Pengat atau juga dipanggil bubur adalah sajian pemanis mulut yang sedap. Gabungan gula merah atau gula melaka yang dicampur dengan santan menjadikan rasanya lemak-lemak manis. Salah satunya adalah pengat bebola pulut dengan sagu yang dicampur dengan keladi. Jom cuba resipi ni.
PENGAT BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI
Ads
BAHAN-BAHAN
BEBOLA PULUT:
100 gram tepung pulut
50 gram kelapa parut
30 gram gula merah/melaka
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil tepung jagung
DOH:
Ads
1 helai daun pandan
100 gram keladi yang dipotong dadu serta direbus
1/2 sudu kecil garam
KUAH:
Ads
250 gram santan pekat
100 gram gula pasir
50 gram sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
650 ml air untuk merebus
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti kelapa; Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam kuali dan kacau. Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Labu kuning (pumpkin) agak mudah untuk diperoleh di negara kita. Labu kuning mengandungi zat seperti Beta karoten, vitamin A, vitamin C, zink, selenium dan tanaman ini berkhasiat sebagai antioksidan yang baik.
Pelbagai hidangan boleh disediakan dengan menggunakan labu kuning. Kami kongsikan lima resipi yang boleh anda cuba.
PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE
BAHAN-BAHAN (PUMPKIN CAKE)
200gm puri labu
300gm tepung gandum
250gm gula perang
½ sudu teh esen vanila
2 sudu teh serbuk penaik
150gm marjerin
3 biji telur
150gm cip coklat
BAHAN UNTUK SOS BUTTERSCOTCH:
250gm krim putar
120gm gula perang
50gm mentega
BAHAN UNTUK HIASAN:
Kepingan badam secukupnya
Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk.
Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati.
Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata.
Masukkan cip coklat dan gaul sebati.
Tuangkan ke dalam Loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan Loyang 10×10.
Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan.
Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit.
Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.
Untuk membuat sos butterscotch; Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil.
Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat.
Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek. Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk membuat puri labu; Buang biji dan kulit labu, potong kepada ketulan kecil dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan labu tadi dan kisar hingga menjadi halus.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Rasa manis butterscotch
Jenis Penyediaan: Kek
Cara Memasak: Bakar dan reneh
Anggaran harga: RM20
PAI LABU
BAHAN-BAHAN KULIT PAI:
12gm tepung gandum
55gm mentega
40ml air
Secubit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam dan mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
Bentukkan kulit pai di dalam acuan pai bersaiz 16 cm.
Cucuk dengan garpu di bahagian tengah pai dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit.
Angkat dan ketepikan.
BAHAN INTI:
65gm gula
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
½ sudu teh garam
100gm puri labu
100gm susu segar
1 biji telur
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
Tuangkan ke dalam kulit pai yang dibakar tadi dan bakar semula pada suhu 180˚C selama 50 minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk menjimatkan masa, boleh membeli pastri segera yang sedia terjual di pasaran.
Saiz Hidangan: 6-7 orang
Waktu Memasak: 1 jam 30 minit
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Aroma kayu manis yang bangkit selera
Jenis Penyediaan: Pastri
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20
BURGER BERGEDEL LABU
BAHAN MEMBUAT ROTI BURGER:
250gm tepung roti/tepung high protein
5gm yis
10gm gula kastor
13gm marjerin
½ sudu teh garam
150gm air
UNTUK HIASAN:
Oat, bijan putih dan bijan hitam secukupnya
BAHAN UNTUK BERGEDEL LABU:
½ kg labu | dibuang kulit dan biji, dipotong
Sedikit garam
Serbuk lada putih
Daun bawang potong halus
Bawang merah cincang halus
2 biji telur
CARA MEMASAK:
Untuk membuat bergedel labu; Potong labu kepada ketulan kecil dan goreng hingga masak dan lembut.
Angkat dan lecek labu menggunakan garpu hingga
Perasakan dengan garam dan lada putih.
Masukkan daun bawang dan bawang cincang.
Bahagikan kepada 15 bahagian. Bulat dan leperkan. Jika lembik, tepukkan sedikit tepung.
Celup ke dalam telur dan goreng semula hingga perang keemasan. Angkat, tos dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Untuk membuat roti burger; Satukan bahan kering kecuali garam. Gaul sebati dan barulah masukkan garam.
Masukkan marjerin dan gaul sebati. Kemudian masukkan air dan uli hingga menjadi doh.
Bahagikan doh kepada 15 biji dengan anggaran berat satu doh 30 gram dan bulatkan. Hiaskan atas roti dengan cara mencelupkan sedikit permukaan roti pada air dan celupkan ke dalam bekas berisi hiasan.
Tutup doh dengan plastik atau kain lembap. Biarkan doh kembang kepada dua kali ganda selama lebih kurang 45 minit.
Bakar pada suhu 180˚C selama 20 hingga 25 minit sehingga roti perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk.
Untuk menyediakan burger; belah di bahagian tengah roti. Letakkan bergedel labu di bahagian tengah dan tambahkan sos dan mayones. Sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga ditambah sayuran seperti daun salad.
Saiz Hidangan: 15 biji mini burger
Waktu Memasak: 2 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Rasa lemak labu
Jenis Penyediaan: Pastri
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20
MASAK LEMAK LABU KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
½ biji labu | potong
6 tangkai kacang panjang | potong
1 batang serai
400ml santan cair
400ml santan pekat
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
½ sudu teh serbuk kunyit
5-10 tangkai cili padi
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisarkan cili padi, bawang besar dan bawang putih hingga hancur.
Masukkan santan cair ke dalam peruk dan tuang bahan kisar ke dalam periuk tersebut bersama serai yang dititik.. Gaul sekata.
Masukkan kepingan dan masak hingga kuah mendidih.
Apabila labu sedikit lembut, masukkan kacang panjang dan santan pekat. Gaul sebati.
Tambahkan sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biar ia mereneh.
Apabila labu sudah empuk, matikan api dan hidangkan.
Info chef: Boleh lebihkan cili padi jika inginkan rasa lebih pedas.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 30 minit
Jenis Hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa lemak labu dan santan serasi
Jenis Penyediaan: Lauk pauk
Cara Memasak: Reneh
Anggaran harga: RM10-RM15
ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS
BAHAN-BAHAN:
5 potong labu
1 labu bawang putih | cincang halus
2 sudu makan jus lemon
3-4 sudu besar minyak zaitun
Sedikit serbuk Thyme
Sedikit serbuk Oregano
Sedikit Daun bay kering
Lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
Langkah penyediaan:
Susun labu di dalam Loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu.
Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu Thyme, Oregano dan daun Bay.
Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk.
Setelah labu masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan dihidang.
Info chef: Cara memastikan labu sudah empuk, cucuk dengan garpu.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Aroma aneka herba yang menambah rasa dalam masakan
Mulut teringin nak mengunyah kek . Kalau beli pun belum tentu dapat memenuhi citarasa. Kek Span Marble susu ni tak rugi membuatnya memang nyata sedap. Mana taknya bila campuran tepung jagung, susu tepung dan susu segar bersatu. Memang lemak berkrim dan nikmat terasa.
Oden merupakan sejenis makanan musim sejuk bagi masyarakat Jepun yang terdiri dari bahan-bahan seperti telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasak di dalam sup. Kiranya lebih kurang macam yong tau fu lah tapi lebih berkuah. Hidangan Oden ni mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di Family Mart hinggakan ramai sanggup beratur panjang demi menikmati semangkuk Oden ni. Bagi yang nak cuba masak sendiri hidangan ni, resipi Oden homemade perkongsian saudari Rosmaliza Omarni boleh dicuba.
RESIPI ODEN HOMEMADE ALA FAMILY MART
BAHAN-BAHAN: 1 peket perencah Asam Pedas Adabi – beli online disini 1 peket perencah Tom Yum Adabi – beli online disini Bahan-bahan Yong Tau Foo (fishball, fishcake, filamen ketam dan lain-lain) 2 sudu teh gula 1 kiub pati ayam – beli online disini Air secukupnya 1 tangkai daun ketumbar – dicincang kasar
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan perencah Asam Pedas dan perencah Tom Yum. Jika nak kuah pekat boleh tambah lebih perencah lagi. 2. Masukkan kiub pati ayam dan gula. Biarkan mendidih sekejap baru masukkan bahan-bahan Yong Tau Foo yang dicucuk dengan lidi sate. 3. Biarkan mendidih dan perencah meresap masuk ke dalam bahan yong tau foo. 4. Tutup api dan taburkan daun ketumbar yg di cincang kasar. Siap bolehlah dihidang panas.