Penangan Sambal Ketuk Ikan Bilis Cili Api & Belimbing Buluh Memang Bertambah Makan

Share

Orang kata makan tanpa sambal seakan tidak lengkap menikmati hidangan. Jadi bila ada sambal, dari kurang berselera pasti bertambah nanti makan. Hari ni jom buat sambal ketuk ikan bilis ,cili api dan belimbing buluh. Makan dengan nasi panas bersama ikan goreng, pergh memang terbaik.

 

SAMBAL KETUK IKAN BILIS, CILI API DAN BELIMBING BULUH

Bahan-bahan:

Cili api merah

Cili hijau

Cili merah

2 biji bawang merah

1 biji bawang putih

Ikan bilis -direndam & ditoskan

Stok ikan bilis

Sedikit gula

Belimbing buluh -hiris halus

Cara membuat:

1.Goreng kesemua bahan dengan sedikit sahaja minyak sehingga kekuningan. Tidak terlalu rangup ikan bilisnya.

2.Ditumbuk lumat dan sedikit gula.

3.Tumbuk belimbing tu pecah pecah saja.

Kredit:Nazura Zainal Abidin

IKLAN