lagi .Anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan pakej percutian ke Australia untuk 2 orang dan juga hadiah bonus menarik dengan menyertai Peraduan CARNATION® Go Gourmet Australia

Senang aje kalau nak ‘join’ ikut 3 langkah mudah ini.

Perkongsian Rahsia, Gerenti Sedap Bersama Abang Brian Sambil Rebut Peluang Percutian ke Australia!

 

Maklumat lanjut sila layari https://www.fn.com.my/promotion_contest/carnation-go-gourmet-australia-contest/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI