Penuh Seperiuk, Begini Cara Masak Kuah Oden Homemade Yang Sedap

Share

Sesekali masak Oden untuk keluarga, memang sedap. Rahsianya terletak pada kuah. Jika padu kuah Oden ni, memang padu. Bagi anda yang sukakan menu ini, ada satu resipi perkongsian saudari Mamaa Sal yang cukup mudah. Bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas. Pasti berselera makan bersama suami dan anak-anak. Jom cuba!

 

RESIPI KUAH ODEN SIMPLE TAPI YUMMY!

BAHAN-BAHAN:

BAHAN SAMPINGAN (JIKA SUKA):

  • Mee Oden
  • Yee Mee
  • Kueh Teow

CARA MEMASAK:

1.Potong semua jenis bebola steamboat. Jika memang bersaiz kecil, tidak perlu potong.

2. Masukkan pes Thai tomyam dan perencah Asam Pedas ke dalam periuk yang berisi air. Sukatan air ikut sebanyak mana yang kita mahu dan berapa ramai yang nak makan.

3. Kalau suka pedas, lebihkan pes tomyam. Untuk resepi ni empunya resipi guna pes Thai tomyam. Ia sudah cukup rasa dan tidak perlu tumis lagi.

4. Jika tiada, boleh guna bahan-bahan seperti dalam gambar di bawah iaitu guna perencah Tomyam Adabi. Cuma perlu tambah perasa yang sesuai.

5. Bila air sudah mendidih, masukkan semua bebola steamboat dan daun limau purut. Jangan lupa rasa dulu supaya cukup rasa. Ubah ikut cita rasa jika mahu lebih pedas, masam dan masin.

6. Bila sudah mendidih, padamkan api. Jangan rebus terlalu lama untuk elak bebola kembang.

7. Sedia dinikmati bersama keluarga. Boleh makan bersama udon, yee mee atau pun kueh teow.

Kredit resipi & foto: Mamaa Sal

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN