Peria Goreng Rangup, Lauk Pelengkap Selera Ketika Makan

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi peria goreng yang rangup dan sedap. Peria goreng memang sedap dijadikan pelengkap kepada lauk sedia ada. Buat nipis-nipis dan digoreng rangup, memang sedap.

Jom kita lihat resipinya.

PERIA GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN


1 biji peria (potong nipis)
2 cawan air
2 sudu kecil garam
4 sudu besar tepung Bestari pedas
4 sudu besar tepung Bestari asli
4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk kari
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT
1. Peria dipotong nipis-nipis. Kemudian rendam dalam air garam selama 30 minit.


2. Selepas direndam dalam air garam, tapiskan peria tadi dan cuci dengan air biasa. Toskan. Biarkan peria betul-betul kering.
3. Dalam mangkuk, masukkan tepung Bestari pedas, tepung Bestari asli, tepung beras dan serbuk kari. Gaul biar sebati seketika.


4. Masukkan peria. Gaul peria supaya bersalut tepung dengan rata.


5. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Minyak biar banyak.
6. Masukkan peria satu per satu supaya tidak melekat ketika digoreng. Goreng sampai kekuningan. Angkat. Ulangi langkah ini sehingga habis semua peria digoreng.

Siap, selamat mencuba!

Sumber: Iedaa Jahaya

Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi

IKLAN