Pengat Pisang 5 Bahan Tanpa Santan, Sedap Sungguh Lemak Manis!

Share

Pengat pisang memang sedap dimakan tak kira waktu hujan mahupun ketika panas. Cita rasanya yang manis berlemak memikat selera ramai peminat manisan atau pencuci mulut.

Ketika ada tetamu yang datang ke rumah, molek sangat jika dihidangkan pengat pisang. Bahan yang diperlukan pun tidaklah banyak. Cara membuatnya pun ringkas sahaja.

Jom lihat resipinya.

PENGAT PISANG

BAHAN-BAHAN
1/2 tin susu cair
5 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1/2 cawan air suam
7 biji pisang (potong bulat-bulat)

CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan susu cair, gula, garam dan air suam.


2. Hidupkan api. Biarkan mendidih sebentar.
3. Masukkan pisang. Tunggu mendidih. Matikan api.

*Boleh masukkan daun pandan untuk lebih wangi.

Selamat mencuba!

Kredit: Iedaa Jahaya melalui Rasa Share Resipi

IKLAN